Showing posts with label Mountain. Show all posts
Showing posts with label Mountain. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Updating List of success hiking trips

saya dengan rasa takzimnya mengemaskini List of success hiking trips setelah mengikuti trip Chamah-Ulu Sepat-Gerah-Bieh-Bilah (CUSGBB) Full Circle.


Kenapa nama program ada Full Circle? sebab kitorang wat satu loop di mana entrance dan exit kitorang adalah pada satu titik yang sama. iaitu kereta pacuan empat roda akan melalui kawasan yang sama di Kuala Betis.

if you are wondering where are the mountains located. below is the map.

sekejap kat Kelantan. sekejap kat Perak. Loop tak de di mark kat sini. kalo dapat tunjuk full trail nye GPS kan menarik ye idak? 

kalo trip CUS mencatatkan 60km. aku rase trip CUSGBB ni 70-90km jugak lah. padanlakan berapa lama berjalan.

Disamping meneroka keindahan ciptaan tuhan. MARC tak lupa untuk menggantung plat-plat kempen kebersihan di sepanjang checkpoint yang penting. contoh gambar adalah seperti di bawah.

Alhamdulillah trip success even ada yang injured tu biasa la kan. niat asal join adalah sebab concern/bimbang/caring dan seangkatan dengannya dengan team yang telah hampir 4 tahun di dalam lubuk hati. cewah. so pegi da set awal-awal as rescuer. barang sendiri pun minimum abes. puas hati la jugak dapat menjalankan tugas dengan baik :) macam-macam lah kalo nak cerita. next post la pulak kan. :)

p/s: nak post pasal jatuh 'tangga' bole? -.-"


Thursday, October 21, 2010

Mountain Review: Gunung Rajah






Rajah Expedition '10 (REX '10)

Previous related post: 

Mountain Research: Gunung Rajah


Difficulty vs Mountains 


Nama: Gunung Rajah
Lokasi: Bentong, Pahang
Ketinggian: 5526' (diambil dari Web OGKL)

Location Map:
Gunung Rajah terletak berhampiran dengan sempadan Pahang dan Selangor. Bangunan Genting Highlands dapat dilihat dari puncak Gunung Rajah.


Pemandangan Genting Highland dari puncak Gunung Rajah


Sebelum memulakan perjalanan. Tengok masa. awal tak kami gerak :)

wajah-wajah gembira di puncak. 6 orang tiada dalam gambar (adik, ijat di sini,...)

Design T-shirt Program. Kali ni t-shirt tak sempat dapat sebelum program. tapi design tetap cun! Klik sini untuk tempahan t-shirt: http://www.facebook.com/event.php?eid=154349914602089





Personal Opinion Review:
(Sila rujuk My Mountain Review Guideline untuk lebih lanjut)

DIFFICULTY:
1-Senang, 5-Susah
  
Medium


- 3 bintang sekiranya trip anda bermalam di Kem Batu Hijau. Tidur di puncak? maybe 4 bintang dan keatas.
- lebih mudah sekiranya ada kemudahan 4wheel ke puntu rimba. tapi sudah tentu kos pun meningkat. rezeki kami 8 orang keluar dari pintu rimba dapat tumpang sebuah 4wheel.

FITNESS NEEDED:
1-perlu, 5-tak perlu

Need scheduled training.

- perlukan latihan yang konsisten. pacak pun boleh tahan. trek pun agak panjang. tak training maybe boleh muntah.

KOS:
1-murah, 5-mahal
Free-RM50



- ok la kos nye. makan kasi heaven la kalo nak enjoy btol-btol.
- kalo pergi dan balik naik 4 wheel dari air terjun Sungai Chamang. lagi bertambah kos nye. dan tak tau plak ade ke tak perkhidmatan 4wheel kat situ.

MUATAN BEG:
1-ringan, 5-berat


Haversack(<20kg)





- aku bawak beg sederhana berat. aku kalo naik pegi trip tak naik puncak pakai haversack aku bawak portable dapur gas. nak masak pun seronok je rase cam kat rumah. ngan kuali skali ade.
- trip pun 2 hari je. buat ape nak bawak banyak-banyak kan :D


WATER POINT(WP):
1-sedikit& susah, 5-banyak&senang

 
Tiada masalah

- betul tak de masalah. ak sempat mandi kat tiga WP utama. Sungai Chamang, Lata Naning dan Batu Hijau. air sungai kat Batu Hijau paling sejuk. sejuk gile la sampai group ak leh wat milo ais. menarik tak. haha.

KEPUASAN:
1-tak berbaloi, 5-berbaloi

Heaven!!

- aku puas, seronok dan sangat berbaloi.
- 1st time makan selera je sentiasa dan masak sume jadi. bagus tul ahli group. :) nah tengok gambar:
- ni last program hiking aku sesi 2009/2010 aku. dan memang boleh kata hampir 99% tiada cacat. tahniah kepada pengarah program :)


Lesson Taught:
1) Belajar tak ape tu kerjasama dan tanggung jawab? :)
2) Kalo bawak peserta yang sangat fit. shoot terus sampai puncak kalo da sampai kem batu hijau sebelum jam 2. naik free body je. esok pagi boleh rileks lagi.
3) Puas dapat shoot dengan pantas. Kem Batu Hijau-Lata Naning (28min), Lata Naning-Checkpoint Air(22min), Chckpnt Air-Pintu Rimba(60min). balik bilik otot sakit. hahaha.

Research Sources:
Million thanks! :)

p/s: tonight is 30 days. can you wait for 4years and 11 months more? can I? :)


Sunday, August 22, 2010

Mountain Review: Gunung Arong





 WILL BE UPDATE AFTER 29 AUG
Gunung Arong


Difficulty vs Mountains 


Nama: Gunung Arong
Lokasi: Mersing, Johor
Ketinggian: <1000' (tidak berjaya mencari ketinggian sebenar. akan dikemaskini kemudian)




Location Map:
Gunung Arong memang bersebelahan dengan pantai


Cubaan membuat MARC pada 2009

Gambar sebelum start hiking pada 2008



Gambar sebelum balik pada 2009

 Gambar sebelum balik pada 2008

 Poster Program 2010

Personal Opinion Review:
(Sila rujuk My Mountain Review Guideline untuk lebih lanjut)

1) DIFFICULTY:
1-Senang, 5-Susah

  
Easy


- 2 bintang pada 2008. 2009 aku tak naik. tapi tengok kepenatan kawan-kawan lain hiking bulan ramadhan. bole sampai 3 bintang.
- keep walking sampai peak. serius da nak sampai :D




2) FITNESS NEEDED:
1-perlu, 5-tak perlu 


First timer pun boleh.



- Trip santai. jangan risau. anda boleh :)




3) KEPUASAN:
1-tak berbaloi, 5-berbaloi 



Menarik jugak.



- Menarik! setakat ni. ni lah gunung yang aku naik.turun-turun pantai! gile ah. cam tak percaya je.
- Program ni sesuai kalo buat untuk release tension. tengok pantai. sunrise. sunset. :)



4) KOS:
1-murah, 5-mahal
 
 
Free-RM50


- Main cost hanya pada makanan, permit dan campsite.
- kalo guna transport sendiri. kos makin bertambah.




5) MUATAN BEG:
1-ringan, 5-berat 



Beg kecil(<5kg)


- bawa air untuk minum sendiri, n makanan yang akan dimakan di puncak.
- boleh nak berlenggang. tapi nanti orang lain makan kat puncak kau makan daun-daun ye :)


6) WATER POINT(WP):
1-sedikit& susah, 5-banyak&senang 

Tiada masalah



- tak de problem. rileks der. jangan risau-risau.nak amik treated water. bawak sendri. kalo tak nak ada WP di kaki gunung. last aku pergi 2008, ok lagi. cetek je lah. tapi bersih.


Expectations & Targets 2010:
1) Semoga selamat pergi dan pulang
2) Nak amik gambar sunrise and sunset.
3) Teringin nak tengok SEMUA MARCcrewz buat bentuk MARC.owh macam cantik je :).
4) Nak rasa adventure sket. bile air laut pasang and kene cross pakai buluh.
5) Nak capai penyertaan 90 orang. boleh?
eh. banyak pulak ye.

Lesson Taught 2008&2009:
1) dah tak ingat. kalo ingat balik nanti aku update eh =.="

Research Sources:
http://marccrewz.blogspot.com/2008/07/arongpersediaan-sebelum-ke-cabaran.html
http://www.gunungonline.com/basecamp/viewtopic.php?f=2&t=993&start=40


Million thanks! :)


p/s: why you have so unstable mood? can you tell me what is the problem?

Friday, August 20, 2010

Vibram Fivefingers (VFF): The Natural Way to Move

Ini bukan stokin okey. ini kasut. haha. Aku baru perasan kewujudan kasut ni. ni pun setelah aku nampak kat FB ada orang tag gambar. google-google lah kasut ape ni. rupa da menarik abes. lagi lawa dari Crocs bagi aku. then google plak ada jual tak kat Malaysia nih. yang aku jumpe jual online kat sini je. http://e-garage-sales.blogspot.com/ tapi blog die kurang menarik. kalo buat dengan lebih kemas mesti aku terus order 1. haha! serius la rasa cam nak beli je 1 memandangkan sandal aku pun da rosak.

Vibram FiveFingers (VFF) ni datang dengan 9 jenis design. Semua design ada function @ kesesuian untuk digunakan. 9 Design die; Classic, KSO, Sprint, MOCKSO Trek, Treksport, Classic Smartwool, Flow dan Bikila. VFF sesuai dipakai untuk running, travelling, trekking, water sports, yoga dan indoor fitness. so korang kene baca la kesesuaian pakai kat mana kalo nak beli.

So, ni mungkin satu fenomena kasut baru lah yang akan menyerang Malaysia. mengalahkan Crocs yang rata-rata da bosan dengan kehadiran kasut ni. dari dulu sampai sekarang aku tak pernah bekenan nak beli kasut ni.. Kasut ni akan bermaharaja-lela lah kalo ade rakyat Malaysia la yang btol-btol berminat jadi dealer kasut ni ke sini. Harga pun dari RM130-190. ok lah tu. 

Mana idea kasut ni tercetus? kajian dari diorang ni claim bahawa dengan lari cara ala-ala barefoot @kaki ayam lebih selamat, kurang membawa kecederaan dan tenaga yang digunakan dan force yang diterima oleh kaki lebih berkesan. kalo berminat boleh baca lagi kat sini: http://en.wikipedia.org/wiki/FiveFingers dan http://www.vibramfivefingers.com/technology/faqs_barefoot.cfm

Aku minat kasut ni sebab dia ada tulis yang sesuai untuk hiking jugak. yang aku tak suke tentang kasut hiking walaupun berjenama hebat di seluruh alam. 1) berat. 2) tapak die keras. means flat. tak boleh nak flexible. sebab kat hutan kan mana la rata. so aku rase sakit kalo gune kasut-kasut macam gitu. 3) aku jenis yang suke redah-redah sket. redah sungai lah. saje bagi basah-basah. problem kalo pakai kasut hiking ni cushion agak tebal. kene air. confirm berat. kalo ko punye waterproof sekalipunkan kalo ko kene seberang sungai macam trip trans gopeng. confirm basah jugak! haha. that why la aku tak amibl pot sgt kalo member-member beli kasut hiking baru segala. aku lebih selesa pakai kasut getah je. kuku ngan tapak kaki pun tak penah sakit lagi. alhamdulillah.

so banyak-banyak kasut VFF nih. aku minat yang ni!

Further Readings:

Sources:

p/s: sape ada jual kasut aku minat ni! nak beli satu! cun gle haha :)

Tuesday, August 10, 2010

Mountain Review: Gunung Besar Hantu





Gunung Besar Hantu (GBH)

Previous related post: 

Mountain Research: Gunung Besar Hantu.

 

Difficulty vs Mountains 

Nama: Gunung Besar Hantu
Lokasi: Kuala Kelawang/Jelebu, Negeri Sembilan
Ketinggian: 4799' (diambil dari Web OGKL)



 
Location Map:

Di puncak Gunung Besar Hantu terdapat Batu Sempadan antara Negeri Sembilan dan Pahang.



 Gambar di Puncak. Seronok tengok semua happy :)

 Design T-shirt Program

Personal Opinion Review:
(Sila rujuk My Mountain Review Guideline untuk lebih lanjut)

1) DIFFICULTY:
1-Senang, 5-Susah

  
Easy


- Difficulty bagi aku naik sket. 2.5 bintang.
- 2.5 sebab aku bawak beg agak berat.
- Kalo tak bawak haversack mungkin 2 bintang.
- elevation profile. Slope +-45 degree. ini btol.rasenye slope >45 degree tak banyak.




 
2) FITNESS NEEDED:
1-perlu, 5-tak perlu 


Jogging is enough.


- perlu jog. fitness kne ada. serius.
- kalo tak de training langsung aku rase mesti lagi sakit lepas balik.





 
3) KEPUASAN:
1-tak berbaloi, 5-berbaloi 



Menarik jugak.


- Actually 3.5-4 laa. anyway, enjoy abes sebagai gunung 1st sem ni.
- Dapat makan durian! misi tercapai. baru aku tahu kambing makan biji durian rupenye.
- yang popular di GBH ialah air terjunnya! walaupun air nye cetek. tapi bila jumpa air bersih mmg seronok lah. haha! ini gambar kami.




4) KOS:
1-murah, 5-mahal
    
RM50-RM100


- kos mahal dekat pengangkuatan 4wheel. memang tak dapat dielakkan.
- ade dengar criter, GBH mungkin nanti berada bawah Jabatan Hutan @ seumpamanya. so, naik cepat sebelum kena permit :)




5) MUATAN BEG:
1-ringan, 5-berat 


Haversack(<20kg)


 - aku bawak berat sket untuk trip leisure sebab aku bersama-sama rakan yang sebahagiannya 1st timer.
- Nak bawak beg berat bole, ringan pun bole. kalo nak shoot satu hari je. bawak beg daypack cukup da :)
- jangan bawak beg sekolah ye :D



6) WATER POINT(WP):
1-sedikit& susah, 5-banyak&senang 

Kurang kritikal. WP sedikit tetapi tidak perlu mengangkut air dengan banyak.



- tak de problem. tapi yang problem nye kemalasan diri senderi untuk mengambil air. haha. nasib baik la tak jauh macam WP kem Cerek.
- kalo nak jimat tenaga dan masa, sekali turun tu trus la mandi, ambil air, dan basuh-basuh. :)


Expectations & Targets:
1) Semoga selamat pergi dan pulang. Success! Alhamdulillah
2) Semoga dapat bergambar di air terjun itu. Success! Alhamdulillah
3) Semoga dapat makan durian! Succes! Alhamdulillah

Lesson Taught:
1) Before ni aku rase aku tak terpikir sangat pasal ubat untuk gadis. tapi lepas ni aku perlu kira jugak semua tu.
2) Memberi arahan dengan jelas adalah amat penting.
3) Expect less, aim high, do more. :)

Research Sources:
http://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoBesarHantu.htm 
http://wildernessroute.blogspot.com/2010/03/gunung-besar-hantu.html 
http://smallhiker.blogspot.com/2010/03/gunung-besar-hantu.html 
Million thanks! :)


p/s: we're going out for dinner! is it a good news? perhaps. :)

Monday, August 9, 2010

Mountains Difficulty Chart: Gunung Besar Hantu

Baru balik dari Gunung Besar Hantu. Tak boleh nak wat review lagi sebab tak de gambar! bukan! gambar tak dapat lagi. haha. anyway, banyak target yang tercapai gak. ada tulis kat sini: http://juweialhaj.blogspot.com/2010/08/mountain-research-gunung-besar-hantu.html. Masih ada lagi perkara-perkara yang baru aku belajar. ye lah. learning doesnt end. Ok. This is the chart:

Difficulty vs Mountains

Sememangnya aku punye chart tak sama dengan korangnye. Sebab:
1) aku hiking dengan posisi, tanggungjawab, etc yang berbeza-beza dalam setiap trip. lately, semakin sama. kot.
2) aku nilai mengikut kesihatan, mood, mental, etc pada waktu aku pergi trip tu.
3) kekuatan kita tak sama kan? aku orang lemah je :)
4) tambah-tambah. hoho.

Puasa makin dekat. Selamat Berpuasa! :)

p/s: as I've my target. she's still searching?. are we on the same path?

Related Posts with Thumbnails