Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Chong Wei sudah tidak lagi berbisa

Oleh Juwei

2011/01/06

JELAS tanpa kehadiran jurulatih Misbun Sidek di sisi, jaguh badminton negara, Lee Chong Wei tampak hilang tumpuan apabila tidak melepasi ujian pertama Kejohanan Final Siri Super Masters dengan secara mudah ditewaskan pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh dalam perlawanan pertama Kumpulan A yang membuka tirainya di Taiwan, semalam.

Pemain nombor satu dunia yang diletakkan sebagai pilihan pertama tidak berjaya mengekalkan rekod bersih pertemuan dengan menewaskan Nguyen yang kali terakhir ditundukkan di Terbuka Hong Kong November lalu, apabila twas dengan  mudah 12-21, 17-21 dalam perlawanan 34 minit.
Chong Wei, 28, dijangka akan menghadapi masalah dalam saingan kedua hari ini apabila dijadualkan bertemu pemain Denmark, Jan O Jorgensen.
Sama seperti  nasib beregu negara, Tan Boon Heong-Koo Kean Keat apabila gandingan utama negara itu tumpas di tangan pilihan pertama, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan.

Pasangan negara yang diletakkan sebagai pilihan ke-3/4, tewas 21-15, 22-20 dalam masa 34 minit.

Pada perlawanan hari ini, pasangan negara yang kini berada di ranking kedua dunia, bertemu ranking kelapan dari China, Chai Biao dan Zhang Nan.



p/s: camni la brite kalo Chong Wei kalah. tertunggu-tunggu aku ape masalah sebenarnya ni. 

Tuesday, January 4, 2011

wani terkejut

wani tak suke bersukan. tapi die suke sokong orang bersukan. lagi-lagi kalo sokong orang maen bola tampar. gila ah. terloncat-loncat jerit sampai nak terkeluar anak tekak. walopun arini wani jerit sampai takde suara. team bola tampar pasukannya tetap kalah. tapi die terdengar satu conversation between 2 orang yang popular di asrama mereka.

"oi Smut! ko tau tak yang tut bla bla bla bla." kata si gemuk.

"ha! kepale hotak die la si telinge capang tu. da la kurus keding. nak amik bla bla bla" kata si smut dengan nada yang tinggi dan penuh emosi.

terkejut si wani dengan reaksi si gmuk dan smut. sungguh lancang mereka mengutuk si telinge capang.

malam tadi die tbe-tbe ternampak satu majlis di dewan kolej. si telinge capang memuji-muji smut. die kelihatan seperti bangga dengan pujian tersebut. kisah lama terlintas di fikiran. sungguh klakar dunia ini. apa akan jadi kalo si capang ni tau tentang smut?

p/s: sekarang musim backstabber ke pe? boring ah.


Saturday, January 1, 2011

satu dua.. tiga.

ada sekumpulan remaja ingin mengambil gambar bersama berlatar belakang kan panorama yang indah. mereka tiada kemera canggih. apatah pula tripod untuk meletakkan kamera. yang ada hanyalah kamera nokia dan LG yang mempunyai kurang 5MP. perasaan tidak mahu membiarkan memori ini berlaku begitu sahaja menyebabkan seorang antara mereka menahan seorang pelawat yang lalu di tempat itu.

"Lin Lin. ko suh forener tu amik gambar kite" kata Joti.

"a'a ek. suh forener tak de la segan sangat. ni macam dari china je. ke k-pop. aku kne speaking ar ni" semangat Lin hendak speaking dengan forener.

pelawat itu memegang tripod di tangannya bersama kamera DSLR di dalam beg selimpangnya. kemudian sedikit terkejut ditegur oleh Lin.

"excuse me sir, can you take picture for us?" kata Lin dengan tenang sambil menghulurkan henpon nokia dengan kamera 2MP.

"owh can.can" jawab pelawat itu. mukanya kelihatan geli-geli mencari punat untuk mengambil gambar.

"weh cepat ar redi" laju je Joti bile ingin mengambil gambar. tiba-tiba dia tergelincir dari tempat duduknya.
"eh babi mak cow" melatahnya sambil menutup mulut.

"woi Joti. babi plak. ape la ko ni" tegur Lin.

"hehe. rilek ar. forener tu bukan paham pun." terus die mengalihkan tangannya dari menutup mulut.

"ok ok?" kata pelawat tu tibe-tibe.

"ok" jawab Lin dan Joti serentak sambil senyum.

"k.... satu dua....tiga" kata pelawat tu.

gambar gegar.

p/s: :P

Friday, December 31, 2010

Indonesia menang Malaysia kalah

Kamal masih budak hingusan. tapi dia rajin hendak menolong ibu bapanya menjaga kedai runcit mereka. kadang-kadang die menjaga di kaunter bayaran. kedai mereka terletak di sekitar negeri Indonesia di Shah Alam.

Emak Kamal ada memberitahunya yang barang yang dibeli dengan kuantiti yang banyak boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10%. hari ini ada seorang rakyat Indonesia datang ke kedai untuk membeli topup.

Orang indonesia majoriti menggunakan Digi berbanding Celcom dan Maxis. Harga kos topup RM10 Digi ialah RM9.70. kebanyakan dari mereka menjual balik topup kepada kawan mereka dengan harga RM11. Hari ini, seorang makcik Indonesia  datang ke kedai hendak membeli topup.

Kamal: ye makcik. nak digi kan?
Makcik: iyah. diji diji.
Kamal: 10 ka makcik?
Makcik: kalau beli banyak ada diskaun tak?

Kamal berfikir sekejap. dia teringat ibunya memberitahu yang boleh memberi diskaun 10%.

Kamal: boleh makcik. tapi beli banyak lagi la. 50 ke.
Makcik: banyak tu. berapa diskaun nya?
Kamal: kami boleh bagi 10% je makcik.
Makcik: ha iyalah iyalah boleh. 50 diji ya.

Kamal gembira. pagi-pagi sudah dapat sales RM400 lebih.

Indonesia menang. Malaysia kalah.

Soalan Matematik Tambahan SPM 2011.
1) Berapakah keuntungan Makcik?
2) Berapakah keuntungan Kamal?

p/s: Topup merupakan antara barang niaga yang mempunyai margin keuntungan yang rendah iaitu antara 3-3.5% sahaja.

Saturday, December 25, 2010

Mega Tower

Lan baru 1st time gi kuliah subuh pagi tadi kat masjid. tapi die bagus. die nak sembang gak isi die dapat tadi ngn member die walaupun die hanya dengar 15 minit terakhir. jam-jam awal baru penceramah bagi pendahuluan die da tido.

Lan: Kazim. tadi aku dengar kuliah subuh.

Kazim: so?

Lan: nak bicara sket ngan ko. cam ada mende yang bole bincang.

Kazim: ape die? ko nak suh aku gi kuliah subuh gak ke esok?

Lan: itu ye gak. hehe. camni. aku tengok kat facebook ko orang kuat yang sokong Mega Tower tu. aku dengar ceramah tadi. tanda-tanda kecil kiamat macam skang la. manusia bangga dengan bangunan tinggi-tinggi. tak yah la ko sokong. kan da tau merugikan kite sebagai rakyat.

Kazim: ah ko ni. tak paham-paham la betape pentingnye menara tu. ekonomi babe. ekonomi. bangga tu dah tentu la. ko tak leh pikir ke. kalo da tuhan tetapkan tarikh kiamat. ko tak bina bangunan tinggi tu pun kiamat jugak. ade ke tuhan cakap kalo kite tak bina bangunan tinggi hari kiamat extent? ade?

Lan: ....

Kazim: esok gi kuliah subuh lagi. bagi kat aku isi best-best sket. kalo tak ko yang aku ceramah.

p/s: kiamat sudah dekat.

Thursday, December 23, 2010

abang tak yakin dapat hidup lama.

seorang ibu bersoal jawab dengan anaknya yang ke-2 tentang masa depan anaknya itu. anaknya yang sedang masuk zaman dewasa itu sudah di tahun akhir pengajiannya.

anak: ibu. abah keje swasta kan? nanti pencen tak macam orang lain yang keje kerajaan la kan? diorang dapat half ek? kalo gaji last dapat RM7000. lepas pencen RM3500 goyang kaki je dapat hari-hari.

ibu: a'a. dulu ibu ada jugak suruh ayah kamu tu cari kerja kerajaan dulu-dulu. nanti senang zaman tua. tak payah hari-hari log ini facebook dapat RM100. hari-hari goyang kaki je dapat da duit.

anak: btol gak cakap ibu tu. tapi kan tak tau la kalo course abang ni ade keje tak kat sektor kerajaan. macam takde je.

ibu: aish. ade je. abang apply la dulu kat SPA tu. kalo tak dapat bidang yang abang belajar pun tak pe. belajar je la. tak rugi pun. untung masa depan.

anak: hurmm. gaji kerajaan camne bu? dengar kate cam rendah sket? tak bestlah gitu. sakit nak idup nanti.

ibu: dulu zaman ayah kamu tu ye la rendah dari swasta. sekarang lebih kurang je. elaun-elaun lain yang banyak tambah. kira-kira balik. mungkin lebih dari swasta.

anak: tapi kan bu. abang tak rase la dapat duit pencen nanti.

ibu: eh kenapa pulak? itu memang sume pekerja kerajaan dapat tau.

anak: abang tak yakin dapat hidup lama. dunia cam da nak kiamat je.

ibu: ......................


p/s: cerita ini hanya rekaan di dalam kotak imaginasi aku. sekian.

Monday, December 13, 2010

Ciskik!

Ada satu malam, aku jaga kedai, da tutup pun pintu sebelah. tibe-tibe datang satu belia dengan motor kapcainye. matikan enjin. laju je tanye. "dik. da tutup ke?" aku tengok jam 9.30malam da. aku cakap. "patutmye memang da tutup" die trus cakap " nak beli satu mende jap boleh?". Aku ngan muke letih cakap "abang nak beli apa? saya amikkan" pantas die jawab. "Ciskik". "ha?" aku tanye die balik. "ciskik ciskik" die ulang. aku wat muke blur. die trus bukak helmet then turun motor. berdiri pandang aku. die ulang lagi " ala ciskik" aku pun cakap kat die. "takpe. abang masuk je lah amik" aku senyum ngan muke penat. die lalu sebelah aku sambil cakap lagi. " ala ciskik. tu la orang bujang mana tau. hehe" sambil senyum sinis kat aku tu.

aku da blur. ciskik. apekah. ada kaitan sebab aku bujang ke? rase cam loser tak tau sebab aku da belia jugak. wahaha. "aku mesti tau die nak beli apa". aku cakap dalam hati. len macam je. ubat jamu ke? ke sejenis tongkat ali yang die nak cari malam-malam ni. tibe-tibe semangat inquiry aku tinggi. aku follow die slow-slow dari belakang. belia yang kelihatan sudah berkahwin dan beranak berapa-aku-tak tau menuju ke bahagian chiller. aku stop ikut die. tengok dari jarak yang tak berapa jauh.apa die nak amik dalam tu? semua mende dalam chiller aku tau. die bukak pintu ujung chiller. amik ciskik die. die amik 2 ciskik. then nak gi kat kaunter die terpandang aku. sambil senyum-senyum die tunjuk ciskik tu. aku pun buat muke owhhhh. and senyum balik.

aku jerit "bang! tu FISH CAKE laa. hahahahhaha" tapi dalam hati laa.

p/s: sama ada die salah sebut or aku yang pekak. hahaha

Related Posts with Thumbnails