Friday, December 31, 2010

Indonesia menang Malaysia kalah

Kamal masih budak hingusan. tapi dia rajin hendak menolong ibu bapanya menjaga kedai runcit mereka. kadang-kadang die menjaga di kaunter bayaran. kedai mereka terletak di sekitar negeri Indonesia di Shah Alam.

Emak Kamal ada memberitahunya yang barang yang dibeli dengan kuantiti yang banyak boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10%. hari ini ada seorang rakyat Indonesia datang ke kedai untuk membeli topup.

Orang indonesia majoriti menggunakan Digi berbanding Celcom dan Maxis. Harga kos topup RM10 Digi ialah RM9.70. kebanyakan dari mereka menjual balik topup kepada kawan mereka dengan harga RM11. Hari ini, seorang makcik Indonesia  datang ke kedai hendak membeli topup.

Kamal: ye makcik. nak digi kan?
Makcik: iyah. diji diji.
Kamal: 10 ka makcik?
Makcik: kalau beli banyak ada diskaun tak?

Kamal berfikir sekejap. dia teringat ibunya memberitahu yang boleh memberi diskaun 10%.

Kamal: boleh makcik. tapi beli banyak lagi la. 50 ke.
Makcik: banyak tu. berapa diskaun nya?
Kamal: kami boleh bagi 10% je makcik.
Makcik: ha iyalah iyalah boleh. 50 diji ya.

Kamal gembira. pagi-pagi sudah dapat sales RM400 lebih.

Indonesia menang. Malaysia kalah.

Soalan Matematik Tambahan SPM 2011.
1) Berapakah keuntungan Makcik?
2) Berapakah keuntungan Kamal?

p/s: Topup merupakan antara barang niaga yang mempunyai margin keuntungan yang rendah iaitu antara 3-3.5% sahaja.

No comments:

Related Posts with Thumbnails