Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia. Setuju atau Tidak?

Selamat petang!

aku ada wat satu soalan kat facebook. tentang tajuk di atas. boleh klik link sini untuk respon: Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia. Setuju atau Tidak setuju?

so asalnye tiba-tiba terkeluar soalan di atas bila aku tengok sorang perempuan makan kat kafe dia pakai cardigan yang pendek separuh tu. setelah sekian lama trend ni ditinggalkan. skang aku baru nampak balik. aku tak paham fesyen ni. apa dia nak tutup and apa dia nak tunjuk sebenarnya. lagi-lagi kalo yang memang muat-cekup pinggang (bukan pinggang pun, atas sket) and bahagian atas ketat. arghh. kesian la kat laki ni.

aku tujukan soalan kat member aku.

"apsal ar?"

"Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia"

takde la ghairah mana tengok -.-" tapi rasenye ayat boleh tukar kepada perempuan suka bila berjaya menarik perhatian lelaki. sama tak?
Gambar hiasan

kalo lelaki tengok perempuan ade je nak komen. pompuan tengok lelaki komen pasal pe plak? apa kata korang?

Pautan lain: http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

p/s: Thanks! near 200! :)

Friday, April 1, 2011

The Hijab Terminator

Assalamualaikum dan selamat pagi!

da lama tak update (ayat stereotaip). utamakan yang penting kan. yang kurang penting kita hold dulu. so hari ni aku ada video tentang hijab yang baru je tengok kat FB. ha sape kate FB lagho semata? kan dapat da pahala sapa yang share tuh. :)

video ni comel dan penuh pengajaran tentang cara-cara hijab yang patut dielakkan. so ladies watch, learn, change. paling kurang pun berazam untuk berubah ke arah lebih baik k! :)


sini aku senaraikan cara-cara hijab yang ada dalam video ni dan pendapat aku tiap satu

  1. The Hot Pink Hijab - terlalu pink memang akan menarik perhatian. tapi cam tak penah jumpe plak camni.
  2. The Sparkling Hijab - belum pernah jumpe. cam sengal je.
  3. The Transparent Hijab - more that 70% girls nowadays pakai macam ni. and 70% of them pakai anak tudung skali. poyo konon wat survey.
  4. The Calvin Klien Hijab - tak pernah jumpe. lame je
  5. the Fringe Hijab - typical puteri AMNO? tak percaya sila google images. and arabs pun suke pakai macam ni. 
  6. The Skin Tight Hijab - biase tengok da hari-hari
  7. The Accecorized Hijab -  erm mak datin, mak datuk. erm Datuk Siti?
  8. The Givenchy Hijab - erm biasa da ni. kalo bau tu boleh nampak. da macam iklan TV3 yang naik basikal ada lampu-lampu kat belakang.
  9. The Air-brushed Hijab - aku tak paham kenapa nak over sangat gi kelas. tak penat ke nak make up then bersihkan balik. kalo nampak cantik tapi tak original lelaki tak berapa suke kot.
  10. The Horse Tail Hijab - ini arab punye feveret. ape ke pipette diorang ni
  11. The Ooops Hijab - Bienda, Datuk Siti, sape lagi
  12. The Wrestling Hijab - biasanye girl yang tak pakai pin macam ni. tak ke bazir tenaga jap-jap sangkut. jap selimpang. pin je lahhh. -.-"
Antara semua ni. yang aku tak leh terima 5,10,11. bile nampak je mulut nak mengutuk je. hahaha.

Hope video ni and pendapat aku tak menyakiti mana-mana pihak.
Jom niat ke arah lebih baik k! :)

Selamat hari jumaat. boring-boring nyanyi la lagu Friday. ye idak. haha.

Sources: http://www.facebook.com/video/video.php?v=1725197888916&oid=133629143354338&comments

p/s: baru ko tau masa tu emas ye. ha amikk.


Monday, March 7, 2011

Cara tak nak tunjuk Relationships kat Facebook

hoi hoi.

aku banyak share setting FB kat sini. tapi kali ni aku rasa cam ntah ape. erm mungkin berguna jugak untuk certain orang. sebelum aku tunjuk cara nya. ni aku bagi contoh golongan yang mungkin menggunakannya.

1) kalo korang yang slalu kapel clash kapel clash kapel clash. ini bagus untuk korang. takde la korang jadi bahan ngumpat kan. si tonah d 4 kali kapel clash. bosan da aku tengok ble die update in a relationship with. tak sampai seminggu punye.

2) laki atau pompuan yang jenis suka flirt sana sini. aha sesuai la.. lepas ni takde masalah kalo korang nak ngorat-ngorat. pompuan ni kalo tengok ko nye profile skali da engaged with. memang kaw kaw ar kne kutuk. dasar laki gatal. pompuan pun sama aje. ye idak.

3) FB skrang da jadi serius bisnes. kalo yang baru kapel siap janji. i kapel ngn u tau. tapi takyah la request kat FB tu. t family i nampak. mati kene pukul ngn bapak i. tapi kalo da kawin tapi tak nak letak gak tak tau ar. maybe ada reason tersendiri kot.

4) kalo korang rasa nak rilek-rilek je. tak nak show off  pakwe/awek korang yang hensem/lawa tu. bole wat setting ni.

so camni cara dia. dekat page korang. belah kanan atas. click Account then pilih Privacy Setting. nanti karang akan ke privacy settings. kat sini cari Block list kat bawah tu atas die ada Customise settings. bawah things i share tengoklah relationships tu. pilihla kat sape korang nak tunjuk. kat sape korang tak nak tunjuk. or nak tunjuk kat diri sendiri je.

bawah ni antara assumptions yang aku buat:

1) if korang buat tunjuk untuk pasangan masing-masing je. pasangan korang tu pun tak tau ko tunjuk tak kat orang lain. unless die usha profile ko gune account orang laen.

2) kalo korang tengok pasangan korang tak letak pun relationship status. bukan bermaksud die da clash ngn korang. tapi maybe die tak tunjuk kat korang atau pun hanya tunjuk kat diri sendri je

3) kalo korang tengok page pakwe/makwe yang hensem/cun ni takde relationship status. jangan ingat die tu single.

hahaha. macam-macam. anyway. tepuk keyboard pilih la sendiri. :)

p/s: ak perasan ko punye ilang. ;)

Friday, February 18, 2011

Danbo!

Holla!
Aku ada addict terbaru. buat Danbo! mengikut pengetahuan aku dari maklumat en google danbo ni da lama wujud. popular kat Malaysia sejak tahun 2007. aku je yang lembap baru nak minat. hoho. itu pun baru sehari dua perasan kewujudan danbo ni. mule-mule tengok gambar die rasa cam owh ni photoshop je. then google2 baru perasan kotak rupenye. dan boleh wat sendiri!

ape lagi. aku cari website yang ada printed version. cari 2 fail lama.pinjam pisau. pakai gunting pinjam yang da rosak. gam yang da lama tak guna. start buat. so, lebih kurang 6jam baru siap danbo pertama aku. yeah!

memperkenalkan. Danbo Albino (DA)!

Hai! :)



Actually takde niat pun nak buat die bagi albino. printer aku ha. da la boleh black and white je. then ink plak nak habis. nasib la jadi gni. tapi cun gak kale putih gini.

nak buat die agak rumit la. tapi untuk pertama kali je aku rase. 2nd time nanti ok da kot sbb da tau da cara nak wat and trick2 die.

lepas aku buat baru aku tau yang harga kotak ni RM138. and kalo saiz kecik sket RM87. so kalo korang nak originil nye dari Jepun. bolehlah membeli di forum Lowyat: [WTS]>>>amazon japan DANBO<<<, BIG AMAZON DANBO READY STOCK! tapi aku tengok cam da tak aktif je. rasanye ramai lagi orang jual. yang ni mahal sebab keras and ada LED kat mata die. wooooooooo. haha.

dan sekarang aku enjoy gambar-gambar danbo kat forum Lowyat. boleh tengok kat sini: ~DanBo / DanBoarD GalleRiA~, the cardboard-made robotPandai btol diorang amik gambar.

Next aku nak buat kawan Danbo Albino. tapi nak btol-btol rupe kotak. unik seh. aha. :D

Jumpe lagi!
Ni photo album aku kat Facebook: Danbo Albino

p/s: awak nak satu? ;)

Monday, January 10, 2011

Facebook is shutting down?

selamat pagi.
korang tau tak facebook nak ditutup?

percaya facebook akan ditutup adalah seperti percaya:

matahari itu tidak panas

risau bebenor facebook nak tutup. da takde peluang stalk orang eaa. ha kantoi.
rilek-rilek sudeh.

nah aku bagi korang tenang sket.

original link: http://www.facebook.com/facebook/posts/100307470046094
facebook page: Facebook's profile

ok. pegi maen facebook dengan tenang.

p/s: we do not fail we just not success yet

Wednesday, January 5, 2011

Kesan deactivate Facebook

cuti yang lepas aku deactivate facebook. ade masalah diri sendiri dan mahu fokus pada pekerjaan masa cuti sahaja. 9pagi-9malam kerja. balik rumah tade internet. takde mase tak perlu n tade pe yang penting bagi aku. tapi perkara ini telah membuatkan aku dipandang serong oleh masyarakat tegar Facebook. ini terjadi apabila mereka menganggap Facebook adalah IC ke-2 masyarakat sekarang. FB adalah henpon ke-2 masyarakat sekarang. owh maybe pertama. ade juga menganggap FB adalah kitab pertama yang perlu dibaca daripada kitab-kitab lain sebaik sahaja bangun dari tidur. persepsi ini menunjukkan masyarakat sekarang sudah leka, alpa dan ketagih kepada facebook.

aku admit yang facebook mempunyai sistem perkongsian ilmu yang sangat efficient. perkongsian ini memang sangat efficient apabila perkara-perkara yang tak perlu dikongsi pun secara automatik akan dikongsi secara tidak sedar oleh masyarakat. maka timbullah. da jadi menyebar fitnah tu macam perkara biasa. click share aje. satu dua click. settle.

Pada masa akan datang aku rase punch card or sistem scan kad da tak perlu untuk mengesahkan kehadiran. log in facebook je. k da tau die da masuk office. jimat banyak tu kan. kalo korang tak datang meeting. jangan online facebook. invisible je lah. kalo da invisible plak jangan gatal-gatal add kawan, post ape-ape ke. komen-komen ke. t ade orang dalam meeting cakap "boss tengok die ni, ponteng meeting tapi facebook update je" gile stalker! haha.

apa bahaya deactivate facebook?

1) korang akan kehilangan brite mengenai kawan-kawan. n maybe family juge. aku tak tau ade member aku da bertunang, da kawin, accident,  n ade juga kematian parents. tak ketinggalan kucing. ade certain news yang aku rase aku perlu tau. tapi tak dapat nak tau. perlu apabila aku rase aku perlu ucap tahniah, takziah or yang sebaliknya kepada orang-orang tersebut. kalo yang sangat kolot mesti ingat aku da tak amik kesah pasal diorang sedangkan diorng adalah orang-orang terdekat aku. dengan menganggap FB adalah tempat utama menyampaikan berita seperti rasa bercakap dengan mikrofon apabila post sesuatu di FB akan menyebabkan orang-orang seperti aku jadi lost. then ada yang kata. ah die tu. tak kesah ape-ape pun da. ade aku kesah?

2) korang akan dianggap tidak bertanggungjawab. why? maybe ade certain works yang orang-orang tidak berape cukup professional memilih FB sebagai tempat utama untuk menyampaikan arahan. aku baru bukak group aku kat FB. group ni boleh diketegorikan sebagai suatu perkara rasmi. malangnya segala arahan telah diberi di situ sahaja. maybe dengan anggapan bahawa menyampaikan arahan di FB sama seperti sudah memberi mesej yang memang sah-sah dapat dibaca oleh penerima. akibatnye. aku baru la tengok makluman tugasan yang perlu disiapkan dan tarikhnye da expired pun.

3) korang akan dituduh bermasalah. why not. aku rase cam da biase dengar. kalo ade orang deactivate or delete facebook. nanti ada suara-suara genius. " dia wat hal la tu ngan awek die. gado kot." "ha! mesti die tak siapkan report nih. larik ar tuh" "Loser gile takde internet" dan mcam-macam lagi lah.

bile da masyarakat menganggap FB adalah IC dan henpon ke-2 dalam hidup mereka. mungkin num 1.
haishh..

p/s: call or text me if you have any urgent things to inform/discucss etc. my facebook is the place i'm wasting my time only.

Saturday, November 20, 2010

Facebook Tips #4: Control Application Privacy

okeh. nak share satu mende. lagipun kebelakangan ni mende ni asyik berlaku. kebanyakan kawan-kawan anda selalu membiarkan application terus boleh godek-godek FB anda. anda yang bagi permission. sape suh kan. haha. then app tu boleh sesuka hati je post kat kawan-kawan anda. kalo mende buruk lagi la. cam come see naked girls here. bla bla. kan buruk FB anda. padan muke. haha.

korang tau bagi permission je. tapi tak tau camne nak stopkan? ok. kalo rajin gi delate kat wall kawan-kawan tu kan. tahukah anda. app ni boleh post kat wall rakan-rakan anda even korang da logout? that why kalo orang tu tak online pun bole gak app tu post suke ati je.

so sini ada cara paling ringkas aku jumpe untuk setting app ni balik. (kalo korang ada cara lagi cepat lagi bagus)

1st.
gi Profile > then bawah button Share tu ada Option. click
2nd.
Click Settings > application settings page

3rd.
nanti korang akan gi seperti gambar di bawah. kalo yang rajin maen game tuh, maen tanye-tanye kawan, tanya tukang tilik lah, paul si sotong lah, macam-macam lah. baru tau macam-macam app korang da gune kan. huh. kalo rajin click la edit setting then ubah-ubah la ape-ape yang patut. kalo malas nak pikir. tekan pangkah aje. voila! selesai masalah anda!


Selamat mencuba! :)
lepas ni. agak-agak member korang tu post bukan-bukan kat News Feed. kasi je link ni. :)


p/s: I want to be your bold hero. 

Wednesday, November 3, 2010

Facebook Page #5: KOMUNITI JEJAKA JAMBU DAN GADIS CUTE


Baru lepas tengok post member. si gadis yang ada orang nak kawan tibe-tibe. muahaha. nah link: 

facebook faggot's going down!!


then buat FBwalking sket. saje nak tengok page mamat ni. memandangkan die letak gambar ex die(mengikut pengakuan) so tak tau la rupenye. tapi bile tengok die like satu page ni. aku boleh bayang. rupe die mesti jambu! owh suwit! blurghh..

kepada jejaka-jejaka jambu dan gadis cute di luar sana. sila lah like page ni. upload gambar skali. ada hadiah best menanti tu kalo dapat paling banyak like. 


p/s: sometimes, happy news will be a bad news if you don't tell the story.



Thursday, October 21, 2010

Kekasih

Lama aku tak ikut nasyid sekarang. sebab rasa macam jiwang-jiwang tak kene je. lagu nasyid dulu-dulu dari tahun 2001-2005 memang best. sedap je dengar. banyak lagu tentang tokoh Islam dan perjuangan. bile dengar je semangat tibe-tibe datang. erkk ye ke. ade la!. haha.nasyid skang dengar cam nak muntah je. muahaha. tak de la semua kan.

ni nak share ngan korang satu lagu best dari kumpulan Devotees. bertambah best bile tengok video yang attach tu comel sangat. hoho. :)

Lirik:
Devotees-Kekasih
Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu

Macam ni la sepatutnya perkahwinan kan. setia hingga akhir hayat. terharu jugak tengok video kartun tu. pasangan ni tak de rezeki dapat anak. dalam dunia sebenar mesti cabaran nya lagi hebat. Semoga kita sama-sama dapat mengharungi cabaran hidup dengan jaya. :)

Sources:
FB Video: http://www.facebook.com/video/video.php?v=161360473888229
You Tube Video: http://www.facebook.com/video/video.php?v=161360473888229

p/s: tulus! saya sayang awak! ;)


Monday, September 27, 2010

Facebook Tips #3: Customize who can see your Facebook satus

hello.
rase cam perlu bagi tip ni. mungkin ada yang tak tau, nak buat tapi tak tahu. tak nak buat tapi nak baca je.


knape perlu tahu tip ni?
aku senaraikan sket-sket yang aku rase situasi ni btol-btol perlu.


1) bermanja-manja suami isteri, bakal, bf gf, or ape-ape je.
cth: sekiranya anda nak manja suami isteri kan. ne tau anda outstation. minggu ni nak balik rumah. tanye isteri anda kt FB. "yang, malam ni kte ehem-ehem ye". anda buat lah status yang isteri anda je boleh tengok. cool weh ble korang post kat isteri gitu. haha! ye ke. gle pe. ini contoh ye. tapi rase cam boleh berlaku je :D


2) bermarah-marah suami isteri, bakal, bf gf, or ape-ape je.
cth: sekiranya anda bengang tunggu bf anda tak sampai-sampai di Mcd. dpt wireless. tgk FB boleh plak bf korang tu online lagi kt fb ko da tunggu kat sejam nih. ape lagi. ko post je kat wall die." hoi awk! sy bla bla bla bla. kte x yah kapel la camni!" ha amik ko. tak kan ko nak malukan die satu dunia kan. buat jahat dibalas jahat. so guna cara ni. bg die view je.tbe plak. die ckp owh you ni i lewat sejam je kecoh nak bagi tau satu dunia nape. ha ko balas la balik die sorang je leh tengok. malu die kat situ. 


3) berahsia-rahsia dengan suami isteri, bakal, bf gf, or ape-ape je.
cth: contoh diri sendiri je lah. aku nak bagi hadiah kat kakak aku bersalin. then aku tanye kan pendapat kawan-kawan kat FB. sengal la kan kalo ko tanye nak bagi hadiah ape untuk someone tuh tapi die tahu ape die ko bincang. haha. so hide die dalam status korang. :)


4) perbincangan/gosip yang sensitif/rahsia DLL dengan rakan-rakan
cth: korang nak kutuk/komen atau mungkin ayat korang boleh menyebabkan korang didenda RM300. aku dah kene weh!. siot. so korang paling minimum pun kene setting yang boleh view friends only. kegagalan anda berbuat begini menyebabkan segala kata-kata boleh di prtscrn oleh sesiapa sahaja. 


5) mungkin boleh ditambah sendiri :)


nota: orang yang kite hide atau boleh view tak kan tahu die saje yang terlibat. post tu nampak normal sahaja. hanya yang tukang post tau sape yang boleh view dan sape yang di hide.


so ni tutorial nye:
Facebook > Home > News Feed > click gambar mangga tuh > Customise

kat These people tuh. korang pilih la sape. pilih nye macam ko tag orang. senang je kan.
dah siap. tekan Save setting dan share lah apa-apa pun. paling sengal ko buat view only me je. tapi ko tekan share. kat sape ko nak share pun aku tak tau. :D


setiap post korang boleh ubah setting die. atau nak wat default setting. tick kan je box kat bawah tu.


kebaikan:
1) segala aib anda, suami isteri, bakal, bf gf, or ape-ape je dapat dijaga.
2) lebih cool dari anda inbox suami isteri, bakal, bf gf, or ape-ape je. kan kan kan? :)
3) lebih sopan kalo anda nak mencarut di FB. carut la ape-ape pun. then pilih only me je yang boleh view. amacam? haha
4) segala rahsia suami isteri, bakal, bf gf, or ape-ape je tersimpan rapi.
5) tambah-tambah!


keburukan
1) boleh menjadi satu medium untuk mengumpat rakan anda secara terbuka di alam maya. ish-ish. jangan la buat ye.
2) bagi lelaki, anda akan kelihatan tidak macho sekali kalo anda post kat wall gf anda "saya sayang awak bla bla.. tengok berani tak saya post kat wall awak menyatakan betapa cinta nye saya pada awak. saya nak satu dunia ni tahu betapa sayangnye saya pada awak!" tapi pompuan tu tengok kat profile member die. tak de pun. mungkin anda akan diceraikan. haha! 
3) apa kata anda?

bagi aku. tip ni lagi banyak kebaikan dari keburukan. so, selamat mencuba! :)


p/s: ada orang hide aku dari wall die. aku tau ble aku nak post mende yang penting kat wall die. pasal kerja. aku terlupa dulu aku penah gadoh ngan die. aku dah tak nak ingat pun. tapi tak kesah pun. aku perlu tag die kat wall aku or mane-mane group yang sama. satu hari nanti, bile masa nye sampai. aku akan hide ko plak! haha!


Friday, September 3, 2010

Facebook Page #4: Universities in Malaysia (Public Institution)


International Islamic University Malaysia (IIUM)


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Malaya

Universiti Putra Malaysia (UPM)


Universiti Sains Malaysia(USM)
Universti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)


Universiti Malaysia Pahang (UMP)


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)


Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)


Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

Universiti Utara Malaysia (UUM)


Sources: 
http://www.mqa.gov.my/setara09/pdf/result_en.pdf

p/s: next time dont waste any food okey! :)









Wednesday, August 25, 2010

Video Malaikat atas Kaabah yang best!

kongsi kongsi kongsi.
Pertamanya aku mengaku yang aku FB addict. aku ketagih bukan sebab farmville segala game jadah tu. aku guna FB lebih banyak dalam urusan seharian. dan memang ia memudahkan aku pun.

Jadi, korang pun penah tengok Video Malaikat atas Kaabah ni kan. tak tengok lagi? ish-ish. nah tengok kat link bawah ni:

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1558699171503

1st time tengok je. sebab aku siap kena tag lagi. aku komen. HD please. kabur no nak komen apa-apa pun. tak lama lepas tu ada jugak orang-orang laen share video yang sama. komen plak memang percaya habiss.

aku try google sket apa yang boleh share ngan korang kat sini. back to basic. jom kita kenali malaikat. mari baca di sini: http://syafiq.net/2010/08/12/video-malaikat-turun-ke-kaabah-itu-batil/

so, hari ni video jawapan kepada video yang best itu telah muncul. 2 versi aku jumpa:

1) versi photoshop: http://www.facebook.com/video/video.php?v=153057614705316
komen: aku suke tengok ayat-ayat bawah tu. rasanya memang bukan orang Malaysia. sekurang-kurangnya dia berusahakan untuk cari kebenarannya.

2) versi ceramah: http://www.facebook.com/video/video.php?v=1587429414177
(ceramah oleh Ustaz Mat Desa Deraman)
komen: senang je. soalan pertama" betul ke boleh tengok malaikat? " dan dijawab "saya kata tak boleh"

"Wahai orang-orang yang beriman, jika seorang fasik datang menemui kamu membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya kerana dikhuatiri kamu mengenakan tindakan yang buruk terhadap sesuatu kaum dengan kejahilan dan menyebabkan kamu menyesal terhadap tindakan yang dilakukan kamu." (Surah al-Hujurat: 6)
Sekadar perkongsian. selamat beramal!

p/s: kena hati-hati nak share video pun :)





Saturday, August 21, 2010

Love is like a butterfly





Love is like a butterfly.
It goes where it pleases and
it pleases where it goes


ok lets repeat. 
I                  I
I            I
II     II
II II
Love is like a butterfly.
It goes where it pleases and
it pleases where it goes
14 days later, it died.
in a short time
spread your love
before the time come
you'll never feel regret.


p/s: sometimes i feel that only have a short time of life..

Monday, August 16, 2010

Transporter Terrrlaju Abad Ini!

Ini picca entry yang lepas:
iklan kereta mahal yang hanya menyediakan kereta murah.
boleh baca entry ni di sini : Membawa awek berjalan-jalan dengan Mini Cooper

Now, aku ada satu lagi iklan. aha. yang ni sesuai untuk sapa-sapa yang dah terlambat untuk ke kelas, airport, dating, pegi toilet, dan sebagainya lah.jangan lepaskan peluang untuk call number di dalam iklan di bawah! sememangnya akan menghantar dengan kelajuan 300++km/hr! enjoy.

korang tengok la. laku babe kertas bole koyak tuh. tinggal 3 je! jap. camne nak anta orang gune F1? err maybe penumpang duk kat bahu driver kot. sorang je lah ni bole anto? malas nak sms die anta pakai kete pe sebenarnya.

p/s: riseman sudah ditangan. review menyusul kemudian. :)

Wednesday, August 11, 2010

Facebook Tips #2: How to control your photo privacy

Hai hai. now aku nak share cara kita nak control photo privacy. aku rase ramai antara kita yang kadang-kadang tak suka bile gambar yang tak cantik, tak senonoh, atau kantoi buat bende tak elok ke ermm gambar kita ada skali orang yang kita tak suka ke. ape lagi. haa. bile da mak bapak add kat FB tu mule la gelabah untag balik gambar-gambar. haha! padan muke. sape suh ajak parents maen FB. anyway mende ni penting jugak sebab kadang-kadang ada kes yang si laki ni maen upload and tag je ape-ape gambar pun. mane tau dalam gambar tu si perempuan pakaian nye kurang elok ke, terselak ke kn. kesian pompuan tu. hurm. korang banyak stalker eh? aha. tutorial ni bagus untuk korang. jom blaja!.

So, tutorial kali ni akan mengajar anda cara anda nak bagi siapa yang boleh lihat gambar-gambar anda. sama ada yang anda upload sendiri atau orang laen tag. kali ni ada 2 tutorial okey. 1st, cara kita nak control photo privacy gambar-gambar yang orang laen tag kite. 2nd, control photo album kite sendri.

okeh. kite pergi yang pertama. kita control dulu gambar-gambar yang orang laen tag kite.
1st step: Click Account>>Privacy Settings

2nd step: Click customize settings

3rd Step: Scroll ke bawah hingga nampak Things others share>> Photos and videos I'm tagged in>>Ubah la sape yang korang benarkn view gambar2 tu.>> done!
senang je.. 3 step je punn.

okeh. 2nd tutorial: control photo album privacy
1st step: Click Profile>> Photos
2nd Step: scroll down>> click album privacy





3rd Step: Pilih-pilih! :) >> Done!
Disadvantages:
1) Bila ada gambar-gambar penting yang patut orang laen tengok. tak dapat tengok. contohnya. kawan aku kahwin. tapi satu bijik gambar dia kahwin pun aku tak pat tengok. owh. mungkin itu tak penting.maybe
2) Bila anda menggunakan nama yang freak dan pelik pastu letak gambar profile daun, kerusi, bola, dan lain-lain yang tidak menyerupai anda. kawan-kawan lama yang mencari anda tidak akan menjumpai anda. so, privacy control tu kne btol lah.
3) mungkin si BF/GF yang mengadakan hubungan jarak jauh semakin hidup tak tenteram setelah anda buat begini. haha!







Other links:

Facebook Tips #1: How to avoid 1000++ email notifications from Facebook




p/s: Thanks for dinner with me. ;)

Friday, August 6, 2010

Mountain Research: Gunung Besar Hantu.

Jam 9.30 malam ni aku akan naik bas ke Kuala Kelawang untuk mendaki Gunung Besar Hantu. (GBH) Aku biasanya akan buat research sket before aku naik gunung. Ada certain aspek yang aku anggap penting untuk diketahui before aku mendaki. Jom aku nak kongsi apa yang aku da research sket-sket.


Nama: Gunung Besar Hantu
Lokasi: Kuala Kelawang/Jelebu, Negeri Sembilan
Ketinggian: 4799' (diambil dari Web OGKL)

Location Map:
Gunung ni sebenarnya dekat-dekat @ sempadan lah lebih kurang. antara Negeri Sembilan dan Pahang.

Personal Opinion Based on Research:
(Sila rujuk My Mountain Review Guideline untuk lebih lanjut)

1) DIFFICULTY:
1-Senang, 5-Susah
  
Easy


-sebab aku ada baca yang boleh wat day trip.
-tak banyak halangan
-cuba tengok elevation profile. Slope +-45 degree


2) FITNESS NEEDED:
1-perlu, 5-tak perlu 

Jogging is enough.


- perlu jog. fitness kne ada. walaupun sedikit. jangan sombong :)


3) KEPUASAN:
1-tak berbaloi, 5-berbaloi 


Menarik jugak.


- menarik sebab ini 1st gunung aku sem ni!
- aku nak makan durian!!(sebab ada dusun durian yang berdekatan)
- yang popular di GBH ialah air terjunnya! tapi berdasarkan research, cetek je.mari lihat gambar.



4) KOS:
1-murah, 5-mahal
    
RM50-RM100


- kos mahal dekat pengangkuatan 4wheel. memang tak dapat dielakkan.




5) MUATAN BEG:
1-ringan, 5-berat 

Haversack(<20kg)


 - aku bawak berat sket untuk trip leisure sebab aku bersama-sama rakan yang sebahagiannya 1st timer.
- aku nak makan kasi heaven sket!



6) WATER POINT(WP):
1-sedikit& susah, 5-banyak&senang 
Kurang kritikal. WP sedikit tetapi tidak perlu mengangkut air dengan banyak.




- berdasarkan research. WP tak de problem. i.A


Expectations & Targets:
1) Semoga selamat pergi dan pulang
2) Semoga dapat bergambar di air terjun itu
3) Semoga dapat makan durian!


Research Sources:
http://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoBesarHantu.htm 
http://wildernessroute.blogspot.com/2010/03/gunung-besar-hantu.html 
http://smallhiker.blogspot.com/2010/03/gunung-besar-hantu.html 
Million thanks! :)


p/s: she is on the other side. what to say. God know best. :)
 

Wednesday, August 4, 2010

Facebook Tips #1: How to avoid 1000++ email notifications from Facebook

Holla!
Sekarang ni kalo tengok member-member punye email. wahh banyaknye email ko. dekat 5000++ tuh. ko buat bisnes ape? Jual ape? masuk MLM mane? bisnes 'hari-hari log in Facebook dapat RM300' ke? hahaha.
Padahal tak de pun. hari-hari log in facebook post status 'saya nak gi berak, sape nak ikut'. itu je pun. then komen lebih 50. kata ko ni teruk lah. jom nk g jugak lah. macam-macam lah. upload gambar orang laen komen lagi. kene tag lagi. ade member post kat wall ko lagi. then orang laen komen lagi.pe lagi ea? haaaa. kalo birthday ko kan. orang mana-mana ntah ko add dulu, tibe-tibe je wish hepi besday kat ko kan. ko pun layan la. paling kurang tq. kat FB wall ko paling happening bile birthday ko kan? hahaha. cut the crap.

Ni aku nak share sket cara kita tak nak terima email-email sampah macam ni.ade ke yang ske dapat email ni beribu-ribu? baguslah ko ni. nak belagak e-mail ko banyak eh. walaupun aku rase tutorial ni da cam basi. tapi aritu baru aku tengok ada member sorang ni tak peduli pun bende ni. malas katanya (or sebenar tak tau).tak tau meh aku nak ajar. haha

okeh.
1st Step: Click Account>Account Settings
2nd Step: Click Notifications> UNCLICK Checkboxes mana yang korang TAK NAK


3rd Step: Scroll sampai bawah. Click Save Changes. Done! 

3 Step je pun. kecoh ar luu.


p/s: I think more woman than man think this tutorial is helpful. :D

Related Posts with Thumbnails