Ada satu malam, aku jaga kedai, da tutup pun pintu sebelah. tibe-tibe datang satu belia dengan motor kapcainye. matikan enjin. laju je tanye. "dik. da tutup ke?" aku tengok jam 9.30malam da. aku cakap. "patutmye memang da tutup" die trus cakap " nak beli satu mende jap boleh?". Aku ngan muke letih cakap "abang nak beli apa? saya amikkan" pantas die jawab. "Ciskik". "ha?" aku tanye die balik. "ciskik ciskik" die ulang. aku wat muke blur. die trus bukak helmet then turun motor. berdiri pandang aku. die ulang lagi " ala ciskik" aku pun cakap kat die. "takpe. abang masuk je lah amik" aku senyum ngan muke penat. die lalu sebelah aku sambil cakap lagi. " ala ciskik. tu la orang bujang mana tau. hehe" sambil senyum sinis kat aku tu.
aku da blur. ciskik. apekah. ada kaitan sebab aku bujang ke? rase cam loser tak tau sebab aku da belia jugak. wahaha. "aku mesti tau die nak beli apa". aku cakap dalam hati. len macam je. ubat jamu ke? ke sejenis tongkat ali yang die nak cari malam-malam ni. tibe-tibe semangat inquiry aku tinggi. aku follow die slow-slow dari belakang. belia yang kelihatan sudah berkahwin dan beranak berapa-aku-tak tau menuju ke bahagian chiller. aku stop ikut die. tengok dari jarak yang tak berapa jauh.apa die nak amik dalam tu? semua mende dalam chiller aku tau. die bukak pintu ujung chiller. amik ciskik die. die amik 2 ciskik. then nak gi kat kaunter die terpandang aku. sambil senyum-senyum die tunjuk ciskik tu. aku pun buat muke owhhhh. and senyum balik.
aku jerit "bang! tu FISH CAKE laa. hahahahhaha" tapi dalam hati laa.
p/s: sama ada die salah sebut or aku yang pekak. hahaha
1 comment:
lol..hengatkan cheesecake!
Post a Comment