Tuesday, August 31, 2010

MLM, Uptrend dan Unstoppable.

Salam Merdeka!
camne nak jawab? haaa..
Salam 1 Malaysia!
ape ko jawab?
pandai-pandai lah buat jawapan.

Jalan-jalan kat FB ternampak geng-geng yang tunjuk gambar duit bagai. belum tentu semua duit dalam picture profile tu duit dia. haha! ape? tak btol? ah aku tau la. nasib baik la tak de orang lagi yang tag-tag aku kat gambar duit-duit tuh. hoho.

apa yang aku suke tengok apabila geng-geng duit ni melenting bila kena jentik sket. macam pondan je. nak berniaga buat la cara nak meniagakan. :) tak baik marah-marah/attack customer@ prospek. macam mana nak berjaya. contoh macam dalam screen shot ni:

nama prospek saya blank sebagai tujuan anda boleh isi nama sesiapa pun. nama ahli unstoppable/uptrend tu saya tak padam. nanti korang tuduh saya fitnah geng duit korang tanpa bukti. sebagai pengajaran juga. next time apa kene buat? kene cool. ready dengan jawapan-jawapan yang mantap. jangan mudah melatah. :)


ini link untuk bacaan lanjut tentang pandangan Ustaz Zaharuddin mengenai uptrend/unstoppable: http://www.zaharuddin.net/content/view/567/95/

aku dari dulu lagi tak minat/anti dengan segala jenis MLM. setakat ni tak penah didaftar lagi dengan mana-mana syarikat MLM. sampai family aku sendiri masuk yang MLM islamik dan ajak aku pun aku malas nak masuk contoh macam HPA dan SURECO. aku lagi rela menebalkan muka untuk menjual produk yang betul-betul produk daripada menjual produk semata-mata untuk mencari orang sahaja.

aku sanggup dikutuk/dihina/dicaci lepas aku cuba jual barang yang betul-betul berlandaskan Islam. kalo dipandang rendah pun tak pe lagi. bila nak niat tu. niat baik je. semata-mata nak tolong perniagaan keluarga dan memberi tahu kepada orang Islam tentang produk dari orang Islam.

pernah dulu aku letak flyers kat kereta-kereta dan rumah-rumah, tapi ada jugak yang terus campak je.atleast baca dulu kan. mungkin die tak tahu kos flyers kaler tu 5-8 sen setiap helai.

ada satu hari tu. ada event pesta buku kat Shah Alam. aku pun macam biasa bergerak dari setiap kereta ke kereta letak flyers. sambil tu ada dengar seorang ayah bagitau kat anak dia "adik balik rumah nanti baca buku ni, abah da beli untuk adik. kalo tak baca buku. tak pandai. ha jadi macam orang bagi-bagi kertas kat kereta tuh" si anak cakap "ye lah bah, mesti penat kan orang tu" panas je dengar. macam haram. haha. takpe. terima je apa orang cakap kan. kita kan lebih memahami apa kita buat dari orang lain. yep. memang aku berpakaian ringkas, berbaju tanpa kolar dan berseluar trek, berselipar asadi murah dengan beg selempang berisi flyers yang banyak. kelakar jugak kadang-kadang dengar apa yang orang cakap kat kita tanpa tau sapa kita sebenar. nasib baik la cerita anak-bapak ni tipu. kalo betul aku da pegi jumpe orang tu cakap aku sape. hehe. :)

p/s: murah rezeki hari ni. bebuka ngan sahur orang belanja :)

No comments:

Related Posts with Thumbnails