Showing posts with label Business. Show all posts
Showing posts with label Business. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

MLM, Uptrend dan Unstoppable.

Salam Merdeka!
camne nak jawab? haaa..
Salam 1 Malaysia!
ape ko jawab?
pandai-pandai lah buat jawapan.

Jalan-jalan kat FB ternampak geng-geng yang tunjuk gambar duit bagai. belum tentu semua duit dalam picture profile tu duit dia. haha! ape? tak btol? ah aku tau la. nasib baik la tak de orang lagi yang tag-tag aku kat gambar duit-duit tuh. hoho.

apa yang aku suke tengok apabila geng-geng duit ni melenting bila kena jentik sket. macam pondan je. nak berniaga buat la cara nak meniagakan. :) tak baik marah-marah/attack customer@ prospek. macam mana nak berjaya. contoh macam dalam screen shot ni:

nama prospek saya blank sebagai tujuan anda boleh isi nama sesiapa pun. nama ahli unstoppable/uptrend tu saya tak padam. nanti korang tuduh saya fitnah geng duit korang tanpa bukti. sebagai pengajaran juga. next time apa kene buat? kene cool. ready dengan jawapan-jawapan yang mantap. jangan mudah melatah. :)


ini link untuk bacaan lanjut tentang pandangan Ustaz Zaharuddin mengenai uptrend/unstoppable: http://www.zaharuddin.net/content/view/567/95/

aku dari dulu lagi tak minat/anti dengan segala jenis MLM. setakat ni tak penah didaftar lagi dengan mana-mana syarikat MLM. sampai family aku sendiri masuk yang MLM islamik dan ajak aku pun aku malas nak masuk contoh macam HPA dan SURECO. aku lagi rela menebalkan muka untuk menjual produk yang betul-betul produk daripada menjual produk semata-mata untuk mencari orang sahaja.

aku sanggup dikutuk/dihina/dicaci lepas aku cuba jual barang yang betul-betul berlandaskan Islam. kalo dipandang rendah pun tak pe lagi. bila nak niat tu. niat baik je. semata-mata nak tolong perniagaan keluarga dan memberi tahu kepada orang Islam tentang produk dari orang Islam.

pernah dulu aku letak flyers kat kereta-kereta dan rumah-rumah, tapi ada jugak yang terus campak je.atleast baca dulu kan. mungkin die tak tahu kos flyers kaler tu 5-8 sen setiap helai.

ada satu hari tu. ada event pesta buku kat Shah Alam. aku pun macam biasa bergerak dari setiap kereta ke kereta letak flyers. sambil tu ada dengar seorang ayah bagitau kat anak dia "adik balik rumah nanti baca buku ni, abah da beli untuk adik. kalo tak baca buku. tak pandai. ha jadi macam orang bagi-bagi kertas kat kereta tuh" si anak cakap "ye lah bah, mesti penat kan orang tu" panas je dengar. macam haram. haha. takpe. terima je apa orang cakap kan. kita kan lebih memahami apa kita buat dari orang lain. yep. memang aku berpakaian ringkas, berbaju tanpa kolar dan berseluar trek, berselipar asadi murah dengan beg selempang berisi flyers yang banyak. kelakar jugak kadang-kadang dengar apa yang orang cakap kat kita tanpa tau sapa kita sebenar. nasib baik la cerita anak-bapak ni tipu. kalo betul aku da pegi jumpe orang tu cakap aku sape. hehe. :)

p/s: murah rezeki hari ni. bebuka ngan sahur orang belanja :)

Monday, August 9, 2010

Mountains Difficulty Chart: Gunung Besar Hantu

Baru balik dari Gunung Besar Hantu. Tak boleh nak wat review lagi sebab tak de gambar! bukan! gambar tak dapat lagi. haha. anyway, banyak target yang tercapai gak. ada tulis kat sini: http://juweialhaj.blogspot.com/2010/08/mountain-research-gunung-besar-hantu.html. Masih ada lagi perkara-perkara yang baru aku belajar. ye lah. learning doesnt end. Ok. This is the chart:

Difficulty vs Mountains

Sememangnya aku punye chart tak sama dengan korangnye. Sebab:
1) aku hiking dengan posisi, tanggungjawab, etc yang berbeza-beza dalam setiap trip. lately, semakin sama. kot.
2) aku nilai mengikut kesihatan, mood, mental, etc pada waktu aku pergi trip tu.
3) kekuatan kita tak sama kan? aku orang lemah je :)
4) tambah-tambah. hoho.

Puasa makin dekat. Selamat Berpuasa! :)

p/s: as I've my target. she's still searching?. are we on the same path?

Friday, June 11, 2010

Roti Canai Terbang: Pros & Cons.



Pros:
1) Roti canai lebih empuk, sedap, sebati. eh ye ke?
2) Penonton rasa terhibur tgk cara die buat roti canai membuatkan rasa cam nk belii je.

Cons:
1) brape byk habuk melekat kt roti canai tuh.
2) brape byk bakteria melekat kt roti canai tuh.
3) ble penonton pikir eh nk sampai ke jalan tar roti canai tu pusing membuatkan penonton tak jadi nk beli.
p/s: aku boleh pusing buku n fail je. hoho

Wednesday, March 24, 2010

Az-Zain Shah Alam akan berpindah!

Mulai 29 April 2010

Alamat asal:
No.28, Jalan Tenggiri 17/23, Seksyen 17, Shah Alam, Selangor.
(belakang SHELL & bersebelahan klinik Dr. Rohani)



Berpindah ke:
No.9, Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
(bersebelahan UMW TOYOTA Seksyen 15)

Lihat peta Google maps di SINI.

Terima kasih kepada seluruh pelanggan yang sentiasa memberi sokongan kepada produk muslim. :)


Sources:
http://yakin.myportal.my/
Facebook Az-Zain Shah Alam
http://ayamkampungorganik.blogspot.com/ 
http://maps.google.com
Related Posts with Thumbnails