Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Syeikh Mohd Idris Abdul Rauf Al-Marbawi

Bila rasa perlu peringatan untuk diri sendiri tentang kerohanian. dan di masa itu lah peringatan itu tiada. membuatkan hati itu kosong. argh.

Semalam, Ahad. aku dengar sedikit peringatan pagi yang panjang tapi best tentang sejarah. biasanya kalo ade orang nak cerita pasal sejarah je aku da mengantuk. kali ni tak. maybe sebab aku da interested nak dengar sampai abes riwayat idup tokoh ni.

setelah berumur lebih 20tahun. baru aku tau. kamus arab-melayu yang aku gunakan dari darjah 5 hingga ke tinggakatan 5 tu dikarang oleh syeikh ni. Kamus Marbawi ni antara kamus yang aku rasa sangat mudah dan cepat kalo nak translate arab-BM-arab. syukran syeikh!

ada beberapa cerita menarik tentang syeikh marbawi yang disampaikan oleh penceramah pagi tu. kebanyakannya korang boleh lihat di link ini. beliau penerima pertama tokoh maal hijrah 1408H (tahun 1987).
beliau meninggal dunia pada 1989 dan masih lagi tidak dianugerahkan Dato', Datuk. Tan Sri, Tun or yang seumpama dengannya sehingga hari ni tidak seperti artis gelang hiburan yang dengan mudah mendapat gelaran Datuk. ada juga artis hiburan yang sudah lama meninggal dunia pun diberikan Tan Sri. artis luar negara pun boleh mendapat gelaran Datuk.

aku rasa cool gile bile dengar cerita syeikh ni tentang penganugerahan maal hijrah. kebiasaannya selepas dianugerahkan tokoh maal hijrah atau anugerah maal hijrah, penerima anugerah akan diberi peluang untuk berucap. then diorang pun pot pet pot pet. tapi syeikh ni. sewaktu penyampaian anugerahnya adalah sangat berbeza. beliau hanya mendiamkan diri. seperti orang yang tidak reti bercakap. kemudian diberi signal oleh pengacara majlis untuk bercakap walaupun sedikit. tapi die dengan tenang menjawab. "aku tak tahu apa-apa".

untuk senarai penuh tokoh maal hijrah/ anugerah maal hijrah yang tak diupdate oleh JAKIM klik sini.
untuk baca sedikit cerita tentang TOKOH Maal Hijrah 1432H/2010M boleh baca di sini. mungkin beliau lebih layak juga mendapat TOKOH KEWANGAN NEGARA SEPANJANG ZAMAN.

Oh Malaysia.

p/s: sigh.


Sunday, November 21, 2010

Selamat Hari Berjalan-Jalan Sedunia!

19 Nov ialah hari toilet. mintak maap sape birthday die aritu ye! =.=" hari ni hari ape plak? hari berjalan-jalan sedunia! 21 November. aku geram pada diri sendiri kerana TERlupa untuk pergi. aduh. kat Malaysia ni. Nestle yang menanjurkan. ada 7 tempat yang diadakan serentak! kat Johor pun ada. aku ada ingat aritu nak gi. tapi terlupa la plak. aduh. rugi jugak. sebab FREE!

The World Walking Day is an event to celebrate that simple form of motion we do everyday. Walking burns calories, tones muscles, shapes your body and helps de-stress your mind. There are so many benefits you could enjoy from walking
diambil dari website Nestle Malaysia.

 ni contoh-contoh poster tentang event hari ni:





korang tengok! T-shirt. FREE. Breakfast. FREE. then info dari event page di FB dapat recycle goodies beg. FREE.
T-shirt simple dan menarik! hijau terang plak tuh!
Tak kan nak bagi beg kosong plak kan? heh.

Gila ah! banyak tu!

Kesimpulan. Grugi aku lupe! arghh. =.="
macam best organize kempen nih. huh. teringat masa organize Run For Your Heart. owh blom di review. hujung tahun boleh? :)

Happy World Walking Day! 21 November jom jalan-jalan arini? :D

Sumber: 
http://www.nestle.com.my
http://pembelasp.blogspot.com
http://www.facebook.com/event.php?eid=109298855802216
Google Images

p/s: sila buat blog kite bagi cantik sket k :P


Wednesday, August 25, 2010

Video Malaikat atas Kaabah yang best!

kongsi kongsi kongsi.
Pertamanya aku mengaku yang aku FB addict. aku ketagih bukan sebab farmville segala game jadah tu. aku guna FB lebih banyak dalam urusan seharian. dan memang ia memudahkan aku pun.

Jadi, korang pun penah tengok Video Malaikat atas Kaabah ni kan. tak tengok lagi? ish-ish. nah tengok kat link bawah ni:

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1558699171503

1st time tengok je. sebab aku siap kena tag lagi. aku komen. HD please. kabur no nak komen apa-apa pun. tak lama lepas tu ada jugak orang-orang laen share video yang sama. komen plak memang percaya habiss.

aku try google sket apa yang boleh share ngan korang kat sini. back to basic. jom kita kenali malaikat. mari baca di sini: http://syafiq.net/2010/08/12/video-malaikat-turun-ke-kaabah-itu-batil/

so, hari ni video jawapan kepada video yang best itu telah muncul. 2 versi aku jumpa:

1) versi photoshop: http://www.facebook.com/video/video.php?v=153057614705316
komen: aku suke tengok ayat-ayat bawah tu. rasanya memang bukan orang Malaysia. sekurang-kurangnya dia berusahakan untuk cari kebenarannya.

2) versi ceramah: http://www.facebook.com/video/video.php?v=1587429414177
(ceramah oleh Ustaz Mat Desa Deraman)
komen: senang je. soalan pertama" betul ke boleh tengok malaikat? " dan dijawab "saya kata tak boleh"

"Wahai orang-orang yang beriman, jika seorang fasik datang menemui kamu membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya kerana dikhuatiri kamu mengenakan tindakan yang buruk terhadap sesuatu kaum dengan kejahilan dan menyebabkan kamu menyesal terhadap tindakan yang dilakukan kamu." (Surah al-Hujurat: 6)
Sekadar perkongsian. selamat beramal!

p/s: kena hati-hati nak share video pun :)





Wednesday, August 4, 2010

Facebook Tips #1: How to avoid 1000++ email notifications from Facebook

Holla!
Sekarang ni kalo tengok member-member punye email. wahh banyaknye email ko. dekat 5000++ tuh. ko buat bisnes ape? Jual ape? masuk MLM mane? bisnes 'hari-hari log in Facebook dapat RM300' ke? hahaha.
Padahal tak de pun. hari-hari log in facebook post status 'saya nak gi berak, sape nak ikut'. itu je pun. then komen lebih 50. kata ko ni teruk lah. jom nk g jugak lah. macam-macam lah. upload gambar orang laen komen lagi. kene tag lagi. ade member post kat wall ko lagi. then orang laen komen lagi.pe lagi ea? haaaa. kalo birthday ko kan. orang mana-mana ntah ko add dulu, tibe-tibe je wish hepi besday kat ko kan. ko pun layan la. paling kurang tq. kat FB wall ko paling happening bile birthday ko kan? hahaha. cut the crap.

Ni aku nak share sket cara kita tak nak terima email-email sampah macam ni.ade ke yang ske dapat email ni beribu-ribu? baguslah ko ni. nak belagak e-mail ko banyak eh. walaupun aku rase tutorial ni da cam basi. tapi aritu baru aku tengok ada member sorang ni tak peduli pun bende ni. malas katanya (or sebenar tak tau).tak tau meh aku nak ajar. haha

okeh.
1st Step: Click Account>Account Settings
2nd Step: Click Notifications> UNCLICK Checkboxes mana yang korang TAK NAK


3rd Step: Scroll sampai bawah. Click Save Changes. Done! 

3 Step je pun. kecoh ar luu.


p/s: I think more woman than man think this tutorial is helpful. :D

Tuesday, April 6, 2010

Rafiqin Darwisy ?

Sekejap je dia da popular. berduyun-duyun artikel pasal budak sekolah ni dikeluarkan. tak kurang jugak yang post status di FB mengenai budak jambu ni. asyik-asyik blog crite pasal budak ni.

jadi kurang enak untuk dilihat apabila yang mengutuk itu sangat-sangat berlebihan. ada yang mengutuk dengan kata-kata kesat terhadapa ibu bapa budak ini. helo. siapa anda? sudah berkahwin? dah ada anak? sudah tau anak anda macam mana nanti? anda sendiri pun baca kan. mungkin anda juga yang mengeluarkan perkataan-perkataan keji tersebut.

Entry ini bukan untuk membela si budak bernama rafiqin darwisy. langsung tidak. tapi saya hendak mengajak anda bersama-sama kita kurangkan/jauhi/buang dari mengeluarkan perkataan-perkataan kesat dan ancaman yang keji/bahaya dan seangkatannya kepada sesiapa pun. khususnya di alam maya ini.

oi! suke hati la. ko sape nak sibuk2. ini blog aku. FB. freedom of speech!.
ok suka hati anda. saya tidak menghalang. silakan. saya hanya ingin berkongsi sedikit pengalaman di dunia ini. mungkin pengalaman ini sesuai kepada pelajar-pelajar IPTA. anda boleh didakwa kerana telah merosakkan nama institusi anda. contoh seperti gambar di bawah.

Ok saya da abis belajar. Suke hati aku la nak cakap ape..
cakap la. anda cuba bayangkan situasi ini. anda telah menulis ayat seperti "siap ko rafiqin, aku jumpe ko, aku bunuh ko. siat-siat kepala ko!" then keesokannya. rafiqin didapati mati dengan kepalanya disiat-siat oleh pembunuh. tahniah. anda orang pertama yang akan ditangkap.

selamat mencuba! erkk..

aku pun fan arwah Din Beramboi.tapi aku tak sampai hati nak kutuk/maki/cerca/hina lebih-lebih manusia lain. 
sekian. :)

Saturday, April 3, 2010

Blogger dan Rokok.


Selalunye orang akan cerita pasal rokok dan lelaki. rokok dan perokok. kalo blogger dan rokok plak camne?

Bagi pendapat aku. blogger tak ramai kot yang hisap rokok. kalo blogger tu kaya, dia tak kisah pun and ada kemungkinan dia isap rokok. sebab duit dah berlebih-lebih kan. yang ni biasanya student la. yang tak menghargai pun duit untuk belajar. yang guna duit JPA untuk beli rokok. ah. kesiannya.

Tapi kalo blogger tu manusia yang betul-betul menghargai apa itu nilai duit. tahu susahnya untuk mencari duit. aku pasti dia bukan perokok. membazir gila dapat earning dari ads then abiskan beli rokok. kalo itu tujuan nye. bukankah kita pun mambantu dia untuk membeli rokok jgk?. kalo gitu, aku tak nak jejak pun kat blog dia!.

Seumur hidup aku pn belom pernah belanje member rokok. dan memang aku tak nak pun. sayangnya sape-sape yang tak leh tinggal merokok. tolonglah berhenti. bosan kan dengar 1001 masalah kesihatan yang bpunca dari rokok. sayangilah wang anda.  kesihatan anda. ahli keluarga anda! tapi jawapan bosan gak yang diberi oleh perokok. ajal maut di tangan tuhan. ok. bagusnye.

tahun 2004 mak aku kehilangan abg dia. pakcik aku. pada umur 50 tahun. mak and pakcik aku ni 2 beradik je. memang terasa la mak aku selepas dah takde sape-sape lg. mak aku crite. pakcik aku isap rokok sejak umur die 14thn lg. then beberapa tahun trus jadi perokok tegar. apa yang aku nak highlight kat sini. pakcik aku meninggal dunia sebab rokok. rokok telah memakan diri nya. rokok telah memusnahkan jantungnya. aku sendiri telah melihat arwah pakcik aku.

kepada kawan-kawan yang masih hisap rokok. cubalah untuk berhenti. jangan menyesal di kemudian hari. :)


Sources:
FB CEPP
Related Posts with Thumbnails