Wednesday, January 12, 2011

AC Mizal Konsortium masih hidup yo!

Holla!. apa korang ingat die bisnes gelang aje ke?

skang da maju. bukan setakat gelang. pasni. ACK y'all telah melangkah ke dunia herba!

ape ko merepek juwei? bukti mana bukti?

nah amik!


zoom sket!
jom nantikan apa produknya nanti. :)

original link: CEPP's FB Page

p/s: bisnes takleh duk setempat. kene berkembang. kalo tak memang tak maju.

Monday, January 10, 2011

Facebook is shutting down?

selamat pagi.
korang tau tak facebook nak ditutup?

percaya facebook akan ditutup adalah seperti percaya:

matahari itu tidak panas

risau bebenor facebook nak tutup. da takde peluang stalk orang eaa. ha kantoi.
rilek-rilek sudeh.

nah aku bagi korang tenang sket.

original link: http://www.facebook.com/facebook/posts/100307470046094
facebook page: Facebook's profile

ok. pegi maen facebook dengan tenang.

p/s: we do not fail we just not success yet

Thursday, January 6, 2011

Chong Wei sudah tidak lagi berbisa

Oleh Juwei

2011/01/06

JELAS tanpa kehadiran jurulatih Misbun Sidek di sisi, jaguh badminton negara, Lee Chong Wei tampak hilang tumpuan apabila tidak melepasi ujian pertama Kejohanan Final Siri Super Masters dengan secara mudah ditewaskan pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh dalam perlawanan pertama Kumpulan A yang membuka tirainya di Taiwan, semalam.

Pemain nombor satu dunia yang diletakkan sebagai pilihan pertama tidak berjaya mengekalkan rekod bersih pertemuan dengan menewaskan Nguyen yang kali terakhir ditundukkan di Terbuka Hong Kong November lalu, apabila twas dengan  mudah 12-21, 17-21 dalam perlawanan 34 minit.
Chong Wei, 28, dijangka akan menghadapi masalah dalam saingan kedua hari ini apabila dijadualkan bertemu pemain Denmark, Jan O Jorgensen.
Sama seperti  nasib beregu negara, Tan Boon Heong-Koo Kean Keat apabila gandingan utama negara itu tumpas di tangan pilihan pertama, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan.

Pasangan negara yang diletakkan sebagai pilihan ke-3/4, tewas 21-15, 22-20 dalam masa 34 minit.

Pada perlawanan hari ini, pasangan negara yang kini berada di ranking kedua dunia, bertemu ranking kelapan dari China, Chai Biao dan Zhang Nan.



p/s: camni la brite kalo Chong Wei kalah. tertunggu-tunggu aku ape masalah sebenarnya ni. 

Wednesday, January 5, 2011

Kesan deactivate Facebook

cuti yang lepas aku deactivate facebook. ade masalah diri sendiri dan mahu fokus pada pekerjaan masa cuti sahaja. 9pagi-9malam kerja. balik rumah tade internet. takde mase tak perlu n tade pe yang penting bagi aku. tapi perkara ini telah membuatkan aku dipandang serong oleh masyarakat tegar Facebook. ini terjadi apabila mereka menganggap Facebook adalah IC ke-2 masyarakat sekarang. FB adalah henpon ke-2 masyarakat sekarang. owh maybe pertama. ade juga menganggap FB adalah kitab pertama yang perlu dibaca daripada kitab-kitab lain sebaik sahaja bangun dari tidur. persepsi ini menunjukkan masyarakat sekarang sudah leka, alpa dan ketagih kepada facebook.

aku admit yang facebook mempunyai sistem perkongsian ilmu yang sangat efficient. perkongsian ini memang sangat efficient apabila perkara-perkara yang tak perlu dikongsi pun secara automatik akan dikongsi secara tidak sedar oleh masyarakat. maka timbullah. da jadi menyebar fitnah tu macam perkara biasa. click share aje. satu dua click. settle.

Pada masa akan datang aku rase punch card or sistem scan kad da tak perlu untuk mengesahkan kehadiran. log in facebook je. k da tau die da masuk office. jimat banyak tu kan. kalo korang tak datang meeting. jangan online facebook. invisible je lah. kalo da invisible plak jangan gatal-gatal add kawan, post ape-ape ke. komen-komen ke. t ade orang dalam meeting cakap "boss tengok die ni, ponteng meeting tapi facebook update je" gile stalker! haha.

apa bahaya deactivate facebook?

1) korang akan kehilangan brite mengenai kawan-kawan. n maybe family juge. aku tak tau ade member aku da bertunang, da kawin, accident,  n ade juga kematian parents. tak ketinggalan kucing. ade certain news yang aku rase aku perlu tau. tapi tak dapat nak tau. perlu apabila aku rase aku perlu ucap tahniah, takziah or yang sebaliknya kepada orang-orang tersebut. kalo yang sangat kolot mesti ingat aku da tak amik kesah pasal diorang sedangkan diorng adalah orang-orang terdekat aku. dengan menganggap FB adalah tempat utama menyampaikan berita seperti rasa bercakap dengan mikrofon apabila post sesuatu di FB akan menyebabkan orang-orang seperti aku jadi lost. then ada yang kata. ah die tu. tak kesah ape-ape pun da. ade aku kesah?

2) korang akan dianggap tidak bertanggungjawab. why? maybe ade certain works yang orang-orang tidak berape cukup professional memilih FB sebagai tempat utama untuk menyampaikan arahan. aku baru bukak group aku kat FB. group ni boleh diketegorikan sebagai suatu perkara rasmi. malangnya segala arahan telah diberi di situ sahaja. maybe dengan anggapan bahawa menyampaikan arahan di FB sama seperti sudah memberi mesej yang memang sah-sah dapat dibaca oleh penerima. akibatnye. aku baru la tengok makluman tugasan yang perlu disiapkan dan tarikhnye da expired pun.

3) korang akan dituduh bermasalah. why not. aku rase cam da biase dengar. kalo ade orang deactivate or delete facebook. nanti ada suara-suara genius. " dia wat hal la tu ngan awek die. gado kot." "ha! mesti die tak siapkan report nih. larik ar tuh" "Loser gile takde internet" dan mcam-macam lagi lah.

bile da masyarakat menganggap FB adalah IC dan henpon ke-2 dalam hidup mereka. mungkin num 1.
haishh..

p/s: call or text me if you have any urgent things to inform/discucss etc. my facebook is the place i'm wasting my time only.

Tuesday, January 4, 2011

wani terkejut

wani tak suke bersukan. tapi die suke sokong orang bersukan. lagi-lagi kalo sokong orang maen bola tampar. gila ah. terloncat-loncat jerit sampai nak terkeluar anak tekak. walopun arini wani jerit sampai takde suara. team bola tampar pasukannya tetap kalah. tapi die terdengar satu conversation between 2 orang yang popular di asrama mereka.

"oi Smut! ko tau tak yang tut bla bla bla bla." kata si gemuk.

"ha! kepale hotak die la si telinge capang tu. da la kurus keding. nak amik bla bla bla" kata si smut dengan nada yang tinggi dan penuh emosi.

terkejut si wani dengan reaksi si gmuk dan smut. sungguh lancang mereka mengutuk si telinge capang.

malam tadi die tbe-tbe ternampak satu majlis di dewan kolej. si telinge capang memuji-muji smut. die kelihatan seperti bangga dengan pujian tersebut. kisah lama terlintas di fikiran. sungguh klakar dunia ini. apa akan jadi kalo si capang ni tau tentang smut?

p/s: sekarang musim backstabber ke pe? boring ah.


budak-budak universiti yang menyusahkan hidup orang laen

sekarang minggu pendaftaran wajib. means that ko kene settlekan segala pendaftaran subjek yang ko nak amik sem ni tanpa sebarang bayaran. minggu depan da kne bayar. dalam kes ni ada budak-budak yang tak sedar mereka menyusahkan orang lain dalam tempoh genting yang hanya seminggu ini.

1) orang yang nak amik subject tambahan.
budak-budak ni mempunyai IQ yang sangat tinggi sehingga menyusahkan orang lain. subjek yang perlu diambil pada sem akan datang mereka amik sem ini.
macam mana mereka menyusahkan orang lain? course yang tidak ditawarkan kepada mereka pada sem ini sebenarnya ditawarkan pada pelajar senior yang akan grade sekiranya tiada masalah pendaftaran course ini. jumlah pelajar yang ditawarkan untuk satu kelas yang contohnya 35 orang akan penuh secara tiba-tiba akibat daripada budak-budak yang sangat bijak ini.

2) orang yang da daftar course tapi nak drop sebenarnya
situasi akan lebih critical apabila budak-budak dari kes nombor 1 yang buat perkara nombor 2 ini. tiba-tiba baru mereka sedar yang IQ mereka rendah dan tidak seperti yang dinilai oleh Facebook. IQ mereka jelas sangat rendah apabila baru nak drop course ini a very last minute. hari jumaat jam 4.59pm. sangat bangang.
bagaimana budak-budak ini menyusahkan orang lain? pelajar-pelajar lain yang sepatutnya mengambil subjek ini akan mengangap owh kelas itu sudah penuh. kita tak dapat grad on time. abes la kita.

3) orang yang nak tukar seksyen tapi buat last minute.
budak ni lebih kurang macam budak num 2. bezanya. dia memang amik course ini tapi die suke-suke nak ikut kawan dia yang berada di seksyen lain atau sebab-sebab lain yang sengal. penukaran yang dibuat pada hari jumaat jam 4.59pm akan menyusahkan orang laen. How? pelajar-pelajar lain yang tidak dapat masuk pada mana-mana seksyen akan mengangap semua seksyen telah penuh. walhal at the end. budak-budak num 3 ini dengan kawan seramai 25 orang menukar seksyen. akhirnye kelas itu tinggal 10 orang sahaja.

terima kasih kerana menyusahkan orang lain.

p/s: after all. system pendaftaran juga perlu dipersalahkan. nape tak begitu efficient? sigh~


Monday, January 3, 2011

Syeikh Mohd Idris Abdul Rauf Al-Marbawi

Bila rasa perlu peringatan untuk diri sendiri tentang kerohanian. dan di masa itu lah peringatan itu tiada. membuatkan hati itu kosong. argh.

Semalam, Ahad. aku dengar sedikit peringatan pagi yang panjang tapi best tentang sejarah. biasanya kalo ade orang nak cerita pasal sejarah je aku da mengantuk. kali ni tak. maybe sebab aku da interested nak dengar sampai abes riwayat idup tokoh ni.

setelah berumur lebih 20tahun. baru aku tau. kamus arab-melayu yang aku gunakan dari darjah 5 hingga ke tinggakatan 5 tu dikarang oleh syeikh ni. Kamus Marbawi ni antara kamus yang aku rasa sangat mudah dan cepat kalo nak translate arab-BM-arab. syukran syeikh!

ada beberapa cerita menarik tentang syeikh marbawi yang disampaikan oleh penceramah pagi tu. kebanyakannya korang boleh lihat di link ini. beliau penerima pertama tokoh maal hijrah 1408H (tahun 1987).
beliau meninggal dunia pada 1989 dan masih lagi tidak dianugerahkan Dato', Datuk. Tan Sri, Tun or yang seumpama dengannya sehingga hari ni tidak seperti artis gelang hiburan yang dengan mudah mendapat gelaran Datuk. ada juga artis hiburan yang sudah lama meninggal dunia pun diberikan Tan Sri. artis luar negara pun boleh mendapat gelaran Datuk.

aku rasa cool gile bile dengar cerita syeikh ni tentang penganugerahan maal hijrah. kebiasaannya selepas dianugerahkan tokoh maal hijrah atau anugerah maal hijrah, penerima anugerah akan diberi peluang untuk berucap. then diorang pun pot pet pot pet. tapi syeikh ni. sewaktu penyampaian anugerahnya adalah sangat berbeza. beliau hanya mendiamkan diri. seperti orang yang tidak reti bercakap. kemudian diberi signal oleh pengacara majlis untuk bercakap walaupun sedikit. tapi die dengan tenang menjawab. "aku tak tahu apa-apa".

untuk senarai penuh tokoh maal hijrah/ anugerah maal hijrah yang tak diupdate oleh JAKIM klik sini.
untuk baca sedikit cerita tentang TOKOH Maal Hijrah 1432H/2010M boleh baca di sini. mungkin beliau lebih layak juga mendapat TOKOH KEWANGAN NEGARA SEPANJANG ZAMAN.

Oh Malaysia.

p/s: sigh.


Saturday, January 1, 2011

satu dua.. tiga.

ada sekumpulan remaja ingin mengambil gambar bersama berlatar belakang kan panorama yang indah. mereka tiada kemera canggih. apatah pula tripod untuk meletakkan kamera. yang ada hanyalah kamera nokia dan LG yang mempunyai kurang 5MP. perasaan tidak mahu membiarkan memori ini berlaku begitu sahaja menyebabkan seorang antara mereka menahan seorang pelawat yang lalu di tempat itu.

"Lin Lin. ko suh forener tu amik gambar kite" kata Joti.

"a'a ek. suh forener tak de la segan sangat. ni macam dari china je. ke k-pop. aku kne speaking ar ni" semangat Lin hendak speaking dengan forener.

pelawat itu memegang tripod di tangannya bersama kamera DSLR di dalam beg selimpangnya. kemudian sedikit terkejut ditegur oleh Lin.

"excuse me sir, can you take picture for us?" kata Lin dengan tenang sambil menghulurkan henpon nokia dengan kamera 2MP.

"owh can.can" jawab pelawat itu. mukanya kelihatan geli-geli mencari punat untuk mengambil gambar.

"weh cepat ar redi" laju je Joti bile ingin mengambil gambar. tiba-tiba dia tergelincir dari tempat duduknya.
"eh babi mak cow" melatahnya sambil menutup mulut.

"woi Joti. babi plak. ape la ko ni" tegur Lin.

"hehe. rilek ar. forener tu bukan paham pun." terus die mengalihkan tangannya dari menutup mulut.

"ok ok?" kata pelawat tu tibe-tibe.

"ok" jawab Lin dan Joti serentak sambil senyum.

"k.... satu dua....tiga" kata pelawat tu.

gambar gegar.

p/s: :P

Related Posts with Thumbnails