Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53: 1Malaysia Menjana Transformasi


Kibarkan bendera anda.
Sebagai tanda merdeka.
Kibarkan bendera kamu
Tanda kamu setuju

laungkan merdeka!
dengan semangat yang berkobar-kobar.
bebaskan diri anda.
merdeka kan jiwa anda.

selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53 dari juweialhaj.blogspot.com


p/s: kibar la bendera yang elok-elok sikit :)

MLM, Uptrend dan Unstoppable.

Salam Merdeka!
camne nak jawab? haaa..
Salam 1 Malaysia!
ape ko jawab?
pandai-pandai lah buat jawapan.

Jalan-jalan kat FB ternampak geng-geng yang tunjuk gambar duit bagai. belum tentu semua duit dalam picture profile tu duit dia. haha! ape? tak btol? ah aku tau la. nasib baik la tak de orang lagi yang tag-tag aku kat gambar duit-duit tuh. hoho.

apa yang aku suke tengok apabila geng-geng duit ni melenting bila kena jentik sket. macam pondan je. nak berniaga buat la cara nak meniagakan. :) tak baik marah-marah/attack customer@ prospek. macam mana nak berjaya. contoh macam dalam screen shot ni:

nama prospek saya blank sebagai tujuan anda boleh isi nama sesiapa pun. nama ahli unstoppable/uptrend tu saya tak padam. nanti korang tuduh saya fitnah geng duit korang tanpa bukti. sebagai pengajaran juga. next time apa kene buat? kene cool. ready dengan jawapan-jawapan yang mantap. jangan mudah melatah. :)


ini link untuk bacaan lanjut tentang pandangan Ustaz Zaharuddin mengenai uptrend/unstoppable: http://www.zaharuddin.net/content/view/567/95/

aku dari dulu lagi tak minat/anti dengan segala jenis MLM. setakat ni tak penah didaftar lagi dengan mana-mana syarikat MLM. sampai family aku sendiri masuk yang MLM islamik dan ajak aku pun aku malas nak masuk contoh macam HPA dan SURECO. aku lagi rela menebalkan muka untuk menjual produk yang betul-betul produk daripada menjual produk semata-mata untuk mencari orang sahaja.

aku sanggup dikutuk/dihina/dicaci lepas aku cuba jual barang yang betul-betul berlandaskan Islam. kalo dipandang rendah pun tak pe lagi. bila nak niat tu. niat baik je. semata-mata nak tolong perniagaan keluarga dan memberi tahu kepada orang Islam tentang produk dari orang Islam.

pernah dulu aku letak flyers kat kereta-kereta dan rumah-rumah, tapi ada jugak yang terus campak je.atleast baca dulu kan. mungkin die tak tahu kos flyers kaler tu 5-8 sen setiap helai.

ada satu hari tu. ada event pesta buku kat Shah Alam. aku pun macam biasa bergerak dari setiap kereta ke kereta letak flyers. sambil tu ada dengar seorang ayah bagitau kat anak dia "adik balik rumah nanti baca buku ni, abah da beli untuk adik. kalo tak baca buku. tak pandai. ha jadi macam orang bagi-bagi kertas kat kereta tuh" si anak cakap "ye lah bah, mesti penat kan orang tu" panas je dengar. macam haram. haha. takpe. terima je apa orang cakap kan. kita kan lebih memahami apa kita buat dari orang lain. yep. memang aku berpakaian ringkas, berbaju tanpa kolar dan berseluar trek, berselipar asadi murah dengan beg selempang berisi flyers yang banyak. kelakar jugak kadang-kadang dengar apa yang orang cakap kat kita tanpa tau sapa kita sebenar. nasib baik la cerita anak-bapak ni tipu. kalo betul aku da pegi jumpe orang tu cakap aku sape. hehe. :)

p/s: murah rezeki hari ni. bebuka ngan sahur orang belanja :)

Friday, August 27, 2010

Saya Pak Lang :D

tak sabar nak balik umah. bukan sebab nak raya. tak sabar nak jumpe kaklong. nak pegang perut. huuu. tak sabar nak tengok ahli baru dalam family :)


24/9 insyaallah!

p/s: work fast dude. fast.


Backpacking to Southern Thailand: Part 2

 

 

 

Previous Related Post:

Backpacking to Southern Thailand: Part 1

 
Part 2: Bermalam di Hatyai

Setelah hampir 10 jam perjalanan dari KL-Central. perkara pertama yang kita perlu buat adalah rehat!
so, aku perlu cari satu tempat penginapan yang murah dan dekat dengan stesen kereta api.
sebelum aku start google. aku buka juga currency converter yang online. memandangkan nilai mata wang pun sentiasa update. aku prefer sini: http://www.xe.com/

Setelah google dan tengok google earth. banyak gila hotel sekitar Hatyai.sekarang aku perlu cari hotel yang dekat dan murah.Antara Hotel/tempat penginapan yang murah:
1) Asian Hotel (RM175++)
2) Hatyai Rama Hotel (RM90++)
3) King's Hotel (RM50++)
Semua harga dibandingkan dengan bilik 2 katil. kecantikan dan keselesaan bilik tidak termasuk perkiraan saya.

kenapa King's Hotel?
1) terletak hanya 2 blok bangunan selepas stesen keretapi.
2) penginapan yang murah

okeh. mari kira..
RM50/4orang = RM12.50
(assume tinggal 4 orang satu bilik 2 katil)
murah sangat RM12.50 kan.

 **************************
Target di Hatyai:
1) massage! bukan sex massage ye. haha
2) dapat harga sewa bilik yang murah

***************************
Jumlah perbelanjaan sekarang: 
1) Tiket tren kereta api (KL Central-Hatyai-KL Central) = RM102
2) Bermalam di Hatyai (King's Hotel) = RM12.50
Total = RM114.50

Tidak termasuk:
1) makan minum dalam tren
2) makan minum di Hatyai

**************************
Tentatif:
Day 1
8.45PM: Bertolak dari KL Central


Day 2
10.20AM: Tiba di Stesen Keretapi Hatyai
12.00PM: Check in to King's Hotel

Day X
2.50PM: Bertolak dari Stesen Keretapi Hatyai

Day X+1
7.36AM: Tiba di KL Central

p/s: aku tak berangan. aku mencipta imaginasi. :)

Thursday, August 26, 2010

Backpacking to Southern Thailand: Part 1



UPDATE:
Cheap Hotel in Southern Thailand: http://www.travelblog.org/Asia/Thailand/Southern-Thailand/hotels.html
Part 1: KL Central to Hatyai


hoi hoi.
aku plan nak pegi Selatan Thailand. penah plan naik flight. tapi yang murah start Januari 2011. RM179 sahaja pegi balik. tapi kena tempah sebelum 5 September ni.serius aku tak tipu. tengok ni.

tak pe. biarkan dia. aku kaji transport by kereta api plak. KTM. check kat web dia tak boleh plak. e-ticket tengah upgrade sampai bulan brape entah. tapi ada tulis boleh call no. ni untuk pertanyaan tiket. 1300 88 5862. tanpa berfikir kena tolak tak kredit. aku call je lah. So, ni detail nya:

KL Central-Hatyai:
2nd Class dengan katil: RM60 (katil bawah)
                                       RM54 (katil atas)
Duduk : RM48

Return. darab dua. so akan jadi gini:


KL Central-Hatyai-KL Central:
2nd Class dengan katil: RM120 (katil bawah)
                                       RM108 (katil atas)

Duduk : RM 96

owh da jauh lebih murah dari flight. ye la flight 2 jam je. naik tren. berjam-jam! haha. aku google ada la dalam 9-10 jam. nasib baik la siap katil. haha.

owh tambang ni da cukup murah ke? belom! ada discount untuk student. sekolah atau universiti pun boleh. just kene pegi tempat beli tiket dan mohon kad student dulu dengan harga RM30. discount sehingga 40%. jom wat kira-kira lagi. aku nak katil bawah.


KL Central-Hatyai-KL Central:
2nd Class dengan katil: RM120 (katil bawah) -40% +RM30


= RM72+RM30
= RM102

murah!
so, aku plan nak naik tren lah gini. antara sebab:
1) Tempah boleh lewat. paling cepat boleh tempah 40 hari sebelum tarikh perjalanan
2) Sangat murah. walaupun dekat 10 jam. bila kita enjoy dengan member-member tak rasa pun.
3) dah lama tak naik tren jauh-jauh! haha. last aku naik taun 2008 dari Butterworh-KL Central. pecah lemak-lemak bontot duduk je.

okeh habis Part 1.
oi! pegi Hatyai je ke? tak de plan pape pun. okeh. aku ada plan da. tapi aku lagi suke tulis gini. google dan taip sini. so next kite akan tengok apa yang menarik kat Hatyai dan destinasi seterusnya. Koh Samui? Phuket? Krabi? tunggu Part 2 plak :)


Sources:
http://en.wikipedia.org/wiki/Hatyai
http://wikitravel.org/en/Hat_Yai
http://thailandforvisitors.com/south/songkhla/hatyai.html
http://www.panoramio.com/photo/20597792

p/s: hope jadi. Amiin :)

Air Selangor!


Aha.  hari ni aku jumpa air baru. air negeri aku weh! tapi aku tak beli kat selangor. tak penah nampak pun kat selangor. aku beli kat johor. lihat gambar:
aku tanye bro jual air tuh. "kenape air selangor bang?" bro tu jawab "sebab air ni campur nanas dengan tembikai. kira cam kaler bendera selangor la" "owh. nak satu!" aku terus beli. haha. semangat negeri abes. ni gambar dekat sket:

nampak tak tembikai ngan nanas potong kecik-kecik tuh.

ni bendera selangor.:

gambar bila da tuang dalam gelas:
rasa dia bole la. tak pelik la. haha.

KORANG ADA KE AIR NEGERI SENDIRI? MUAHAHAHA!

p/s: hope esok ada berita baik :)

Wednesday, August 25, 2010

Video Malaikat atas Kaabah yang best!

kongsi kongsi kongsi.
Pertamanya aku mengaku yang aku FB addict. aku ketagih bukan sebab farmville segala game jadah tu. aku guna FB lebih banyak dalam urusan seharian. dan memang ia memudahkan aku pun.

Jadi, korang pun penah tengok Video Malaikat atas Kaabah ni kan. tak tengok lagi? ish-ish. nah tengok kat link bawah ni:

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1558699171503

1st time tengok je. sebab aku siap kena tag lagi. aku komen. HD please. kabur no nak komen apa-apa pun. tak lama lepas tu ada jugak orang-orang laen share video yang sama. komen plak memang percaya habiss.

aku try google sket apa yang boleh share ngan korang kat sini. back to basic. jom kita kenali malaikat. mari baca di sini: http://syafiq.net/2010/08/12/video-malaikat-turun-ke-kaabah-itu-batil/

so, hari ni video jawapan kepada video yang best itu telah muncul. 2 versi aku jumpa:

1) versi photoshop: http://www.facebook.com/video/video.php?v=153057614705316
komen: aku suke tengok ayat-ayat bawah tu. rasanya memang bukan orang Malaysia. sekurang-kurangnya dia berusahakan untuk cari kebenarannya.

2) versi ceramah: http://www.facebook.com/video/video.php?v=1587429414177
(ceramah oleh Ustaz Mat Desa Deraman)
komen: senang je. soalan pertama" betul ke boleh tengok malaikat? " dan dijawab "saya kata tak boleh"

"Wahai orang-orang yang beriman, jika seorang fasik datang menemui kamu membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya kerana dikhuatiri kamu mengenakan tindakan yang buruk terhadap sesuatu kaum dengan kejahilan dan menyebabkan kamu menyesal terhadap tindakan yang dilakukan kamu." (Surah al-Hujurat: 6)
Sekadar perkongsian. selamat beramal!

p/s: kena hati-hati nak share video pun :)





Gengblogger.com download kan virus tanpa kita sedar?

elop.

Busan gila Gengblogger (GB) asyik server down je kebelakangan ni. tadi baru nak bukak ni plak keluar:

mungkin suh aku study kot. banyak keje nih. baiklah!


p/s: pendek no ko type :D

Tuesday, August 24, 2010

McD dan kisah sijil halalnya





halu halu.
jap. aku takde pun kisah sijil halal Mcd nih. tergerak nak post sebab aku ternampak post yang berlainan di FB.
kedua-dua post ni aku tak komen langsung. sebab:
1) aku bukan McD freak.
2) aku juga bukan anti-McD yang freak

Post pasal McD ni aku tak silap aku wujud sebab Grilled Chicken Burger (GCB) yang didapati menggunakan daging import dari uruguay.


So, isunya. sama ada burger ni halal atau tidak. Surat dari JAKIM yang bertarikh 19 April 2010 seperti di bawah:


Jangan keliru.tengok tajuk nya. bukan surat menyatakan daging tersebut adalah haram. tapi ini surat tarik balik badan pensijilan tersebut dari yang diiktiraf JAKIM. banyak kesimpulan anggapan yang boleh dibuat. bagi aku surat ini belum bermaksud daging tu haram. kita tak dimaklumkan ketidakakuran (apa eh ayat yang mudah) yang dimaksudkan apa. contoh: cara penyembelihan yang tidak mematuhi peraturan JAKIM, tidak mengemukakan sijil membuktikan tempat penyembelihan bersih & suci, or apa-apa yang kita pun bole baca. kan?

then, aku ada baca plak kat perbincangan gambar FB ada link di bawah. aku nampak ada orang yang nyatakan dia da call JAKIM and pihak JAKIM tak maklumkan pun McD haram. bagus jugak orang nih.

next day, ada sorang lagi kawan post link ni plak yang tarikh dia pun masih fresh lagi: http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=NEW-20100823131529&type=NEW

ISU McDONALD


Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.

Sekian, terima kasih.

Okeh. apa maksudnya ni plak? Halal la kan? aku rasa tak sama sijil pengesahan halal dengan surat dari JAKIM tadi. Surat tu berkaitan dengan badan pensijilan. kalo orang-orang awam tak baca dengan serius mesti skali tengok surat tu terus cakap JAKIM kata haram.

macam mana-mana pun, McD memang terus menyumbang kepada tentera Israel di Palestin. so, halal ke haram?

tepuk dada, tanya iman. baru tanya selera. :)

Sources:
GCB picture: http://notakosong.com/1325/food/mcdonalds-grilled-chicken-burger-gcb/
Surat JAKIM: http://www.facebook.com/notes/aqsa-syarif/jakim-pernah-tarik-balik-halal-daging-mcd-harap-hati2/149858391698719

p/s: ada orang benci aku. apa nak buat? benci bukan tanda sayang ke =.="

Sunday, August 22, 2010

Mountain Review: Gunung Arong





 WILL BE UPDATE AFTER 29 AUG
Gunung Arong


Difficulty vs Mountains 


Nama: Gunung Arong
Lokasi: Mersing, Johor
Ketinggian: <1000' (tidak berjaya mencari ketinggian sebenar. akan dikemaskini kemudian)




Location Map:
Gunung Arong memang bersebelahan dengan pantai


Cubaan membuat MARC pada 2009

Gambar sebelum start hiking pada 2008



Gambar sebelum balik pada 2009

 Gambar sebelum balik pada 2008

 Poster Program 2010

Personal Opinion Review:
(Sila rujuk My Mountain Review Guideline untuk lebih lanjut)

1) DIFFICULTY:
1-Senang, 5-Susah

  
Easy


- 2 bintang pada 2008. 2009 aku tak naik. tapi tengok kepenatan kawan-kawan lain hiking bulan ramadhan. bole sampai 3 bintang.
- keep walking sampai peak. serius da nak sampai :D




2) FITNESS NEEDED:
1-perlu, 5-tak perlu 


First timer pun boleh.



- Trip santai. jangan risau. anda boleh :)




3) KEPUASAN:
1-tak berbaloi, 5-berbaloi 



Menarik jugak.



- Menarik! setakat ni. ni lah gunung yang aku naik.turun-turun pantai! gile ah. cam tak percaya je.
- Program ni sesuai kalo buat untuk release tension. tengok pantai. sunrise. sunset. :)



4) KOS:
1-murah, 5-mahal
 
 
Free-RM50


- Main cost hanya pada makanan, permit dan campsite.
- kalo guna transport sendiri. kos makin bertambah.




5) MUATAN BEG:
1-ringan, 5-berat 



Beg kecil(<5kg)


- bawa air untuk minum sendiri, n makanan yang akan dimakan di puncak.
- boleh nak berlenggang. tapi nanti orang lain makan kat puncak kau makan daun-daun ye :)


6) WATER POINT(WP):
1-sedikit& susah, 5-banyak&senang 

Tiada masalah



- tak de problem. rileks der. jangan risau-risau.nak amik treated water. bawak sendri. kalo tak nak ada WP di kaki gunung. last aku pergi 2008, ok lagi. cetek je lah. tapi bersih.


Expectations & Targets 2010:
1) Semoga selamat pergi dan pulang
2) Nak amik gambar sunrise and sunset.
3) Teringin nak tengok SEMUA MARCcrewz buat bentuk MARC.owh macam cantik je :).
4) Nak rasa adventure sket. bile air laut pasang and kene cross pakai buluh.
5) Nak capai penyertaan 90 orang. boleh?
eh. banyak pulak ye.

Lesson Taught 2008&2009:
1) dah tak ingat. kalo ingat balik nanti aku update eh =.="

Research Sources:
http://marccrewz.blogspot.com/2008/07/arongpersediaan-sebelum-ke-cabaran.html
http://www.gunungonline.com/basecamp/viewtopic.php?f=2&t=993&start=40


Million thanks! :)


p/s: why you have so unstable mood? can you tell me what is the problem?

Saturday, August 21, 2010

Love is like a butterfly





Love is like a butterfly.
It goes where it pleases and
it pleases where it goes


ok lets repeat. 
I                  I
I            I
II     II
II II
Love is like a butterfly.
It goes where it pleases and
it pleases where it goes
14 days later, it died.
in a short time
spread your love
before the time come
you'll never feel regret.


p/s: sometimes i feel that only have a short time of life..

Friday, August 20, 2010

Vibram Fivefingers (VFF): The Natural Way to Move

Ini bukan stokin okey. ini kasut. haha. Aku baru perasan kewujudan kasut ni. ni pun setelah aku nampak kat FB ada orang tag gambar. google-google lah kasut ape ni. rupa da menarik abes. lagi lawa dari Crocs bagi aku. then google plak ada jual tak kat Malaysia nih. yang aku jumpe jual online kat sini je. http://e-garage-sales.blogspot.com/ tapi blog die kurang menarik. kalo buat dengan lebih kemas mesti aku terus order 1. haha! serius la rasa cam nak beli je 1 memandangkan sandal aku pun da rosak.

Vibram FiveFingers (VFF) ni datang dengan 9 jenis design. Semua design ada function @ kesesuian untuk digunakan. 9 Design die; Classic, KSO, Sprint, MOCKSO Trek, Treksport, Classic Smartwool, Flow dan Bikila. VFF sesuai dipakai untuk running, travelling, trekking, water sports, yoga dan indoor fitness. so korang kene baca la kesesuaian pakai kat mana kalo nak beli.

So, ni mungkin satu fenomena kasut baru lah yang akan menyerang Malaysia. mengalahkan Crocs yang rata-rata da bosan dengan kehadiran kasut ni. dari dulu sampai sekarang aku tak pernah bekenan nak beli kasut ni.. Kasut ni akan bermaharaja-lela lah kalo ade rakyat Malaysia la yang btol-btol berminat jadi dealer kasut ni ke sini. Harga pun dari RM130-190. ok lah tu. 

Mana idea kasut ni tercetus? kajian dari diorang ni claim bahawa dengan lari cara ala-ala barefoot @kaki ayam lebih selamat, kurang membawa kecederaan dan tenaga yang digunakan dan force yang diterima oleh kaki lebih berkesan. kalo berminat boleh baca lagi kat sini: http://en.wikipedia.org/wiki/FiveFingers dan http://www.vibramfivefingers.com/technology/faqs_barefoot.cfm

Aku minat kasut ni sebab dia ada tulis yang sesuai untuk hiking jugak. yang aku tak suke tentang kasut hiking walaupun berjenama hebat di seluruh alam. 1) berat. 2) tapak die keras. means flat. tak boleh nak flexible. sebab kat hutan kan mana la rata. so aku rase sakit kalo gune kasut-kasut macam gitu. 3) aku jenis yang suke redah-redah sket. redah sungai lah. saje bagi basah-basah. problem kalo pakai kasut hiking ni cushion agak tebal. kene air. confirm berat. kalo ko punye waterproof sekalipunkan kalo ko kene seberang sungai macam trip trans gopeng. confirm basah jugak! haha. that why la aku tak amibl pot sgt kalo member-member beli kasut hiking baru segala. aku lebih selesa pakai kasut getah je. kuku ngan tapak kaki pun tak penah sakit lagi. alhamdulillah.

so banyak-banyak kasut VFF nih. aku minat yang ni!

Further Readings:

Sources:

p/s: sape ada jual kasut aku minat ni! nak beli satu! cun gle haha :)

Wednesday, August 18, 2010

Kisah Kuih Tako dan Kuih Tepung Pelita

Hari ni aku makan Kuih Tepung Pelita yang berdaun pandan. Kuih Tako aku baru kenal minggu ni. haha. mungkin sebab aku tak pernah didedahkan kot dengan kuih ni. Terima kasih la kawan-kawan yang promote kuih ni. :D jom tengok biodata kuih-kuih ni!

Kuih Tako

Nama Lain:  -
Asal: Selatan semenanjung
Sarung: Daun Pandan
Tepung Asas: Tepung Hoen Kwe
Layer: 2 layer dengan sengkuang atau jagung diletakkan antara 2 layer
Texture: Lembut ala-ala jelly (tak pecah bile diceduk dengan sudu)
Gambar pilihan:





Kuih Tepung Pelita

Nama Lain: Kuih Jongkang, Kuih Sampan
Asal: Perak
Sarung: Daun Pisang (Sekarang da pakai daun pandan jugak)
Tepung Asas: Tepung Beras
Layer: 2 layer
Texture: Lembut dan pecah-pecah bila diceduk
Gambar-gambar pilihan:

Sources:
http://greentako.blogspot.com/2009/08/kuih-tako.html
http://periuktanah.blogspot.com/2008/12/akan-datangtepung-pelita.html
http://www.nescagraff.com/2009/04/kuih-tako-ver-20.html


p/s: ada orang mlaz nak lyn sebab dia mrajuk. haha!

The Song Remained

Cerita tipu dan bosan di kala merehatkan otak untuk menghadapai test malam ni.

Masa tengah rehat-rehat kat kedai, mak aku suh urut kaki dia. then tgh urut-urut tu die cakap kat adik aku. " cuba tengok ni beza btoi! anak sapa la nii" mak aku tunjuk tangan aku yang hitam ngn betis dia yang putih gila. owh aku memang dilahirkan gelap sket. tapi slalu maen panas tu yang sampai itam. then aku tanye mak aku. "mak, kalo wan itam padan tak dengan orang yang putih. putih. putihhhh gila ah. haa." "padan ja" cepat ja mak aku cakap. "ye lah tu mak.macam tak padan ja"aku cakap balik "ok ja.mak putih abah hang gelap apa" mak jawab balik.diam aku sambung urut balik.

Malam tu aku baru dapat jawapan. owh. jawapan yang patutnya aku tau awal-awal. bukan bila aku da bertekad. tapi. salah aku la jugak tak dapatkan jawapan btol-btol dari awal. puff. habis semua.

Esoknye pagi-pagi, aku mintak mak aku botakkan kepala aku. aku da bernazar. mak aku ok je. pelik aku. before ni dah due kali aku mintak die botakkan die tak nak. aku pun on je lah botak pakai no.1. time mak aku gune mesin tuh atas kepala aku tuh die tanye "eh ni botak macam mana nak yang putih. nanti orang laen takut plak. haa" "tak mo lah mak" sayu gile hari tu. tapi da botak semangat sket. rasa macam baru start. hati pun da tenang. Alhamdulillah.

But these songs remained. in the memory. severally play. it bring me some spirit. given by her on 4/4/2010 10:28:30 PM. thanks :)




p/s: thanks for reply my sms :)



Monday, August 16, 2010

Cerita Tarawih Yang Terbalik-balik.

Holla!. Amaran awal. Cerita ini ada cerita di sebaliknya :) Cerita ini mengandungi unsur berat. jangan terpedaya dengan tulisan saya. satu lagi! cerita ini sengaja di extrapolate kan penceritaannya. selamat membaca. selamat membaiki ibadah puasa! :)

Tadi Malam tadi. aku da berniat nak semayang terawih di satu surau berdekatan dengan rumah aku kat sri pulai. ape yang mengingatkan aku tentang surau ni ialah. surau ni masa solat tarawih sebelum ni pernah diimamkan oleh IM Ust. Taufek. teringat lagi kemerduan suara nya. memang semangatlah jugak nak semayang tarawih kat situ.

hari ni. malam tadi. aku pegi. masuk-masuk. alhamdulillah. air-cond siap. suhu 26degree C. jemaah pun ada la 3 baris lebih. aku tengok-tengok. sape eh imam. ada sorang duk paling depan. ada gaya imam dah. baju melayu, kain pelikat. rambut belah tengah. aik rambut? a'a die tak pakai kopiah. ok takpe. ada letak sebelah die kot mana aku nampak kan.

skali nak da start solat. memang die da tak pakai kopiah. songkok mane songkok? takde jugak ke? makmum belakang tu ramai kopiah sume lengkap. tau la hensem rambut belah tengah. tapi penutup kepala tak de? imam ni patut kene saman nih. aku penah kne saman RM200 sebab tak pakai SONGKOK kerana manusia. imam ni harus disaman RM2000 lah. sebab die tak pakai penutup kepala pun untuk menghadap pencipta.erm tak pe. abaikan. die da bawak kopiah tadi. tapi jatuh dalam longkang. kot.

then da solat 4 rakaat. pelik gak nape tak sambung-sambung lagi solat ni. owh. ada tazkirah. alhamdulillah. bagus jugak. aduhhh. bile die da start bagi tazkirah. aku da boleh agak. die tak ready. preparation kurang. tergagap-gagap. sket je kot orang pandang die. tapi ntah, kalo da tak ready memang camtu la kot.

"ada saya terbaca dari blog. blog mane ntah. juweialhaj.blogspot kot. ada cerita bla-bla." owh. imam skang sangat trendy. tapii. tak sesuai la rujuk dari blog. kot.

"bulan-bulan puasa ni, kita sama-samalah bersedekah. 1 sen pun jadi lah. 1 sen je" err 1sen? kan bank pun da tak terima. kamonnnnn. haish.

kegabrahan imam terserlah. bila dia da silap-silap cakap. "ada satu ayat ni, Allah cakap eh tak nabi cakap bla bla bla bla. " well. ble da tak ready memang semua tersilap. Allah berfirman. Nabi bersabda.

last, paling tak boleh bla. ble masa tazkirah. hujung ayat die ada en en en.. kite en. bulan ramadhan ni en. kite en. kene la en. bersama-sama en. sedekeah an. apa yang penting en. apa yang penting en. bile die sebut apa yang penting ni dua kali. aku ade dengar budak-budak kecik satu kumpulan sebelah aku jawab kerjaaa-samaa. cilakak! marah+nak gelak pun ade. haha. slumber je dak-dak kecik ni kate gitu.

kesimpulannya, memang imam tu tak ready malam ni. maafkan die k.

Pengajaran daripada cerita tipu di atas:
1) pakailah pakaian yang lengkap untuk menjadi imam. ala. ramadhan skali je kan setahun. solat pakailah kopiah. nak raya nanti takde kopiah pun tak pe :)
2) Sila bersedia sebelum memberi tazkirah. jika tak bersedia. pass kn kat orang lain. ataupun teruskan sahaja solat. habis awal pun apa salahnya. orang lain pun ada agenda mereka sendiri. kan. :)
3) sebagai pendengar. jangan la ko main-main ngan yang bagi tazkirah tu. (yang jawab kerjasama nih memang cerita betol!) ko layan lah yang tengah cakap tu. kang suh ko duk depan baru tahu. :)
4) sila tambah :)

yang ikhlas,




p/s: Ini cerita tipu.
Related Posts with Thumbnails