ada sekumpulan remaja ingin mengambil gambar bersama berlatar belakang kan panorama yang indah. mereka tiada kemera canggih. apatah pula tripod untuk meletakkan kamera. yang ada hanyalah kamera nokia dan LG yang mempunyai kurang 5MP. perasaan tidak mahu membiarkan memori ini berlaku begitu sahaja menyebabkan seorang antara mereka menahan seorang pelawat yang lalu di tempat itu.
"Lin Lin. ko suh forener tu amik gambar kite" kata Joti.
"a'a ek. suh forener tak de la segan sangat. ni macam dari china je. ke k-pop. aku kne speaking ar ni" semangat Lin hendak speaking dengan forener.
pelawat itu memegang tripod di tangannya bersama kamera DSLR di dalam beg selimpangnya. kemudian sedikit terkejut ditegur oleh Lin.
"excuse me sir, can you take picture for us?" kata Lin dengan tenang sambil menghulurkan henpon nokia dengan kamera 2MP.
"owh can.can" jawab pelawat itu. mukanya kelihatan geli-geli mencari punat untuk mengambil gambar.
"weh cepat ar redi" laju je Joti bile ingin mengambil gambar. tiba-tiba dia tergelincir dari tempat duduknya.
"eh babi mak cow" melatahnya sambil menutup mulut.
"woi Joti. babi plak. ape la ko ni" tegur Lin.
"hehe. rilek ar. forener tu bukan paham pun." terus die mengalihkan tangannya dari menutup mulut.
"ok ok?" kata pelawat tu tibe-tibe.
"ok" jawab Lin dan Joti serentak sambil senyum.
"k.... satu dua....tiga" kata pelawat tu.
gambar gegar.
p/s: :P
No comments:
Post a Comment