Wednesday, January 5, 2011

Kesan deactivate Facebook

cuti yang lepas aku deactivate facebook. ade masalah diri sendiri dan mahu fokus pada pekerjaan masa cuti sahaja. 9pagi-9malam kerja. balik rumah tade internet. takde mase tak perlu n tade pe yang penting bagi aku. tapi perkara ini telah membuatkan aku dipandang serong oleh masyarakat tegar Facebook. ini terjadi apabila mereka menganggap Facebook adalah IC ke-2 masyarakat sekarang. FB adalah henpon ke-2 masyarakat sekarang. owh maybe pertama. ade juga menganggap FB adalah kitab pertama yang perlu dibaca daripada kitab-kitab lain sebaik sahaja bangun dari tidur. persepsi ini menunjukkan masyarakat sekarang sudah leka, alpa dan ketagih kepada facebook.

aku admit yang facebook mempunyai sistem perkongsian ilmu yang sangat efficient. perkongsian ini memang sangat efficient apabila perkara-perkara yang tak perlu dikongsi pun secara automatik akan dikongsi secara tidak sedar oleh masyarakat. maka timbullah. da jadi menyebar fitnah tu macam perkara biasa. click share aje. satu dua click. settle.

Pada masa akan datang aku rase punch card or sistem scan kad da tak perlu untuk mengesahkan kehadiran. log in facebook je. k da tau die da masuk office. jimat banyak tu kan. kalo korang tak datang meeting. jangan online facebook. invisible je lah. kalo da invisible plak jangan gatal-gatal add kawan, post ape-ape ke. komen-komen ke. t ade orang dalam meeting cakap "boss tengok die ni, ponteng meeting tapi facebook update je" gile stalker! haha.

apa bahaya deactivate facebook?

1) korang akan kehilangan brite mengenai kawan-kawan. n maybe family juge. aku tak tau ade member aku da bertunang, da kawin, accident,  n ade juga kematian parents. tak ketinggalan kucing. ade certain news yang aku rase aku perlu tau. tapi tak dapat nak tau. perlu apabila aku rase aku perlu ucap tahniah, takziah or yang sebaliknya kepada orang-orang tersebut. kalo yang sangat kolot mesti ingat aku da tak amik kesah pasal diorang sedangkan diorng adalah orang-orang terdekat aku. dengan menganggap FB adalah tempat utama menyampaikan berita seperti rasa bercakap dengan mikrofon apabila post sesuatu di FB akan menyebabkan orang-orang seperti aku jadi lost. then ada yang kata. ah die tu. tak kesah ape-ape pun da. ade aku kesah?

2) korang akan dianggap tidak bertanggungjawab. why? maybe ade certain works yang orang-orang tidak berape cukup professional memilih FB sebagai tempat utama untuk menyampaikan arahan. aku baru bukak group aku kat FB. group ni boleh diketegorikan sebagai suatu perkara rasmi. malangnya segala arahan telah diberi di situ sahaja. maybe dengan anggapan bahawa menyampaikan arahan di FB sama seperti sudah memberi mesej yang memang sah-sah dapat dibaca oleh penerima. akibatnye. aku baru la tengok makluman tugasan yang perlu disiapkan dan tarikhnye da expired pun.

3) korang akan dituduh bermasalah. why not. aku rase cam da biase dengar. kalo ade orang deactivate or delete facebook. nanti ada suara-suara genius. " dia wat hal la tu ngan awek die. gado kot." "ha! mesti die tak siapkan report nih. larik ar tuh" "Loser gile takde internet" dan mcam-macam lagi lah.

bile da masyarakat menganggap FB adalah IC dan henpon ke-2 dalam hidup mereka. mungkin num 1.
haishh..

p/s: call or text me if you have any urgent things to inform/discucss etc. my facebook is the place i'm wasting my time only.

3 comments:

Anonymous said...

ini best ;p

juwei said...

yg len tak best ke? :D

Anonymous said...

aku lagi best...tak pernah ade facebook pun leh je idop..ape2 maklumat sampai gak melalui email and sms la for sure..smue still pakai sms lagi..hahhaha

-armdz smapl-

Related Posts with Thumbnails