Sunday, August 22, 2010

Mountain Review: Gunung Arong





 WILL BE UPDATE AFTER 29 AUG
Gunung Arong


Difficulty vs Mountains 


Nama: Gunung Arong
Lokasi: Mersing, Johor
Ketinggian: <1000' (tidak berjaya mencari ketinggian sebenar. akan dikemaskini kemudian)




Location Map:
Gunung Arong memang bersebelahan dengan pantai


Cubaan membuat MARC pada 2009

Gambar sebelum start hiking pada 2008



Gambar sebelum balik pada 2009

 Gambar sebelum balik pada 2008

 Poster Program 2010

Personal Opinion Review:
(Sila rujuk My Mountain Review Guideline untuk lebih lanjut)

1) DIFFICULTY:
1-Senang, 5-Susah

  
Easy


- 2 bintang pada 2008. 2009 aku tak naik. tapi tengok kepenatan kawan-kawan lain hiking bulan ramadhan. bole sampai 3 bintang.
- keep walking sampai peak. serius da nak sampai :D




2) FITNESS NEEDED:
1-perlu, 5-tak perlu 


First timer pun boleh.



- Trip santai. jangan risau. anda boleh :)




3) KEPUASAN:
1-tak berbaloi, 5-berbaloi 



Menarik jugak.



- Menarik! setakat ni. ni lah gunung yang aku naik.turun-turun pantai! gile ah. cam tak percaya je.
- Program ni sesuai kalo buat untuk release tension. tengok pantai. sunrise. sunset. :)



4) KOS:
1-murah, 5-mahal
 
 
Free-RM50


- Main cost hanya pada makanan, permit dan campsite.
- kalo guna transport sendiri. kos makin bertambah.




5) MUATAN BEG:
1-ringan, 5-berat 



Beg kecil(<5kg)


- bawa air untuk minum sendiri, n makanan yang akan dimakan di puncak.
- boleh nak berlenggang. tapi nanti orang lain makan kat puncak kau makan daun-daun ye :)


6) WATER POINT(WP):
1-sedikit& susah, 5-banyak&senang 

Tiada masalah



- tak de problem. rileks der. jangan risau-risau.nak amik treated water. bawak sendri. kalo tak nak ada WP di kaki gunung. last aku pergi 2008, ok lagi. cetek je lah. tapi bersih.


Expectations & Targets 2010:
1) Semoga selamat pergi dan pulang
2) Nak amik gambar sunrise and sunset.
3) Teringin nak tengok SEMUA MARCcrewz buat bentuk MARC.owh macam cantik je :).
4) Nak rasa adventure sket. bile air laut pasang and kene cross pakai buluh.
5) Nak capai penyertaan 90 orang. boleh?
eh. banyak pulak ye.

Lesson Taught 2008&2009:
1) dah tak ingat. kalo ingat balik nanti aku update eh =.="

Research Sources:
http://marccrewz.blogspot.com/2008/07/arongpersediaan-sebelum-ke-cabaran.html
http://www.gunungonline.com/basecamp/viewtopic.php?f=2&t=993&start=40


Million thanks! :)


p/s: why you have so unstable mood? can you tell me what is the problem?

Saturday, August 21, 2010

Love is like a butterfly





Love is like a butterfly.
It goes where it pleases and
it pleases where it goes


ok lets repeat. 
I                  I
I            I
II     II
II II
Love is like a butterfly.
It goes where it pleases and
it pleases where it goes
14 days later, it died.
in a short time
spread your love
before the time come
you'll never feel regret.


p/s: sometimes i feel that only have a short time of life..

Friday, August 20, 2010

Vibram Fivefingers (VFF): The Natural Way to Move

Ini bukan stokin okey. ini kasut. haha. Aku baru perasan kewujudan kasut ni. ni pun setelah aku nampak kat FB ada orang tag gambar. google-google lah kasut ape ni. rupa da menarik abes. lagi lawa dari Crocs bagi aku. then google plak ada jual tak kat Malaysia nih. yang aku jumpe jual online kat sini je. http://e-garage-sales.blogspot.com/ tapi blog die kurang menarik. kalo buat dengan lebih kemas mesti aku terus order 1. haha! serius la rasa cam nak beli je 1 memandangkan sandal aku pun da rosak.

Vibram FiveFingers (VFF) ni datang dengan 9 jenis design. Semua design ada function @ kesesuian untuk digunakan. 9 Design die; Classic, KSO, Sprint, MOCKSO Trek, Treksport, Classic Smartwool, Flow dan Bikila. VFF sesuai dipakai untuk running, travelling, trekking, water sports, yoga dan indoor fitness. so korang kene baca la kesesuaian pakai kat mana kalo nak beli.

So, ni mungkin satu fenomena kasut baru lah yang akan menyerang Malaysia. mengalahkan Crocs yang rata-rata da bosan dengan kehadiran kasut ni. dari dulu sampai sekarang aku tak pernah bekenan nak beli kasut ni.. Kasut ni akan bermaharaja-lela lah kalo ade rakyat Malaysia la yang btol-btol berminat jadi dealer kasut ni ke sini. Harga pun dari RM130-190. ok lah tu. 

Mana idea kasut ni tercetus? kajian dari diorang ni claim bahawa dengan lari cara ala-ala barefoot @kaki ayam lebih selamat, kurang membawa kecederaan dan tenaga yang digunakan dan force yang diterima oleh kaki lebih berkesan. kalo berminat boleh baca lagi kat sini: http://en.wikipedia.org/wiki/FiveFingers dan http://www.vibramfivefingers.com/technology/faqs_barefoot.cfm

Aku minat kasut ni sebab dia ada tulis yang sesuai untuk hiking jugak. yang aku tak suke tentang kasut hiking walaupun berjenama hebat di seluruh alam. 1) berat. 2) tapak die keras. means flat. tak boleh nak flexible. sebab kat hutan kan mana la rata. so aku rase sakit kalo gune kasut-kasut macam gitu. 3) aku jenis yang suke redah-redah sket. redah sungai lah. saje bagi basah-basah. problem kalo pakai kasut hiking ni cushion agak tebal. kene air. confirm berat. kalo ko punye waterproof sekalipunkan kalo ko kene seberang sungai macam trip trans gopeng. confirm basah jugak! haha. that why la aku tak amibl pot sgt kalo member-member beli kasut hiking baru segala. aku lebih selesa pakai kasut getah je. kuku ngan tapak kaki pun tak penah sakit lagi. alhamdulillah.

so banyak-banyak kasut VFF nih. aku minat yang ni!

Further Readings:

Sources:

p/s: sape ada jual kasut aku minat ni! nak beli satu! cun gle haha :)

Wednesday, August 18, 2010

Kisah Kuih Tako dan Kuih Tepung Pelita

Hari ni aku makan Kuih Tepung Pelita yang berdaun pandan. Kuih Tako aku baru kenal minggu ni. haha. mungkin sebab aku tak pernah didedahkan kot dengan kuih ni. Terima kasih la kawan-kawan yang promote kuih ni. :D jom tengok biodata kuih-kuih ni!

Kuih Tako

Nama Lain:  -
Asal: Selatan semenanjung
Sarung: Daun Pandan
Tepung Asas: Tepung Hoen Kwe
Layer: 2 layer dengan sengkuang atau jagung diletakkan antara 2 layer
Texture: Lembut ala-ala jelly (tak pecah bile diceduk dengan sudu)
Gambar pilihan:





Kuih Tepung Pelita

Nama Lain: Kuih Jongkang, Kuih Sampan
Asal: Perak
Sarung: Daun Pisang (Sekarang da pakai daun pandan jugak)
Tepung Asas: Tepung Beras
Layer: 2 layer
Texture: Lembut dan pecah-pecah bila diceduk
Gambar-gambar pilihan:

Sources:
http://greentako.blogspot.com/2009/08/kuih-tako.html
http://periuktanah.blogspot.com/2008/12/akan-datangtepung-pelita.html
http://www.nescagraff.com/2009/04/kuih-tako-ver-20.html


p/s: ada orang mlaz nak lyn sebab dia mrajuk. haha!

The Song Remained

Cerita tipu dan bosan di kala merehatkan otak untuk menghadapai test malam ni.

Masa tengah rehat-rehat kat kedai, mak aku suh urut kaki dia. then tgh urut-urut tu die cakap kat adik aku. " cuba tengok ni beza btoi! anak sapa la nii" mak aku tunjuk tangan aku yang hitam ngn betis dia yang putih gila. owh aku memang dilahirkan gelap sket. tapi slalu maen panas tu yang sampai itam. then aku tanye mak aku. "mak, kalo wan itam padan tak dengan orang yang putih. putih. putihhhh gila ah. haa." "padan ja" cepat ja mak aku cakap. "ye lah tu mak.macam tak padan ja"aku cakap balik "ok ja.mak putih abah hang gelap apa" mak jawab balik.diam aku sambung urut balik.

Malam tu aku baru dapat jawapan. owh. jawapan yang patutnya aku tau awal-awal. bukan bila aku da bertekad. tapi. salah aku la jugak tak dapatkan jawapan btol-btol dari awal. puff. habis semua.

Esoknye pagi-pagi, aku mintak mak aku botakkan kepala aku. aku da bernazar. mak aku ok je. pelik aku. before ni dah due kali aku mintak die botakkan die tak nak. aku pun on je lah botak pakai no.1. time mak aku gune mesin tuh atas kepala aku tuh die tanye "eh ni botak macam mana nak yang putih. nanti orang laen takut plak. haa" "tak mo lah mak" sayu gile hari tu. tapi da botak semangat sket. rasa macam baru start. hati pun da tenang. Alhamdulillah.

But these songs remained. in the memory. severally play. it bring me some spirit. given by her on 4/4/2010 10:28:30 PM. thanks :)




p/s: thanks for reply my sms :)



Monday, August 16, 2010

Cerita Tarawih Yang Terbalik-balik.

Holla!. Amaran awal. Cerita ini ada cerita di sebaliknya :) Cerita ini mengandungi unsur berat. jangan terpedaya dengan tulisan saya. satu lagi! cerita ini sengaja di extrapolate kan penceritaannya. selamat membaca. selamat membaiki ibadah puasa! :)

Tadi Malam tadi. aku da berniat nak semayang terawih di satu surau berdekatan dengan rumah aku kat sri pulai. ape yang mengingatkan aku tentang surau ni ialah. surau ni masa solat tarawih sebelum ni pernah diimamkan oleh IM Ust. Taufek. teringat lagi kemerduan suara nya. memang semangatlah jugak nak semayang tarawih kat situ.

hari ni. malam tadi. aku pegi. masuk-masuk. alhamdulillah. air-cond siap. suhu 26degree C. jemaah pun ada la 3 baris lebih. aku tengok-tengok. sape eh imam. ada sorang duk paling depan. ada gaya imam dah. baju melayu, kain pelikat. rambut belah tengah. aik rambut? a'a die tak pakai kopiah. ok takpe. ada letak sebelah die kot mana aku nampak kan.

skali nak da start solat. memang die da tak pakai kopiah. songkok mane songkok? takde jugak ke? makmum belakang tu ramai kopiah sume lengkap. tau la hensem rambut belah tengah. tapi penutup kepala tak de? imam ni patut kene saman nih. aku penah kne saman RM200 sebab tak pakai SONGKOK kerana manusia. imam ni harus disaman RM2000 lah. sebab die tak pakai penutup kepala pun untuk menghadap pencipta.erm tak pe. abaikan. die da bawak kopiah tadi. tapi jatuh dalam longkang. kot.

then da solat 4 rakaat. pelik gak nape tak sambung-sambung lagi solat ni. owh. ada tazkirah. alhamdulillah. bagus jugak. aduhhh. bile die da start bagi tazkirah. aku da boleh agak. die tak ready. preparation kurang. tergagap-gagap. sket je kot orang pandang die. tapi ntah, kalo da tak ready memang camtu la kot.

"ada saya terbaca dari blog. blog mane ntah. juweialhaj.blogspot kot. ada cerita bla-bla." owh. imam skang sangat trendy. tapii. tak sesuai la rujuk dari blog. kot.

"bulan-bulan puasa ni, kita sama-samalah bersedekah. 1 sen pun jadi lah. 1 sen je" err 1sen? kan bank pun da tak terima. kamonnnnn. haish.

kegabrahan imam terserlah. bila dia da silap-silap cakap. "ada satu ayat ni, Allah cakap eh tak nabi cakap bla bla bla bla. " well. ble da tak ready memang semua tersilap. Allah berfirman. Nabi bersabda.

last, paling tak boleh bla. ble masa tazkirah. hujung ayat die ada en en en.. kite en. bulan ramadhan ni en. kite en. kene la en. bersama-sama en. sedekeah an. apa yang penting en. apa yang penting en. bile die sebut apa yang penting ni dua kali. aku ade dengar budak-budak kecik satu kumpulan sebelah aku jawab kerjaaa-samaa. cilakak! marah+nak gelak pun ade. haha. slumber je dak-dak kecik ni kate gitu.

kesimpulannya, memang imam tu tak ready malam ni. maafkan die k.

Pengajaran daripada cerita tipu di atas:
1) pakailah pakaian yang lengkap untuk menjadi imam. ala. ramadhan skali je kan setahun. solat pakailah kopiah. nak raya nanti takde kopiah pun tak pe :)
2) Sila bersedia sebelum memberi tazkirah. jika tak bersedia. pass kn kat orang lain. ataupun teruskan sahaja solat. habis awal pun apa salahnya. orang lain pun ada agenda mereka sendiri. kan. :)
3) sebagai pendengar. jangan la ko main-main ngan yang bagi tazkirah tu. (yang jawab kerjasama nih memang cerita betol!) ko layan lah yang tengah cakap tu. kang suh ko duk depan baru tahu. :)
4) sila tambah :)

yang ikhlas,




p/s: Ini cerita tipu.

Transporter Terrrlaju Abad Ini!

Ini picca entry yang lepas:
iklan kereta mahal yang hanya menyediakan kereta murah.
boleh baca entry ni di sini : Membawa awek berjalan-jalan dengan Mini Cooper

Now, aku ada satu lagi iklan. aha. yang ni sesuai untuk sapa-sapa yang dah terlambat untuk ke kelas, airport, dating, pegi toilet, dan sebagainya lah.jangan lepaskan peluang untuk call number di dalam iklan di bawah! sememangnya akan menghantar dengan kelajuan 300++km/hr! enjoy.

korang tengok la. laku babe kertas bole koyak tuh. tinggal 3 je! jap. camne nak anta orang gune F1? err maybe penumpang duk kat bahu driver kot. sorang je lah ni bole anto? malas nak sms die anta pakai kete pe sebenarnya.

p/s: riseman sudah ditangan. review menyusul kemudian. :)

Related Posts with Thumbnails