Wednesday, August 25, 2010

Video Malaikat atas Kaabah yang best!

kongsi kongsi kongsi.
Pertamanya aku mengaku yang aku FB addict. aku ketagih bukan sebab farmville segala game jadah tu. aku guna FB lebih banyak dalam urusan seharian. dan memang ia memudahkan aku pun.

Jadi, korang pun penah tengok Video Malaikat atas Kaabah ni kan. tak tengok lagi? ish-ish. nah tengok kat link bawah ni:

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1558699171503

1st time tengok je. sebab aku siap kena tag lagi. aku komen. HD please. kabur no nak komen apa-apa pun. tak lama lepas tu ada jugak orang-orang laen share video yang sama. komen plak memang percaya habiss.

aku try google sket apa yang boleh share ngan korang kat sini. back to basic. jom kita kenali malaikat. mari baca di sini: http://syafiq.net/2010/08/12/video-malaikat-turun-ke-kaabah-itu-batil/

so, hari ni video jawapan kepada video yang best itu telah muncul. 2 versi aku jumpa:

1) versi photoshop: http://www.facebook.com/video/video.php?v=153057614705316
komen: aku suke tengok ayat-ayat bawah tu. rasanya memang bukan orang Malaysia. sekurang-kurangnya dia berusahakan untuk cari kebenarannya.

2) versi ceramah: http://www.facebook.com/video/video.php?v=1587429414177
(ceramah oleh Ustaz Mat Desa Deraman)
komen: senang je. soalan pertama" betul ke boleh tengok malaikat? " dan dijawab "saya kata tak boleh"

"Wahai orang-orang yang beriman, jika seorang fasik datang menemui kamu membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya kerana dikhuatiri kamu mengenakan tindakan yang buruk terhadap sesuatu kaum dengan kejahilan dan menyebabkan kamu menyesal terhadap tindakan yang dilakukan kamu." (Surah al-Hujurat: 6)
Sekadar perkongsian. selamat beramal!

p/s: kena hati-hati nak share video pun :)





2 comments:

Ummi Mansor said...

Sangaaaat la setuju.
Takut la, orang2 kita dah makin khurafat.
Isyh, minta dijauhkan.

juwei said...

setuju! :)

Related Posts with Thumbnails