Showing posts with label Hiking. Show all posts
Showing posts with label Hiking. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Updating List of success hiking trips

saya dengan rasa takzimnya mengemaskini List of success hiking trips setelah mengikuti trip Chamah-Ulu Sepat-Gerah-Bieh-Bilah (CUSGBB) Full Circle.


Kenapa nama program ada Full Circle? sebab kitorang wat satu loop di mana entrance dan exit kitorang adalah pada satu titik yang sama. iaitu kereta pacuan empat roda akan melalui kawasan yang sama di Kuala Betis.

if you are wondering where are the mountains located. below is the map.

sekejap kat Kelantan. sekejap kat Perak. Loop tak de di mark kat sini. kalo dapat tunjuk full trail nye GPS kan menarik ye idak? 

kalo trip CUS mencatatkan 60km. aku rase trip CUSGBB ni 70-90km jugak lah. padanlakan berapa lama berjalan.

Disamping meneroka keindahan ciptaan tuhan. MARC tak lupa untuk menggantung plat-plat kempen kebersihan di sepanjang checkpoint yang penting. contoh gambar adalah seperti di bawah.

Alhamdulillah trip success even ada yang injured tu biasa la kan. niat asal join adalah sebab concern/bimbang/caring dan seangkatan dengannya dengan team yang telah hampir 4 tahun di dalam lubuk hati. cewah. so pegi da set awal-awal as rescuer. barang sendiri pun minimum abes. puas hati la jugak dapat menjalankan tugas dengan baik :) macam-macam lah kalo nak cerita. next post la pulak kan. :)

p/s: nak post pasal jatuh 'tangga' bole? -.-"


Sunday, November 21, 2010

Perlu atau tidak melaporkan aktiviti pendakian di Balai Polis?

lama tak jenguk kat http://ondscene.my. web yang best. tapi tak brape sesuai tengok musim exam! haha. browsing. skali jumpe artikel pasal tajuk post ni. sememangnya ramai pendaki tidak berape kesah tentang hal ni. nampak macam remeh. tapi ada sebab yang sangat penting! sebelum baca peristiwa yang berlaku. cuba fikir baik-baik kenapa perlu?
1)
2)
3)
tak nampak ke? highlight la pakai cursor. tak leh jugak? pikir je lah sendiri.
tak tau jugak knape? sila baca sini: Pendaki Yang Menyusahkan Banyak Pihak

aku cuba bagi sebab kenapa ada pendaki yang tak endah tentang perkara ni:
1) "aku naik bukit je kot" cth macam cerita di atas. diorng mendaki Bukit Tabur.
2) "aduh, nanti polis mintak permit plak. kita mana ada apply permit masuk hutan" dah satu salah. then tak lapor plak. tak banyak gunung yang perlu permit. kalo ko takde permit pun. lapor je. kadang-kadang polis tak mintak pun.
3) "da lambat weh! kita kena sampai sana sebelum kol 6 pagi tau tak!" syok apa tengok polis tido kat balai polis. haha. aku penah gak gi kejut polis kat balai. muahaha.
4) "tak perlu kot" jawapan orang yang tak bertanggung jawab,

aku nak check balik gunung/trip yang aku gi report kat balai polis/pihak berkuasa ke tak.
1) Gunung Rajah-YES
2) Gunung Besar Hantu-YES
3) Gunung Ledang-YES
4) Trans Titiwangsa Full Version V1-YES
5) Gunung Lambak-NO
reason: ni gunung cam weekend memang ramai la orang. so tak perlu.tapi kalo nak bermalam di pucak ke. better report :)
6) Trans Jerging-YES
7) Gunung Kinabalu-YES
8) Gunung Bujang Melaka-YES
9) Gunung Datok-Tak ingat
10) Gunung Bubu-YES
11) Gunung Angsi-Tak ingat
12) Trans Gopeng-YES
13) Gunung Stong-Baha-Ayam-YES
14) Gunung Arong-YES dan NO
reason: ada pergi yang report ada yang tak. tak ingat sebab pe. tapi better report. still hutan.
15) Gunung Batu Putih-YES

kalo budak universiti amat-amatlah disarankan agar report. bersusah-susah dahulu. bersenang-senang kemudan :)

p/s: ha sape yang sweet tu! dah 2 bulan la :|

Thursday, October 14, 2010

Mountain Research: Gunung Rajah


RAJAH EXPEDITION '10 (REX '10)


Nama: Gunung Rajah
Lokasi: Bentong, Pahang
Ketinggian: 5526' (diambil dari Web OGKL)

Location Map:


Gunung Rajah terletak berhampiran dengan sempadan Pahang dan Selangor. Bangunan Genting Highlands dapat dilihat dari puncak Gunung Rajah.

Personal Opinion Based on Research:
(Sila rujuk My Mountain Review Guideline untuk lebih lanjut)


1) DIFFICULTY: 
1-Senang, 5-Susah


Hard



- Kalo nak leisure. trip ni perlu mengambil masa 3 hari. kami cuba yang terbaik untuk buat dalam masa 2 hari.
- Kawasan Hutan Simpan.
- bagaimanapun tak cukup hardcore macam TTV1 Full edition!.haha.harapnye begitu lah.:)
- mengikut research. trek lebih susah pada hari kedua. start dari Lata Naning hingga ke puncak.
- kalo tido di puncak maybe lebih susah.
- elevation profile. Slope yang agak menarik.


2) FITNESS NEEDED:
1-perlu, 5-tak perlu 



Recommended to start with easy trip.



- sangat perlu latihan. latihan yang intensif.
- mental perlu kuat. trip kali ini perlukan timing masa yang tepat. kalo tak. memang akan sampai lewat.

3) KEPUASAN:
1-tak berbaloi, 5-berbaloi

Menarik jugak.



- menarik sebab ini last gunung aku sem ni. last gunung sebelum letak jawatan. last gunung kalo umur tak panjang.
- gunung yang sederhana tinggi. dgn kos yang tak berapa mahal.
- diorang kata ada air terjun cantik. boleh lawan tak air terjun masa trip GBH

Gambar semua peserta GBH

VS

Gambar semua peserta REX '10??

- mengikut kajian. terdapat sekurang-kurangnya dua spot air yang popular untuk trip ini. so jangan ada yang tak mandi plak! :)
1) Air terjun Chamang

2)  Lata Naning


4) KOS:
1-murah, 5-mahal


RM50-RM100



- Permit perlu dipohon dari pejabat hutan.
- Kos pengangkutan perlu diambil kira bagi yang berkenderaan sendiri.


5) MUATAN BEG:
1-ringan, 5-berat


Haversack(<20kg)





- Sederhana berat. suam-suam kuku untuk lelaki.
- Trip 2 hari full.




6) WATER POINT(WP):
1-sedikit& susah, 5-banyak&senang


Setiap Checkpoint kebanyakannya ada WP.



- berdasarkan research. WP tak de problem. i.A. hampir 50% daripada perjalanan akan dilimpahi air sungai. lihat gambar di bawah:



Expectations & Targets:
1) Semoga selamat pergi dan pulang pada waktu yang dicadangkan
2) Semoga dapat bergambar di air terjun itu
3) Semoga ada kenangan manis di sini! :)


Reading suggestions:
http://wan5761.blogspot.com/2010/10/deligasi-gunung-ipt.html
Downlaod here: Aktiviti Pergunungan di Malaysia

Research Sources:
Million thanks! :)

p/s: only you. yes you!

Sunday, August 22, 2010

Mountain Review: Gunung Arong





 WILL BE UPDATE AFTER 29 AUG
Gunung Arong


Difficulty vs Mountains 


Nama: Gunung Arong
Lokasi: Mersing, Johor
Ketinggian: <1000' (tidak berjaya mencari ketinggian sebenar. akan dikemaskini kemudian)




Location Map:
Gunung Arong memang bersebelahan dengan pantai


Cubaan membuat MARC pada 2009

Gambar sebelum start hiking pada 2008



Gambar sebelum balik pada 2009

 Gambar sebelum balik pada 2008

 Poster Program 2010

Personal Opinion Review:
(Sila rujuk My Mountain Review Guideline untuk lebih lanjut)

1) DIFFICULTY:
1-Senang, 5-Susah

  
Easy


- 2 bintang pada 2008. 2009 aku tak naik. tapi tengok kepenatan kawan-kawan lain hiking bulan ramadhan. bole sampai 3 bintang.
- keep walking sampai peak. serius da nak sampai :D




2) FITNESS NEEDED:
1-perlu, 5-tak perlu 


First timer pun boleh.



- Trip santai. jangan risau. anda boleh :)




3) KEPUASAN:
1-tak berbaloi, 5-berbaloi 



Menarik jugak.



- Menarik! setakat ni. ni lah gunung yang aku naik.turun-turun pantai! gile ah. cam tak percaya je.
- Program ni sesuai kalo buat untuk release tension. tengok pantai. sunrise. sunset. :)



4) KOS:
1-murah, 5-mahal
 
 
Free-RM50


- Main cost hanya pada makanan, permit dan campsite.
- kalo guna transport sendiri. kos makin bertambah.




5) MUATAN BEG:
1-ringan, 5-berat 



Beg kecil(<5kg)


- bawa air untuk minum sendiri, n makanan yang akan dimakan di puncak.
- boleh nak berlenggang. tapi nanti orang lain makan kat puncak kau makan daun-daun ye :)


6) WATER POINT(WP):
1-sedikit& susah, 5-banyak&senang 

Tiada masalah



- tak de problem. rileks der. jangan risau-risau.nak amik treated water. bawak sendri. kalo tak nak ada WP di kaki gunung. last aku pergi 2008, ok lagi. cetek je lah. tapi bersih.


Expectations & Targets 2010:
1) Semoga selamat pergi dan pulang
2) Nak amik gambar sunrise and sunset.
3) Teringin nak tengok SEMUA MARCcrewz buat bentuk MARC.owh macam cantik je :).
4) Nak rasa adventure sket. bile air laut pasang and kene cross pakai buluh.
5) Nak capai penyertaan 90 orang. boleh?
eh. banyak pulak ye.

Lesson Taught 2008&2009:
1) dah tak ingat. kalo ingat balik nanti aku update eh =.="

Research Sources:
http://marccrewz.blogspot.com/2008/07/arongpersediaan-sebelum-ke-cabaran.html
http://www.gunungonline.com/basecamp/viewtopic.php?f=2&t=993&start=40


Million thanks! :)


p/s: why you have so unstable mood? can you tell me what is the problem?

Related Posts with Thumbnails