Semalam, Ahad. aku dengar sedikit peringatan pagi yang panjang tapi best tentang sejarah. biasanya kalo ade orang nak cerita pasal sejarah je aku da mengantuk. kali ni tak. maybe sebab aku da interested nak dengar sampai abes riwayat idup tokoh ni.
setelah berumur lebih 20tahun. baru aku tau. kamus arab-melayu yang aku gunakan dari darjah 5 hingga ke tinggakatan 5 tu dikarang oleh syeikh ni. Kamus Marbawi ni antara kamus yang aku rasa sangat mudah dan cepat kalo nak translate arab-BM-arab. syukran syeikh!
ada beberapa cerita menarik tentang syeikh marbawi yang disampaikan oleh penceramah pagi tu. kebanyakannya korang boleh lihat di link ini. beliau penerima pertama tokoh maal hijrah 1408H (tahun 1987).
beliau meninggal dunia pada 1989 dan masih lagi tidak dianugerahkan Dato', Datuk. Tan Sri, Tun or yang seumpama dengannya sehingga hari ni tidak seperti artis
aku rasa cool gile bile dengar cerita syeikh ni tentang penganugerahan maal hijrah. kebiasaannya selepas dianugerahkan tokoh maal hijrah atau anugerah maal hijrah, penerima anugerah akan diberi peluang untuk berucap. then diorang pun pot pet pot pet. tapi syeikh ni. sewaktu penyampaian anugerahnya adalah sangat berbeza. beliau hanya mendiamkan diri. seperti orang yang tidak reti bercakap. kemudian diberi signal oleh pengacara majlis untuk bercakap walaupun sedikit. tapi die dengan tenang menjawab. "aku tak tahu apa-apa".
untuk senarai penuh tokoh maal hijrah/ anugerah maal hijrah yang tak diupdate oleh JAKIM klik sini.
untuk baca sedikit cerita tentang TOKOH Maal Hijrah 1432H/2010M boleh baca di sini. mungkin beliau
Oh Malaysia.
p/s: sigh.
No comments:
Post a Comment