Thursday, August 26, 2010

Backpacking to Southern Thailand: Part 1



UPDATE:
Cheap Hotel in Southern Thailand: http://www.travelblog.org/Asia/Thailand/Southern-Thailand/hotels.html
Part 1: KL Central to Hatyai


hoi hoi.
aku plan nak pegi Selatan Thailand. penah plan naik flight. tapi yang murah start Januari 2011. RM179 sahaja pegi balik. tapi kena tempah sebelum 5 September ni.serius aku tak tipu. tengok ni.

tak pe. biarkan dia. aku kaji transport by kereta api plak. KTM. check kat web dia tak boleh plak. e-ticket tengah upgrade sampai bulan brape entah. tapi ada tulis boleh call no. ni untuk pertanyaan tiket. 1300 88 5862. tanpa berfikir kena tolak tak kredit. aku call je lah. So, ni detail nya:

KL Central-Hatyai:
2nd Class dengan katil: RM60 (katil bawah)
                                       RM54 (katil atas)
Duduk : RM48

Return. darab dua. so akan jadi gini:


KL Central-Hatyai-KL Central:
2nd Class dengan katil: RM120 (katil bawah)
                                       RM108 (katil atas)

Duduk : RM 96

owh da jauh lebih murah dari flight. ye la flight 2 jam je. naik tren. berjam-jam! haha. aku google ada la dalam 9-10 jam. nasib baik la siap katil. haha.

owh tambang ni da cukup murah ke? belom! ada discount untuk student. sekolah atau universiti pun boleh. just kene pegi tempat beli tiket dan mohon kad student dulu dengan harga RM30. discount sehingga 40%. jom wat kira-kira lagi. aku nak katil bawah.


KL Central-Hatyai-KL Central:
2nd Class dengan katil: RM120 (katil bawah) -40% +RM30


= RM72+RM30
= RM102

murah!
so, aku plan nak naik tren lah gini. antara sebab:
1) Tempah boleh lewat. paling cepat boleh tempah 40 hari sebelum tarikh perjalanan
2) Sangat murah. walaupun dekat 10 jam. bila kita enjoy dengan member-member tak rasa pun.
3) dah lama tak naik tren jauh-jauh! haha. last aku naik taun 2008 dari Butterworh-KL Central. pecah lemak-lemak bontot duduk je.

okeh habis Part 1.
oi! pegi Hatyai je ke? tak de plan pape pun. okeh. aku ada plan da. tapi aku lagi suke tulis gini. google dan taip sini. so next kite akan tengok apa yang menarik kat Hatyai dan destinasi seterusnya. Koh Samui? Phuket? Krabi? tunggu Part 2 plak :)


Sources:
http://en.wikipedia.org/wiki/Hatyai
http://wikitravel.org/en/Hat_Yai
http://thailandforvisitors.com/south/songkhla/hatyai.html
http://www.panoramio.com/photo/20597792

p/s: hope jadi. Amiin :)

No comments:

Related Posts with Thumbnails