Holla!. Amaran awal. Cerita ini ada cerita di sebaliknya :) Cerita ini mengandungi unsur berat. jangan terpedaya dengan tulisan saya. satu lagi! cerita ini sengaja di extrapolate kan penceritaannya. selamat membaca. selamat membaiki ibadah puasa! :)
Tadi Malam tadi. aku da berniat nak semayang terawih di satu surau berdekatan dengan rumah aku kat sri pulai. ape yang mengingatkan aku tentang surau ni ialah. surau ni masa solat tarawih sebelum ni pernah diimamkan oleh IM Ust. Taufek. teringat lagi kemerduan suara nya. memang semangatlah jugak nak semayang tarawih kat situ.
hari ni. malam tadi. aku pegi. masuk-masuk. alhamdulillah. air-cond siap. suhu 26degree C. jemaah pun ada la 3 baris lebih. aku tengok-tengok. sape eh imam. ada sorang duk paling depan. ada gaya imam dah. baju melayu, kain pelikat. rambut belah tengah. aik rambut? a'a die tak pakai kopiah. ok takpe. ada letak sebelah die kot mana aku nampak kan.
skali nak da start solat. memang die da tak pakai kopiah. songkok mane songkok? takde jugak ke? makmum belakang tu ramai kopiah sume lengkap. tau la hensem rambut belah tengah. tapi penutup kepala tak de? imam ni patut kene saman nih. aku penah kne saman RM200 sebab tak pakai SONGKOK kerana manusia. imam ni harus disaman RM2000 lah. sebab die tak pakai penutup kepala pun untuk menghadap pencipta.erm tak pe. abaikan. die da bawak kopiah tadi. tapi jatuh dalam longkang. kot.
then da solat 4 rakaat. pelik gak nape tak sambung-sambung lagi solat ni. owh. ada tazkirah. alhamdulillah. bagus jugak. aduhhh. bile die da start bagi tazkirah. aku da boleh agak. die tak ready. preparation kurang. tergagap-gagap. sket je kot orang pandang die. tapi ntah, kalo da tak ready memang camtu la kot.
"ada saya terbaca dari blog. blog mane ntah. juweialhaj.blogspot kot. ada cerita bla-bla." owh. imam skang sangat trendy. tapii. tak sesuai la rujuk dari blog. kot.
"bulan-bulan puasa ni, kita sama-samalah bersedekah. 1 sen pun jadi lah. 1 sen je" err 1sen? kan bank pun da tak terima. kamonnnnn. haish.
kegabrahan imam terserlah. bila dia da silap-silap cakap. "ada satu ayat ni, Allah cakap eh tak nabi cakap bla bla bla bla. " well. ble da tak ready memang semua tersilap. Allah berfirman. Nabi bersabda.
last, paling tak boleh bla. ble masa tazkirah. hujung ayat die ada en en en.. kite en. bulan ramadhan ni en. kite en. kene la en. bersama-sama en. sedekeah an. apa yang penting en. apa yang penting en. bile die sebut apa yang penting ni dua kali. aku ade dengar budak-budak kecik satu kumpulan sebelah aku jawab kerjaaa-samaa. cilakak! marah+nak gelak pun ade. haha. slumber je dak-dak kecik ni kate gitu.
kesimpulannya, memang imam tu tak ready malam ni. maafkan die k.
Pengajaran daripada cerita tipu di atas:
1) pakailah pakaian yang lengkap untuk menjadi imam. ala. ramadhan skali je kan setahun. solat pakailah kopiah. nak raya nanti takde kopiah pun tak pe :)
2) Sila bersedia sebelum memberi tazkirah. jika tak bersedia. pass kn kat orang lain. ataupun teruskan sahaja solat. habis awal pun apa salahnya. orang lain pun ada agenda mereka sendiri. kan. :)
3) sebagai pendengar. jangan la ko main-main ngan yang bagi tazkirah tu. (yang jawab kerjasama nih memang cerita betol!) ko layan lah yang tengah cakap tu. kang suh ko duk depan baru tahu. :)
4) sila tambah :)
yang ikhlas,
p/s: Ini cerita tipu.
No comments:
Post a Comment