Friday, February 25, 2011

Adobe Reader X

Holla.


Aku tak tau la kalo korang sebelum ni da ada software untuk highlight PDF punye file. so kalo itu yang korang cari. voila. mari download Adobe Reader X.

Aku baru je dapat update ni pagi tadi. and da try sket.contoh ble kte highlight camni:

biasa nye aku akan print and wat note sket kat tepi-tepi jurnal nih. kalo print jurnal aje. RM45 ink catridge skejap je bole abes. kalo sape print kat kedai tu ntah brape la diorng abeskan untuk print. tapi now. jangan susah-susah. ada function Sticky Note kat Adobe Reader X ni. tekan Comment yang kat atas kanan tu. then pilih Sticky Note. then tekan je kat mana-mana line da boleh letak note dari kita sendiri. contoh macam ni:


ada lagi function lain contoh cam leh send pdf ni trus ke email tapi version kne bayar iaitu Adobe Reader X Pro. tak penting pun. Dua function ni da cukup bagus bagi aku. ni pun tak godek abes lagi. takde pe sangat da kot.

Kalo korang berminat, boleh download kat sini: Adobe Reader X

p/s: aku malas nak bayar. peduli ape aku.

Monday, February 21, 2011

Azizulhasni Awang, The Pocket Rocket Man


Azizulhasni Awang


was born on 5 of January 1988 in Dungun,Terengganu, MALAYSIA is a track cyclist representing MALAYSIA . He is a flag bearer for Malaysian team in Beijing Olympic Games.

Azizulhasni,winner of gold medals in keirin and 200m sprints at the Asian Championships in April, finished as the best Asian finisher at the Beijing Olympics last month with a top eight finish.The 23-years-old, is among 2012 London Olympics gold medal prospects .He made a history when he won the main keirin final in the second-leg of the UCI Track World Cup in Melbourne to become the first-ever Malay­sian gold medallist at the World Cup stage.He hold the title of world cup leader in Keirin 2009,nevertheless his luck in World Championship Keirin was obscure but he conferred as a silver mendalist in Men Sprint in Track World Championship at Poland .He is now married to a loving wife,Athiah Ilyana Abd Samat .



So hari ni berita da keluar pasal Azizulhasni yang cedera tertusuk kayu kecil di betis pada final Keirin Piala Dunia Berbasikal Trek. kalo korang nak bacaan lanjut boleh ke sini: Arena HMetro , Sukan BHarian

sini aku kongsi foto-foto yang 'menarik' yang akan membuatkan korang mendoakan kesihatan hero ni.





amacam. cantik tak kayu tu. -.-"

kalo korang berminat nak tengok video-video boleh ke link sini: Youtube: Azizul hasni Awang

memang adrenalin aku naik la bila tengok video keirin. best gila walaupun tak sampai 5minit. Azizulhasni plak dia da ada trademark sendiri. bila hampir garisan penamat die akan henjut basikal and tayar depan naik jadi cam wheelie sket. ada reporter tanya apsal dia buat camtu. die jawab "so when people see the wheelie, they will remember me" ok itu cool. bole tengok video tu kat sini: Azizul Hasni Awang

Masa awal-awal kemunculan dia kat arena sukan Malaysia ni aku da start respect. da lah badan kecik kalo nak banding dengan pelumba-pelumba lain. pastu tengok semangat dia memang bagus la. dengan semangat dia nak menang pingat emas kat olimpik. Atlit Malaysia tak pernah menang pingat emas kat Olimpik ok. dan habuan 1juta akan diberikan kepada pemanang pingat emas ni. kalau 1juta ni Azizulhasni dapat. memang aku puas hati la. So Olimpik London 2012 akan jadi sasaran.

Apa yang kita boleh bantu? aku ikhlas mendoakan dia cepat pulih! Insyaallah!. jarang kot aku kesah kalo ada atlit sakit. tapi kalo dia ni aku semangat je. maybe sebab aku respect dia dari awal kemunculan dia kot. kebanyakan atlit akan hilang respect bila dia sombong dan bongkak. aku harap dia jauh dari sifat-sifat ni.

kalo korang berminat nak ikut kisah Azizulhasni lebih dekat lagi. boleh try follow blog isteri dia.Tyaliyana dan ni blog Azizulhasni sendri: Azizulhasni Awang. kalo nak komen-komen kat facebook page: Azizulhasni Awang

update sekarang, dia da selamat dibedah dan perlu dua hingga tiga minggu untuk pulih. hope prestasi dia tak turun lepas ni. Olimpik London 2012 k!

Kami rakyat Malaysia mendoakan kesihatan anda, Azizulhasni Awang! Amiin. :)

Bacaan lain:
Berita Harian Online
Cedera Azizul Tak Serius

Saturday, February 19, 2011

Earth Hour 2011


Earth Hour 2011 akan berlangsung pada Sabtu, 26 Mac 2011. mulai jam 8.30malam. logo 2011 ada tambah '+'. kalo korang google gambar masa earth hour banyak gak yang cantik-cantik and cool abes.

apa yang aku aim Earth Hour 2011 adalah... aku nak t-shirt! aku cari gak kot-kot ada jual. yang thn lps punye ada. thn ni takde plak. poster ni agak cun la kalo print saiz A4 atau A5 kat atas t-shirt. ni link die: Earth Hour 2011 Poster

info lanjut bolehlah melayari ke laman web rasmi di sini: Earth Hour

Friday, February 18, 2011

Line up CUSGBB 2011

Hei.

kepada rakan-rakan hiking yang tak gi CUSGBB. ini post untuk bagi korang jeles. muahaha. aku nak perkenalkan Line-up CUSGBB Full Circle 2011.

Gambar-gambar dibawah diambil dari album facebook salah seorang guide yang juga seorang photographer. Wan KEREX. Thanks a lot bro!.


1) Guider: Mr Ponch!
walaupun baru 1st time gi hiking dengan dia. rasa cam da rapat gile. dari 1st day lagi da sembang kencang. hoho. lepas balik blom ada kesempatan nak lepak lagi ngn abg. jom lepak! :D

2) Hikmah
Power girl. tapi ble start hari ke brape ntah da down plak. last-last baru semangat sket. kan? 

3) Nani
Power Girl ke-2. rupe-rupenye start naek 4wheel da menyesal. ye idak? haha. tapi akhirnye best kan? :D

4) Pah
ini tak boleh dipanggil power girl. harap je kasar tapi jiwa macam kaca! haha. korang tengok gambar tengah. punye la takut ble jambatan gegar. muahahaha
5) A'idah
Aha. budak kecik ni la pelakon utama trip kitorang. ko tengok die 'berlakon' nangis gambar ke-2.  hoho. time tu la aku rasa punch line untuk team ktorang utk kembali semangat. padahala lepas tu mental up and down gak -.-"

6) Aku (Juwei)
apsal nak komen diri sendiri plak kan. haha. tagline aku untuk CUSGBB. Die Hard!
7) Kak Mira
antara orang yang baru join aktiviti hiking ni. rupenye ada darah tukang urut nih. tapi sendiri injured mane leh urut ye kak? hehe. moga next trip tak injured trok2 :)
8) A. Zizol
inila hero kak mira. eceh. :D 
9) Zmah
memang kurang luck sket kot ek zmah. takpe tu sume ujian. :) sian gle tengok muke ble da kne gatal-gatal. hope ok da.  papepun tahniah berjaya menghabiskan. pasni da leh wat ayat baru. korbu sume takleh pakai da. :D
10) Sudin
ni plak hero zmah. eceh. :D i think you would be perform better without injuries :) 
11) Ina
walaupun sakit. tapi ble masak trus tak sakit. komitmen sangat tinggi. gud job!
12)Rahman
aku kelakar bile ko buat lawak time mental. memang agak berkesan ah. 
13) Asip
Ha! ni la kem kom ktorang. bangun awal hanyalah harapan! hehe
14) Arman
ni jurucatat ktorang.hope log sume ok. die ni kalo da wat dialog movie. sebijik aje. macam tengah tengok movie. 
15) Paob
before ni gi Gunung Arong je. pastu trus CUSGBB. baru la abang-abang kan. takleh bla kalo ko da start bercerita macam ngah tengok raja lawak dah. :D
16) Shuk
Ini dia pengarah program. walaupun baru 1st year da berkaliber. semoga lebih mantap masa akan datang :)
17) Awien
Aha. awien. tak abes-abes ngan problem haversack. next time well prepared k! :)
18) A. Adik
Dik. ko sumber inspirasi aku. aku down aku carik ko. kalo dua-dua down nak cari sapa? -.-"
19) Amin
Kecil-kecil cili padi. photographer trip. 
20) Bella
si tukang masak terbaik CUSGBB. Bella, makanan ko sume sedap-sedap. tapi len kali buat banyak-banyak sket. aku nak tambah banyak kali! :D
21) Zack
Pengerusi MARC 2011. Beg besar. tanggungjawab besar. semangat besar. orang kecil :)
22) Dya
antara orang lama. heroin kat punch line. harap je lama. tengah jalan pun nangis. keh keh keh. :D
23) En. Apai
Pegawai pengiring dan penasihat kelab terrbaik. bubur cukup rasa + sambal kicap apai. memang terrbaik. ikan bilis cicah sambal pun boleh makan gtu je apai kan. hoho. Semoga succes dalam career dan juga akhirat! :)
24) Guider: Wan KEREX
1st time gak hiking bersama. Masya Allah equipment die. tak terlarat aku nak bawak! -.-" da jadi supplier betri kat ktrong da. haversack da macam ape aku tengok. Good Luck dalam hiking and study! :)
Ini la manusia-manusia awal yang membuat perjalanan dari Gunung Chamah, Gunung Ulu Sepat, Gunung Gerah, Gunung Bieh dan Gunung Bilah. Weh korang. Ble next trip plak? :D

p/s: Thanks to all for the precious moment! Die Hard! :D

11th Malaysia Career & Training Fair (MCTF '11)

Haip!

I got some news here. just took it from a friend shared it on Facebook. so this career fair probably will get intention by final year student and sure me!

so here are the details:
Date: 15-17 April 2011
Venue: Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur
Time: 10am-7pm
Website: MCTF '11

I should think about career more serious now. had wondering to work as engineer at any gas contractor company. that job suits me well. how about yours?

So guys. mark on your calendar! :)

p/s: Dear God, please give me strength to finish all these student's 'work'! -.-"  


Danbo!

Holla!
Aku ada addict terbaru. buat Danbo! mengikut pengetahuan aku dari maklumat en google danbo ni da lama wujud. popular kat Malaysia sejak tahun 2007. aku je yang lembap baru nak minat. hoho. itu pun baru sehari dua perasan kewujudan danbo ni. mule-mule tengok gambar die rasa cam owh ni photoshop je. then google2 baru perasan kotak rupenye. dan boleh wat sendiri!

ape lagi. aku cari website yang ada printed version. cari 2 fail lama.pinjam pisau. pakai gunting pinjam yang da rosak. gam yang da lama tak guna. start buat. so, lebih kurang 6jam baru siap danbo pertama aku. yeah!

memperkenalkan. Danbo Albino (DA)!

Hai! :)



Actually takde niat pun nak buat die bagi albino. printer aku ha. da la boleh black and white je. then ink plak nak habis. nasib la jadi gni. tapi cun gak kale putih gini.

nak buat die agak rumit la. tapi untuk pertama kali je aku rase. 2nd time nanti ok da kot sbb da tau da cara nak wat and trick2 die.

lepas aku buat baru aku tau yang harga kotak ni RM138. and kalo saiz kecik sket RM87. so kalo korang nak originil nye dari Jepun. bolehlah membeli di forum Lowyat: [WTS]>>>amazon japan DANBO<<<, BIG AMAZON DANBO READY STOCK! tapi aku tengok cam da tak aktif je. rasanye ramai lagi orang jual. yang ni mahal sebab keras and ada LED kat mata die. wooooooooo. haha.

dan sekarang aku enjoy gambar-gambar danbo kat forum Lowyat. boleh tengok kat sini: ~DanBo / DanBoarD GalleRiA~, the cardboard-made robotPandai btol diorang amik gambar.

Next aku nak buat kawan Danbo Albino. tapi nak btol-btol rupe kotak. unik seh. aha. :D

Jumpe lagi!
Ni photo album aku kat Facebook: Danbo Albino

p/s: awak nak satu? ;)

Sunday, February 13, 2011

Az-Zain Shah Alam

Sekiranya anda masih belum mengenali apa itu kedai serbaneka Az-Zain. sekarang inilah masanya.
Az-Zain merupakan rangkaian produk muslim yang berasaskan ayam, lembu, produk yang dihasilkan daripada ayam dan lembu seperti nugget, bebola, dan sosej. Gambar-gambar produk boleh dirujuk di sini:

Az-Zain membawa satu revolusi baru mengenai penghasilan dan pemprosesan ayam. iaitu ke arah yang lebih bersih, selamat, bebas daripada antibiotik dan kimia, dan semestinya halal sebelum disembelih sehinggalah ke proses pembungkusan.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut. di bawah terdapat pautan kepada bacaan-bacaan ilmiah yang menarik:

Di mana anda boleh mendapatkan produk-produk hebat ini?


Di Az-Zain Shah Alam terdapat pelbagai barang keperluan dan kesihatan lain yang merupakan produk-produk hebat bumiputera muslim.




Sekiranya anda mempunyai soalan atau memerlukan sebarang bantuan, bolehlah ke forum Carigold: Az-Zain Shah Alam. Di sana terdapat testimonial dan juga sesi soal jawab daripada wakil Az-Zain Shah Alam.

Di sini disenaraikan pautan lain yang boleh dikunjungi:

Lakukan revolusi membeli-belah, kunjungi kami di:
No. 9, Jalan Tukul P15/P,
Seksyen 15,
40150 Shah Alam, Selangor.
(Bersebelahan Toyota Services Seksyen 15)

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi: 
013-3935103
013-3653934
(Pn. Kurishah)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Akan datang suatu zaman seseorang tidak akan peduli apa terhadap apa yang dia ambil. apakah itu halal atau haram. (HR Bukhari)

Saturday, February 12, 2011

Updating List of success hiking trips

saya dengan rasa takzimnya mengemaskini List of success hiking trips setelah mengikuti trip Chamah-Ulu Sepat-Gerah-Bieh-Bilah (CUSGBB) Full Circle.


Kenapa nama program ada Full Circle? sebab kitorang wat satu loop di mana entrance dan exit kitorang adalah pada satu titik yang sama. iaitu kereta pacuan empat roda akan melalui kawasan yang sama di Kuala Betis.

if you are wondering where are the mountains located. below is the map.

sekejap kat Kelantan. sekejap kat Perak. Loop tak de di mark kat sini. kalo dapat tunjuk full trail nye GPS kan menarik ye idak? 

kalo trip CUS mencatatkan 60km. aku rase trip CUSGBB ni 70-90km jugak lah. padanlakan berapa lama berjalan.

Disamping meneroka keindahan ciptaan tuhan. MARC tak lupa untuk menggantung plat-plat kempen kebersihan di sepanjang checkpoint yang penting. contoh gambar adalah seperti di bawah.

Alhamdulillah trip success even ada yang injured tu biasa la kan. niat asal join adalah sebab concern/bimbang/caring dan seangkatan dengannya dengan team yang telah hampir 4 tahun di dalam lubuk hati. cewah. so pegi da set awal-awal as rescuer. barang sendiri pun minimum abes. puas hati la jugak dapat menjalankan tugas dengan baik :) macam-macam lah kalo nak cerita. next post la pulak kan. :)

p/s: nak post pasal jatuh 'tangga' bole? -.-"


Related Posts with Thumbnails