Tuesday, April 6, 2010

Rafiqin Darwisy ?

Sekejap je dia da popular. berduyun-duyun artikel pasal budak sekolah ni dikeluarkan. tak kurang jugak yang post status di FB mengenai budak jambu ni. asyik-asyik blog crite pasal budak ni.

jadi kurang enak untuk dilihat apabila yang mengutuk itu sangat-sangat berlebihan. ada yang mengutuk dengan kata-kata kesat terhadapa ibu bapa budak ini. helo. siapa anda? sudah berkahwin? dah ada anak? sudah tau anak anda macam mana nanti? anda sendiri pun baca kan. mungkin anda juga yang mengeluarkan perkataan-perkataan keji tersebut.

Entry ini bukan untuk membela si budak bernama rafiqin darwisy. langsung tidak. tapi saya hendak mengajak anda bersama-sama kita kurangkan/jauhi/buang dari mengeluarkan perkataan-perkataan kesat dan ancaman yang keji/bahaya dan seangkatannya kepada sesiapa pun. khususnya di alam maya ini.

oi! suke hati la. ko sape nak sibuk2. ini blog aku. FB. freedom of speech!.
ok suka hati anda. saya tidak menghalang. silakan. saya hanya ingin berkongsi sedikit pengalaman di dunia ini. mungkin pengalaman ini sesuai kepada pelajar-pelajar IPTA. anda boleh didakwa kerana telah merosakkan nama institusi anda. contoh seperti gambar di bawah.

Ok saya da abis belajar. Suke hati aku la nak cakap ape..
cakap la. anda cuba bayangkan situasi ini. anda telah menulis ayat seperti "siap ko rafiqin, aku jumpe ko, aku bunuh ko. siat-siat kepala ko!" then keesokannya. rafiqin didapati mati dengan kepalanya disiat-siat oleh pembunuh. tahniah. anda orang pertama yang akan ditangkap.

selamat mencuba! erkk..

aku pun fan arwah Din Beramboi.tapi aku tak sampai hati nak kutuk/maki/cerca/hina lebih-lebih manusia lain. 
sekian. :)

4 comments:

Zida said...

pehhh. budak tu dahh mereng agaknye.

juwei said...

maybe kurang pemantauan or kasih sayang kot. :)

|.a.r.i.e.z.a.| said...

betul tu. org salah jgn ditegur dgn cara yg lbh salah.. ada cara kita menegur, ada cara utk kita marah :)
kdg2 berdiam itu lebih baik.. Allah itu kan maha adil...

juwei said...

btol3..

Related Posts with Thumbnails