Sunday, March 13, 2011

The Times dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Hai semua.


Rakyat-rakyat di UTM mesti tahu tentang pembatalan konsert The times yang telah dirancang akan diadakan sempena UTM International Johor Horse Show (IJHS) 2011 pada 10-13 Marc 2011. Kalo mana-mana yang tak tahu lagi. come on. baca sampai habis k. aku tolong korang extract mane-mane yang penting dan faham dengan betul masalah yang berlaku..
Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=162256440477160&set=a.153250571377747.21497.105037359532402
Pembatalan di saat-saat akhir ni membuatkan banyak pihak yang melenting tentang bantahan tersebut. Banyak pihak telah disalahkan secara buta-tuli. biasa la minyak da naik kasi attack saje. lagi-lagi darah muda kan. so Apa isu sebenarnya? brapa banyak pihak yang telah disalahkan? kat bawah ni aku ikut copy and paste dan cut sket ayat-ayat yang panjang or tak sesuai je k

Isu-isu:


"THE TIMES
SALAM, KAWAN2 DI JB & UTM... DUKACITA NYA PIHAK UTM BARU SAHAJA MEMAKLUMKAN KONSERT THE TIMES DI UTM SKUDAI JOHOR BAHRU PADA 13MARCH INI DIBATALKAN ATAS SEBAB RISAU ADA KEKECOHAN/PERGADUHAN AKAN BERLAKU!!! ADA REZEKI KAMI PASTI AKAN DTG MENGHIBURKAN ANDA. GIVE PEACE A CHANCE!"
"THE TIMES kami mencari rezeki yang halal... dtg sekadar menghiburkan pelajar2.. kami sebagai org islam tahu batas2 kami. lirik2 lagu kami tiada terus unsur2 yg negatif. mereka yg memfitnah kami sebegitu adalah satu dosa..menyekat periuk nasi halal kami."
"THE TIMES Terima kasih semua yg support kami... x ada hal lah, relaks je tp cara segelintir pihak tu yg judge Musicians spt kami mmg tottaly xmasuk akal..ada rezeki insyallah the times akan dtg juga nanti...ada hikmahnya... "
daripada tiga 3 ayat di atas kita akan dapat tahu bahawa:
1) konsert dibatalkan atas sebab risau ada kekecohan/pergaduhan akan berlaku
2) Terdapat 'mereka' yang memfitnah The Times.
3) ada segelintir pihak yang judge The Times sehingga menyebabkan pembatalan dibuat.

Pihak-pihak yang terlibat:

1) Pemikiran kolot mahasiswa universiti
"ade jgk pmikiran yg kolot dak2 U ni erk.ish2.."
"pemikiran kolot orang2 yang mengaku cerdik pandai.macamana diorang kelaskan hiburan yang hedonisme dan tak hedonisme?mengarut betul"
2) Segelintir pelajar UTM yang bajet ulama
 "ni mesti pasal segelintir pihak pelajar utm yg bajet ulama sgt tu. ape da..dorang buat gini pun memfitnah jugak. tuduh org suke2 je hedonisme. ape bende ler.. semua lirik2 the times mana ade unsur negatif ajak org buat keja xelok. buat org berfikir adaler. fikiran sempit betul la golongan2 mcm ni. xsuda2 dah buat dosa jugak. mereka cari rezeki halal dgn ikhlas bermain muzik"
3) Pegawai-pegawai HEP(pihak pentadbiran UTM) yang mungkin tak minat show student anjurkan
"tahun ni sbb program besar, melibatkan pegawai2 hep yg mungkin tak minat show yg student anjurkan. sbb tu tak jadi..
"seyes kecewa ngan pihak pentadbiran UTM sebab batalkan psembahan The Times."
4) PMI UTM
"TAHNIAH PMI yg kaki BANTAH..."
5) Pro-M UTM
"pro-mahasiswa utm siyes ........"
"kempunan nak jumpe The times!! sedih gile la.. aku mmg TAK KAN UNDI DAH PRO-M!!! bru menang sikit dah tunjuk ek.ini xboleh itu xboleh! siap la kau!!!"
"ni sume PRO-M punya pasal...ingat bagus sangat la tu...kenapa tak sekat je terus program kuda tu...benda tu pon melibatkan pergaulan bebas laki ngn pompuan gak...renung2kan"
6) MPM UTM
"ayuh rmai2 kita wat protest kat mpp!!! br nek dh wat hal!! aku rse dyorg minat dafi and shahir kot!"
"EXCO JABATAN KEROHANIAN DAN INTEGRASI SOSIAL MPM UTM LAYAN DANGDUT LA TU,SBB TU DI XBAGI!!!"
7) Iskandar Zulkarnain
"Kami di urusetia hanya menjalankan tugas. Segala kesulitan yang timbul adalah di luar kawalan kami. Harap Maaf. Sebarang masalah boleh merujuk pihak atasan atau call nombor ini 013-7590813. Iskandar Zulkarnain. (pembantah)"
Banyak tak yang terlibat. ada juga pihak-pihak yang rasa tanggung jawab dan sayang dengan organisasi sendiri mempertahankan nama masing-masing agar tidak menuduh secara membuta tuli aku baca pun ada gak gelak-gelak.

so di bawah ini adalah kenyataan dari Setiausaha Agung MPM UTM sesi 2010/2011, Wan Fr├óny Muhtaddin Masbak 
"Assalamualaikum warah matullahi wabarokatu,
Saya mewakili pelajar UTM mengucapkan semoga berjaya dan mohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku melibatkan The Times dan program International Johor Horse Show.
Saya merasakan perlu untuk saya menulis kenyataan ini, kerana kami pihak MPM tidak mahu salah faham ini berlarutan melibatkan nama MPM UTM dan seterusnya kami ingin semua pihak untuk tahu bahawa kami tidak terlibat langsung dari segi membuat keputusan untuk membatalkan konsert The Times di UTM. Untuk pengetahuan semua, pihak MPM telah pun mengambil kira kepentingan semua pihak untuk berbincang dengan pihak penganjur untuk pembaikan dari segi persembahan The Times supaya mereka boleh diterima masuk ke dalam UTM, dengan memberikan garis panduan yang sepatutnya seperti pemakaian yang sesuai, lagu yang sesuai dan tingkah laku yang sesuai pada 8 hb Mac 2011. Pengarah Festival Johor International Horse Show, Saudara Sayed juga tahu tentang perkara ini dan beliau akan memaklumkan kepada pihak The Times untuk mematuhi peraturan dan pada masa itu, kami telah mencapai persetujuan bahawa The Times boleh meneruskan persembahan, tetapi mengikut garis panduan yang diberikan. Kami mengambil tindakan ini kerana sesetengah pihak seperti PMI merancang untuk menghalang konsert tersebut daripada menjadi kenyataan. Jadi kami pihak MPM mengambil inisiatif untuk berbincang lebih awal dengan pihak penganjur supaya The Times dapat membuat konsert di UTM, tetapi berlandaskan garis panduan adab dan hukum syarak yang betul. Namun begitu, dukacita di pihak kami, apabila kami dimaklumkan, pada 11 hb Mac 2011, Pejabat Pendaftar UTM telah mengeluarkan surat untuk membatalkan konsert tersebut secara bulat-bulat, tanpa pengetahuan kami, kerana mereka didesak oleh segelintir pihak dan juga pelajar-pelajar yang tidak berfikiran matang.

Kami memandang serius perkara-perkara yang melibatkan nama MPM secara umumnya, dan saya ingin tegaskan sekali lagi bahawakami, barisan MPM UTM tidak terlibat langsung dari segi pembatalan konsert The Times. Bagi kami, di pihak MPM sendiri, sebagai seorang Islam, kita perlulah mengikut hukum-hukum yang betul, jika salah, maka salah, hukum tidak boleh dipermainkan. Tetapi, kami bukan berfikiran radikal seperti sesetengah pihak. Hiburan itu harus, tetapi mengikut syarat-syarat yang betul, dan kami telah berbincang dengan pihak penganjur dan mereka bersetuju dengan pendapat yang kami berikan seperti yang saya sebutkan di atas kerana kami ingin menolong The Times untuk membuat persembahan di UTM, namun begitu, masih ada lagi pihak yang langsung tak berpuas hati dengan reolusi yang kami keluarkan, dan bertindak sendirian membelakangi kami dan terus mendesak pihak pentadbiran untuk membatalkan konsert tersebut.

Saya berasa sangat malu dan ingin menjelaskan bahawa keputusan itu bukan dibuat di peringkat kami, Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM. Walaupun sesetengahnya beranggapan begitu, tetapi ia melibatkan sebahagian kecil pihak kami yang tidak berfikiran matang dalam mengendalikan perkara-perkara sebegini, dan keputusan itu tidak mengambil kira pendapat kami pihak barisan MPM UTM sendiri, dan pihak kami juga melahirkan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku, kerana perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu selepas perbincangan antara pihak MPM dan juga pihak penganjur.

Saya berharap agar pihak The Times tidak serik dengan kami pelajar-pelajar UTM secara amnya.
Terima kasih.
Setiausaha Agung MPM Sesi 2010/2011Universiti Teknologi Malaysia"
kalo korang tak nampak. hold Ctrl then scroll ke depan.
malas baca? ok aku tolong extract. apa yang kita dapat tahu dari kenyataan di atas:
1) MPM UTM langsung tidak terlibat langsung dari segi membuat keputusan membatalkan konsert The Times  di UTM.
2) Pihak MPM UTM telah pun mengambil kepentingan semua pihak untuk berbincang dengan pihak penganjur untuk pembaikan dari segi persembahan The Times supaya mereka boleh diterima masuk ke dalam UTM, dengan memberikan garis panduan yang sepatutnya seperti pemakaian yang sesuai, lagu yang sesuai dan tingkah laku yang sesuai pada 8 hb Mac 2011.
3)
"Kami mengambil tindakan ini kerana sesetengah pihak seperti PMI merancang untuk menghalang konsert tersebut daripada menjadi kenyataan. Jadi kami pihak MPM mengambil inisiatif untuk berbincang lebih awal dengan pihak penganjur supaya The Times dapat membuat konsert di UTM, tetapi berlandaskan garis panduan adab dan hukum syarak yang betul."
4)
"...apabila kami dimaklumkan, pada 11 hb Mac 2011, Pejabat Pendaftar UTM telah mengeluarkan surat untuk membatalkan konsert tersebut secara bulat-bulat, tanpa pengetahuan kami, kerana mereka didesak oleh segelintir pihak dan juga pelajar-pelajar yang tidak berfikiran matang."
So sekarang korang nak cari sapa untuk penjelasan? individu no 7 yang diyatakan di bahagian atas adalah paling sesuai. die da offer da kalo sape-sapa nak mintak penjelasan tanya dia.

"Iskandar ZulkarnainPada mahasiswa/i yang ada kekeliruan mengenai tindakan kami cuba membatalkan konsert The Times, minta hubungi saya di 013-7590813, xpun boleh ajukan saja pertanyaan pada email saya di izulkarnain2.mpputm@gmail.com"
Profile FB dia pun open. da jangan nak rage tak tentu pasal k. Sila rage pada tempatnye -.-"

 Antara perkara yang aku kesalkan dalam perkara ni:
1) Butthurt weh korang kata UTM bodoh. ni aku nak rage nihh.
2) Kebanyakan orang tak menjaga sensitiviti pihak lain. main bedal je nak tembak sapa.
3) Ayat-ayat yang dikeluarkan oleh mahasiswa ada juga yang kurang relevan/terlalu kasar. buat malu je.

erm kepada mahasiswa UTM, harap anda dapat menjaga tutur type anda kerana apa yang anda type di Facebook boleh didakwa! Hukuman maksimum adalah dibuang/dipecat dari universiti dan paling ringan denda RM300 berserta amaran. So guys. Watch your fingers. Facebook is serious biznez.

Notes:
"..." yang ni direct copy paste.
 saya dengan ini claim tidak mengubah perkataan-perkataan tersebut melaikan ia memang perkataan saya.

Happy Sunday! :)

Monday, March 7, 2011

Cara tak nak tunjuk Relationships kat Facebook

hoi hoi.

aku banyak share setting FB kat sini. tapi kali ni aku rasa cam ntah ape. erm mungkin berguna jugak untuk certain orang. sebelum aku tunjuk cara nya. ni aku bagi contoh golongan yang mungkin menggunakannya.

1) kalo korang yang slalu kapel clash kapel clash kapel clash. ini bagus untuk korang. takde la korang jadi bahan ngumpat kan. si tonah d 4 kali kapel clash. bosan da aku tengok ble die update in a relationship with. tak sampai seminggu punye.

2) laki atau pompuan yang jenis suka flirt sana sini. aha sesuai la.. lepas ni takde masalah kalo korang nak ngorat-ngorat. pompuan ni kalo tengok ko nye profile skali da engaged with. memang kaw kaw ar kne kutuk. dasar laki gatal. pompuan pun sama aje. ye idak.

3) FB skrang da jadi serius bisnes. kalo yang baru kapel siap janji. i kapel ngn u tau. tapi takyah la request kat FB tu. t family i nampak. mati kene pukul ngn bapak i. tapi kalo da kawin tapi tak nak letak gak tak tau ar. maybe ada reason tersendiri kot.

4) kalo korang rasa nak rilek-rilek je. tak nak show off  pakwe/awek korang yang hensem/lawa tu. bole wat setting ni.

so camni cara dia. dekat page korang. belah kanan atas. click Account then pilih Privacy Setting. nanti karang akan ke privacy settings. kat sini cari Block list kat bawah tu atas die ada Customise settings. bawah things i share tengoklah relationships tu. pilihla kat sape korang nak tunjuk. kat sape korang tak nak tunjuk. or nak tunjuk kat diri sendiri je.

bawah ni antara assumptions yang aku buat:

1) if korang buat tunjuk untuk pasangan masing-masing je. pasangan korang tu pun tak tau ko tunjuk tak kat orang lain. unless die usha profile ko gune account orang laen.

2) kalo korang tengok pasangan korang tak letak pun relationship status. bukan bermaksud die da clash ngn korang. tapi maybe die tak tunjuk kat korang atau pun hanya tunjuk kat diri sendri je

3) kalo korang tengok page pakwe/makwe yang hensem/cun ni takde relationship status. jangan ingat die tu single.

hahaha. macam-macam. anyway. tepuk keyboard pilih la sendiri. :)

p/s: ak perasan ko punye ilang. ;)

Pekerja hebat, kurang hebat, cemerlang dan kurang cemerlang

Hai!

amaran: post ni panjang. jangan membazir masa anda untuk membaca. ha ha ha.

Kat tempat aku practical dulu ada dua anugerah/penghargaan yang diberikan kepada pekerja-pekerja. satu kepada yang ada tremendously achievement dan satu kepada yang cemerlang.

so yang untuk anugerah tremendously achievement. hak tuih. panjang gile. kite short cut jadi T.A eh. anugerah ni untuk pekerja yang mempunyai job yang banyak dan nilai yang tinggi dalam setahun. company aku practical dulu wat gas piping engineering. kire kalo sape dapat job piping untuk shopping complex ke hospital ke makmal sekolah ke lebih meletop dari yang buat piping kat sebuah kedai je.nak dijadikan cerita ada tiga orang calon ar yang layak tuk dapat anugerah ni. si A, B dan C.

Si A antara yang paling kurang layak walaupun antara 3 engineer kat company tuh yang busy dengan project. ni sebab nilai job die paling rendah antara B dan C. B ngan C plak memang pening ar nak pilih sapa yang lebih layak dapat anugerah tu. Si B job die  lebih banyak dari C tapi total jumlah job diorang kebetulan plak sama.

Yang pilih pemenang ni plak adalah share holder company nih. ada 3 orang semua nye. salah seorang daripada share holder ni beriye je promote engineer B bagi dapat anugerah tu. dan memang si B ni dapat anugerah tu. tup tup baru tau kenapa beriye sangat promote. ye la da menang anugerah tu dapat 10k. si tukang promote tu dapat bahagian rupe nye.

untuk anugerah pekerja cemerlang. ade 2 kerani dicalonkan. cemerlang ni dikira dari kedatangan dan documentation la. harapan la ada engineer nak tercalon. kuar g site ngan mengulor je mane nak wat keje-keje pejabat nih. hehe. so sorang kerani melayu n sorang kerani cina dicalonkan. yang si melayu ni memang rajin abes la cuti tahunan tak penah habis pun. keje siap awal ke. tak penah plak dengar die ni wat hal. yang chinese ni plak dicalonkan sebab kedatangan die tinggi gak. tapi ade orang complain die ade je tak datang pejabat. maybe ada orang len punch card kan kot. kire sebenarnye die memang da fail la kalo ikut kedatangan tuh. tambah plak kalo aku lalu tempat die asik bersembang je ngan orang depan die. macam takde keje je. aku tengok yang malay ni sibuk tup tap tup tap type.

masa pengerusi majlis ni umum untuk anugerah pekerje cemerlang nih. aku bajet si malay ni la dapat. jelas terang dan nyata kot akan dapat. tapi sekali yang chinese tu dapat da. aku da pelik. tapi pikir-pikir balik tak mustahil kot. tambah pulak yang antara shareholder. 2 orang chinese dan sorang je malay. Racist kot. ish3. tak baik tuduh kan. tapi tu la yang berlaku.

p/s: sori. ni cerita tipu. nway aku memang practical kat Chinese company tapi seriously diorang tak racist/bias pun. sape tak wat keje or project tak jalan. die tu la yang kene marah. Seronok plak kalo sambung keje situ. :)

TinEye Reverse Image Search


Reverse Image Search ni kite cari mana gambar tu datang/ di copy etc. biasanya kita type perkataan and kuar gambar kan. yang ni. kita bagi link gambar. or uplaod gambar. nanti die cari kat mana gambar yang macam korang tu ada kat web.

kalo korang nak guna boleh ke link sini: TinEye Reverse Image Search

kalo rasa cam guna je slalu. ye la ne tau banyak sangat gambar hot kan. takut-takut terlepas ke tangan ntah sape-sape. bole lah Bookmark web ni. kalo nak lagi mudah. boleh install plug in die kat Google Chrome, Firefox or len-len browser. nanti kalo korang right click satu gambar. akan jadi camni (kalo korang gune Google Chrome):
Nak install mende ni bole gi sini: The TinEye browser plug-ins

Selamat mengguna! ha gi cari kot-kot gambar ehem-ehem korang da tersebar luas kot. ish ish. :|


p/s: We can change. It depends on you and not somebody else :)

Related Posts with Thumbnails