Ini guideline untuk Mountain Review saya!
DIFFICULTY:
1-Senang, 5-Susah
Too easy
Easy
Medium
Hard
Hardcore
Komen:
Difficulty berubah-ubah mengikut cuaca dan masa. pandangan masing-masing juga berbeza.
Ini pendapat saya.
-----------------------------------------------------------
FITNESS NEEDED:
1-perlu, 5-tak perlu
First timer pun boleh.
Jogging is enough.
Need scheduled training.
Recommended to start with easy trip.
Make sure you are fit enough. mentally and phisically.
Komen:
Bagi aku fitness sangat penting untuk hiking and dont underestimate any mountain. anything can happen.
-----------------------------------------------------------
KEPUASAN:
1-tak berbaloi, 5-berbaloi
Rugi je pegi!
Tak berbaloi!
Biasa je..
Menarik jugak.
Heaven!!
Komen:
Heaven yang aku maksudkan ni mungkin atas sebab-sebab berikut:
1) Pemandangan yang superb dari puncak-puncak
2) Kepelbagaian aktiviti seperti mandi di air terjun, caving dll.
3) Kagum melihat keindahan Tuhan yang sangat indah.
4) DLL
-----------------------------------------------------------
KOS:
1-murah, 5-mahal
Free-RM50
RM50-RM100
RM100-RM200
RM200-RM300
RM300 keatas
Komen:
Kos untuk hiking biasanya bergantung kepada:
1) Bayaran guide
2) Bayaran masuk ke hutan
3) Kos makanan
4) DLL
-----------------------------------------------------------
MUATAN BEG:
1-ringan, 5-berat
Berlenggang
Beg kecil(<5kg)
Backpack (<10kg)
Haversack(<20kg)
Haversack(>20kg)
Komen:
Muatan beg (Beg yang patut dibawa) biasa bergantung kepada:
1) Bilangan hari anda di dalam hutan. semakin lama trip anda, semakin banyak barang barang(makanan) yang anda perlu bawa.
2) Jantina. Perempuan kebiasaanya membawa barang yang lebih ringan dari lelaki.
3) Posisi ketika trekking. cth: shooter membawa barang yang lebih ringan daripada sweeper.
4) DLL
-----------------------------------------------------------
WATER POINT(WP):
1-sedikit& susah, 5-banyak&senang
Sangat kritikal. Kebanyakan WP sangat sedikit dan jauh dari checkpoint.
Kritikal. Beberapa WP sangat sedikit dan jauh dari checkpoint.
Kurang kritikal. WP sedikit tetapi tidak perlu mengangkut air dengan banyak.
Setiap Checkpoint kebanyakannya ada WP.
Tiada masalah
Komen:
WP merupakan salah satu aspek yang perlu diambil tahu terutamanya oleh guider & perancang program. WP juga menetukan sesuatu trip sangat mencabar atau tidak.
-----------------------------------------------------------
ada apa-apa lagi tak yang nak ditambah or dibetulkan?