Wednesday, September 15, 2010

60 Petua Mendapatkan Pasangan oleh Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Khamsah (Part 1 of 6)

Hoi! tak abes raya lagi ke? sambil-sambil raya ni aku nak share ngan korang petua ni.

Aku suke baca hasil tulisan Dr. Fadzilah Kamsah ni. yang latest aku baca 55 Petua Orang Berjaya (Edisi Kemas Kini). Sejak kenal beliau masa aku darjah 4 kalo tak silap. tahun 1998. aku pergi kursus kat bangi. gila best ar.

tapi apa kaitan dengan post yang aku share ni? haha! saje je terjumpa bila pegi laman web Dr. kat sini: http://www.fadzilahkamsah.com/

Share sahaja bosan. so, aku saje conteng-conteng selepas setiap petua. tulisan italic. selamat membaca!

60 Petua Mendapatkan Pasangan oleh Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Khamsah

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
erm. aku penah try usha awek jumpa kat bazar Ramadhan. yang memang aku tak kenal langsung pun. sweet je muke die. tapi memang can not go lah! tak tau nape. haha.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
usaha. ye berusaha! Doa. ye berdoa! ni list doa mengenai jodoh yang berkaitan: http://www.facebook.com/note.php?note_id=165598124934. bertawakal. :)

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
owh man. ok. =.="

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
erm mungkin maksud seimbangkan ni duniawi dan ukhrawi. baik.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
insyaallah. musuh sekarang takde rasenye. kot. 

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Ya Tuhan. banyak lagi masih tak ku laksanakan. :(

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
okai!

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
owh ea. tanggapan pertama aku ok je. :)

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
setuju! tapi tak tau la aku pakai ok ke tak sekarang. hurm.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
Insyaallah :)

okeh bersambung lagi nanti. kalo korang baca terus 60 confirm bosan! :D

p/s: i maybe look ego. actually im planning my further step 1st. ;)

No comments:

Related Posts with Thumbnails