Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Thursday, August 26, 2010

Backpacking to Southern Thailand: Part 1



UPDATE:
Cheap Hotel in Southern Thailand: http://www.travelblog.org/Asia/Thailand/Southern-Thailand/hotels.html
Part 1: KL Central to Hatyai


hoi hoi.
aku plan nak pegi Selatan Thailand. penah plan naik flight. tapi yang murah start Januari 2011. RM179 sahaja pegi balik. tapi kena tempah sebelum 5 September ni.serius aku tak tipu. tengok ni.

tak pe. biarkan dia. aku kaji transport by kereta api plak. KTM. check kat web dia tak boleh plak. e-ticket tengah upgrade sampai bulan brape entah. tapi ada tulis boleh call no. ni untuk pertanyaan tiket. 1300 88 5862. tanpa berfikir kena tolak tak kredit. aku call je lah. So, ni detail nya:

KL Central-Hatyai:
2nd Class dengan katil: RM60 (katil bawah)
                                       RM54 (katil atas)
Duduk : RM48

Return. darab dua. so akan jadi gini:


KL Central-Hatyai-KL Central:
2nd Class dengan katil: RM120 (katil bawah)
                                       RM108 (katil atas)

Duduk : RM 96

owh da jauh lebih murah dari flight. ye la flight 2 jam je. naik tren. berjam-jam! haha. aku google ada la dalam 9-10 jam. nasib baik la siap katil. haha.

owh tambang ni da cukup murah ke? belom! ada discount untuk student. sekolah atau universiti pun boleh. just kene pegi tempat beli tiket dan mohon kad student dulu dengan harga RM30. discount sehingga 40%. jom wat kira-kira lagi. aku nak katil bawah.


KL Central-Hatyai-KL Central:
2nd Class dengan katil: RM120 (katil bawah) -40% +RM30


= RM72+RM30
= RM102

murah!
so, aku plan nak naik tren lah gini. antara sebab:
1) Tempah boleh lewat. paling cepat boleh tempah 40 hari sebelum tarikh perjalanan
2) Sangat murah. walaupun dekat 10 jam. bila kita enjoy dengan member-member tak rasa pun.
3) dah lama tak naik tren jauh-jauh! haha. last aku naik taun 2008 dari Butterworh-KL Central. pecah lemak-lemak bontot duduk je.

okeh habis Part 1.
oi! pegi Hatyai je ke? tak de plan pape pun. okeh. aku ada plan da. tapi aku lagi suke tulis gini. google dan taip sini. so next kite akan tengok apa yang menarik kat Hatyai dan destinasi seterusnya. Koh Samui? Phuket? Krabi? tunggu Part 2 plak :)


Sources:
http://en.wikipedia.org/wiki/Hatyai
http://wikitravel.org/en/Hat_Yai
http://thailandforvisitors.com/south/songkhla/hatyai.html
http://www.panoramio.com/photo/20597792

p/s: hope jadi. Amiin :)

Friday, August 20, 2010

Vibram Fivefingers (VFF): The Natural Way to Move

Ini bukan stokin okey. ini kasut. haha. Aku baru perasan kewujudan kasut ni. ni pun setelah aku nampak kat FB ada orang tag gambar. google-google lah kasut ape ni. rupa da menarik abes. lagi lawa dari Crocs bagi aku. then google plak ada jual tak kat Malaysia nih. yang aku jumpe jual online kat sini je. http://e-garage-sales.blogspot.com/ tapi blog die kurang menarik. kalo buat dengan lebih kemas mesti aku terus order 1. haha! serius la rasa cam nak beli je 1 memandangkan sandal aku pun da rosak.

Vibram FiveFingers (VFF) ni datang dengan 9 jenis design. Semua design ada function @ kesesuian untuk digunakan. 9 Design die; Classic, KSO, Sprint, MOCKSO Trek, Treksport, Classic Smartwool, Flow dan Bikila. VFF sesuai dipakai untuk running, travelling, trekking, water sports, yoga dan indoor fitness. so korang kene baca la kesesuaian pakai kat mana kalo nak beli.

So, ni mungkin satu fenomena kasut baru lah yang akan menyerang Malaysia. mengalahkan Crocs yang rata-rata da bosan dengan kehadiran kasut ni. dari dulu sampai sekarang aku tak pernah bekenan nak beli kasut ni.. Kasut ni akan bermaharaja-lela lah kalo ade rakyat Malaysia la yang btol-btol berminat jadi dealer kasut ni ke sini. Harga pun dari RM130-190. ok lah tu. 

Mana idea kasut ni tercetus? kajian dari diorang ni claim bahawa dengan lari cara ala-ala barefoot @kaki ayam lebih selamat, kurang membawa kecederaan dan tenaga yang digunakan dan force yang diterima oleh kaki lebih berkesan. kalo berminat boleh baca lagi kat sini: http://en.wikipedia.org/wiki/FiveFingers dan http://www.vibramfivefingers.com/technology/faqs_barefoot.cfm

Aku minat kasut ni sebab dia ada tulis yang sesuai untuk hiking jugak. yang aku tak suke tentang kasut hiking walaupun berjenama hebat di seluruh alam. 1) berat. 2) tapak die keras. means flat. tak boleh nak flexible. sebab kat hutan kan mana la rata. so aku rase sakit kalo gune kasut-kasut macam gitu. 3) aku jenis yang suke redah-redah sket. redah sungai lah. saje bagi basah-basah. problem kalo pakai kasut hiking ni cushion agak tebal. kene air. confirm berat. kalo ko punye waterproof sekalipunkan kalo ko kene seberang sungai macam trip trans gopeng. confirm basah jugak! haha. that why la aku tak amibl pot sgt kalo member-member beli kasut hiking baru segala. aku lebih selesa pakai kasut getah je. kuku ngan tapak kaki pun tak penah sakit lagi. alhamdulillah.

so banyak-banyak kasut VFF nih. aku minat yang ni!

Further Readings:

Sources:

p/s: sape ada jual kasut aku minat ni! nak beli satu! cun gle haha :)

Tuesday, August 10, 2010

Mountain Review: Gunung Besar Hantu





Gunung Besar Hantu (GBH)

Previous related post: 

Mountain Research: Gunung Besar Hantu.

 

Difficulty vs Mountains 

Nama: Gunung Besar Hantu
Lokasi: Kuala Kelawang/Jelebu, Negeri Sembilan
Ketinggian: 4799' (diambil dari Web OGKL)



 
Location Map:

Di puncak Gunung Besar Hantu terdapat Batu Sempadan antara Negeri Sembilan dan Pahang.



 Gambar di Puncak. Seronok tengok semua happy :)

 Design T-shirt Program

Personal Opinion Review:
(Sila rujuk My Mountain Review Guideline untuk lebih lanjut)

1) DIFFICULTY:
1-Senang, 5-Susah

  
Easy


- Difficulty bagi aku naik sket. 2.5 bintang.
- 2.5 sebab aku bawak beg agak berat.
- Kalo tak bawak haversack mungkin 2 bintang.
- elevation profile. Slope +-45 degree. ini btol.rasenye slope >45 degree tak banyak.




 
2) FITNESS NEEDED:
1-perlu, 5-tak perlu 


Jogging is enough.


- perlu jog. fitness kne ada. serius.
- kalo tak de training langsung aku rase mesti lagi sakit lepas balik.





 
3) KEPUASAN:
1-tak berbaloi, 5-berbaloi 



Menarik jugak.


- Actually 3.5-4 laa. anyway, enjoy abes sebagai gunung 1st sem ni.
- Dapat makan durian! misi tercapai. baru aku tahu kambing makan biji durian rupenye.
- yang popular di GBH ialah air terjunnya! walaupun air nye cetek. tapi bila jumpa air bersih mmg seronok lah. haha! ini gambar kami.




4) KOS:
1-murah, 5-mahal
    
RM50-RM100


- kos mahal dekat pengangkuatan 4wheel. memang tak dapat dielakkan.
- ade dengar criter, GBH mungkin nanti berada bawah Jabatan Hutan @ seumpamanya. so, naik cepat sebelum kena permit :)




5) MUATAN BEG:
1-ringan, 5-berat 


Haversack(<20kg)


 - aku bawak berat sket untuk trip leisure sebab aku bersama-sama rakan yang sebahagiannya 1st timer.
- Nak bawak beg berat bole, ringan pun bole. kalo nak shoot satu hari je. bawak beg daypack cukup da :)
- jangan bawak beg sekolah ye :D



6) WATER POINT(WP):
1-sedikit& susah, 5-banyak&senang 

Kurang kritikal. WP sedikit tetapi tidak perlu mengangkut air dengan banyak.



- tak de problem. tapi yang problem nye kemalasan diri senderi untuk mengambil air. haha. nasib baik la tak jauh macam WP kem Cerek.
- kalo nak jimat tenaga dan masa, sekali turun tu trus la mandi, ambil air, dan basuh-basuh. :)


Expectations & Targets:
1) Semoga selamat pergi dan pulang. Success! Alhamdulillah
2) Semoga dapat bergambar di air terjun itu. Success! Alhamdulillah
3) Semoga dapat makan durian! Succes! Alhamdulillah

Lesson Taught:
1) Before ni aku rase aku tak terpikir sangat pasal ubat untuk gadis. tapi lepas ni aku perlu kira jugak semua tu.
2) Memberi arahan dengan jelas adalah amat penting.
3) Expect less, aim high, do more. :)

Research Sources:
http://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoBesarHantu.htm 
http://wildernessroute.blogspot.com/2010/03/gunung-besar-hantu.html 
http://smallhiker.blogspot.com/2010/03/gunung-besar-hantu.html 
Million thanks! :)


p/s: we're going out for dinner! is it a good news? perhaps. :)

Tuesday, April 6, 2010

Mountain Review Guideline

Ini guideline untuk Mountain Review saya!


DIFFICULTY:
1-Senang, 5-Susah
 
Too easy

  
Easy

  
Medium


Hard

 
Hardcore



Komen:
Difficulty berubah-ubah mengikut cuaca dan masa. pandangan masing-masing juga berbeza. 
Ini pendapat saya.


-----------------------------------------------------------


FITNESS NEEDED:
1-perlu, 5-tak perlu

First timer pun boleh.



Jogging is enough.



Need scheduled training.


Recommended to start with easy trip.

Make sure you are fit enough. mentally and phisically.


Komen:
Bagi aku fitness sangat penting untuk hiking and dont underestimate any mountain. anything can happen.



-----------------------------------------------------------

KEPUASAN:
1-tak berbaloi, 5-berbaloi

Rugi je pegi!


Tak berbaloi!


Biasa je..


Menarik jugak.


Heaven!!


Komen:
Heaven yang aku maksudkan ni mungkin atas sebab-sebab berikut:
1) Pemandangan yang superb dari puncak-puncak
2) Kepelbagaian aktiviti seperti mandi di air terjun, caving dll.
3) Kagum melihat keindahan Tuhan yang sangat indah.
4) DLL 

 -----------------------------------------------------------

KOS:
1-murah, 5-mahal

 
Free-RM50

  
RM50-RM100


  
RM100-RM200



RM200-RM300

  
RM300 keatas



Komen:
Kos untuk hiking biasanya bergantung kepada:
1) Bayaran guide
2) Bayaran masuk ke hutan
3) Kos makanan
4) DLL

-----------------------------------------------------------


MUATAN BEG:
1-ringan, 5-berat

Berlenggang

Beg kecil(<5kg)


Backpack (<10kg)



Haversack(<20kg)


Haversack(>20kg)


Komen:
Muatan beg (Beg yang patut dibawa) biasa bergantung kepada:
1) Bilangan hari anda di dalam hutan. semakin lama trip anda, semakin banyak barang barang(makanan) yang anda perlu bawa.
2) Jantina. Perempuan kebiasaanya membawa barang yang lebih ringan dari lelaki.
3) Posisi ketika trekking. cth: shooter membawa barang yang lebih ringan daripada sweeper.
4) DLL

-----------------------------------------------------------

WATER POINT(WP):
1-sedikit& susah, 5-banyak&senang
Sangat kritikal. Kebanyakan WP sangat sedikit dan jauh dari checkpoint.


Kritikal. Beberapa WP sangat sedikit dan jauh dari checkpoint.



Kurang kritikal. WP sedikit tetapi tidak perlu mengangkut air dengan banyak.


Setiap Checkpoint kebanyakannya ada WP.


 
Tiada masalah


Komen:

WP merupakan salah satu aspek yang perlu diambil tahu terutamanya oleh guider & perancang program. WP juga menetukan sesuatu trip sangat mencabar atau tidak.
-----------------------------------------------------------


ada apa-apa lagi tak yang nak ditambah or dibetulkan?
Related Posts with Thumbnails