Monday, November 29, 2010

sampai bile kene pakai cermin mata?

aku rase kelalar baca cite cik Syamila: Weyh! Saya dah tak rabun!! best ape da tak rabun. aku tunjuk kat korang betapa peritnye kene jaga spec. aku cuba start dari bangun tido sampai tido balik

1) bangun tido kne cari spec. kadang-kadang tak jumpe. bukan sebab hilang. tapi tak nampak nak cari camne! tensen gak kadang-kadang sampai panggil member tolong cari. aku penah buat post pasal spec tak jumpe pas bgn tido: Cinta itu keperluan?

2) gi mandi. ade certain orang nak gi toilet die tak bawak. tapi aku bawak. sebab da biasa kot. then nak letak kat mana da masalah. kalo ada tempat sangkut tuala kat pintu bole jugak sangkut. kalo takde. kene la letak kat atas wall. problem bile da letak kat ctu. bile aku nak amik. da la rabun. sekali kalo tersalah. jatuh la spec tu ke lantai. arghhh sumbing daa. da jadi 2 kali min kot.

3) gi kelas study. ha. tak mungkin aku blaja dalam kelas kalo takde spec. kalo subjek hubungan etnik tak pe la. ni kalo ada subjek yang memang lecturer gune slide kat depan. memang aku lebih baik tak yah gi kelas.

4) nak baca buku. kalo takde spec. aku perlukan jarak lebih kurang 20cm dari permukaan buku untuk melihat dengan jelas. bayangkan kalo nak tengok skrin pc camne. da cam orang tak betul da. teruknye rabun aku nih.

5) da petang. mari bermain. masa sekolah dulu. aku maen bola dan ragbi. maen bola ok je sebab boleh pakai spec. yang tak bestnye. bile member sepak bola kne muke ke kepale. terpelanting spec tu. skali tengok. orang terrrpijak! argh, tensen. bengkok-bengkok. kalo tak pecah cermin kire nasib baik da. masa sekolah ni memang slalu jadi. kalo men ragbi plak. memang tak pakai spec. aku perlukan usaha laen untuk tidak menjadikan rabun sebagai alasan. kaler baju sudah tentu untuk membezakan. ingat posisi member. lagi training nak amik bola tinggi. berkesan la jugak. yang menyusahkan orang bile aku tak tau apa berlaku kat tempat jauh-jauh. aku tanye member. weh apa hal tu? bla bla bla. weh asal tu?. bla bla. weh apa apahal? bla. apsal tu? senyap la weh! nyusahkan aku je. hamik ko!

6) okeh jom jalan-jalan tak pakai spec. memang aku rasa cam budak baik. apa pun tak nampak. ko pakai sexi ke. nampak ehem ehem ke. memang tak nampak. aku fokus kat jalan je. kang ada plak yang masuk lobang. senang cite. memang tak leh nak usha awek lah kalo tak pakai spec nih =.=" bek tak yah gi jalan kalo tak de spec :|

7) aha. nak g berenang? berenang lah. air jernih ke. clean and clear water ke. keruh je. sama je! bukan nampak sangat pun. aduh. sedihnye. cuma tengok dekat-dekat sket baru la boleh menghayati ciptaan alam nih

8) aku rase aku cam cacat kalo tak pakai spec. ngn muke da belekuk kat tepi-tepi idung dengan bekas spec. langsung tak hensem kalo takde spec! hah. hensem ke kalo pakai. tak juge. hoho. bekas pakai selama lebih 10 tahun memang terbaikla.

9) ohoi. driving tanpa spec. apa mungkin! tak pernah aku buat. ada sekali tu agak kritikal bile frame spec patah. struggle pakai getah wat camne ntah bagi jugak melekat untuk drive semata. huh.

10) last.bile nak tido ni jadi masalah. masa aku baru-baru pakai spec. asyik lupe je tanggal. akibatnya bangun pagi spec da bengkok. kene marah ngn parents. adoyai. bile da besar ni. before tido aku set mind. ok. aku letak spec sini. pagi-pagi bangun mesti ada sini k. wahaha. esok pagi bangun da takde. sebab kne tepis time tido jatuh ke mana da.

aku rasa banyak lagi yang tak tulis kalo takde spec nih. memang da satu keperluan bagi aku. korang macam mane? :)

p/s: yeah power da tak naek!

Friday, November 26, 2010

Persamaan Matematik yang Menarik!

pagi-pagi da call orang.
suh selesaikan masalah matematik.
wahaha.


kepada sesiapa yang ada paper
selamat menghadapi exam!

Sumber:

p/s: ;)

Wednesday, November 24, 2010

tak kenal pun tapi da sedih :(

jalan-jalan. ternampak blog ibu kepada 3 orang kembar. comel tul anak-anak dia. the sad thing is. ibu nye baru sahaja meninggal dunia :( terharu walaupun tak kenal.

kebetulan si ibu ni pun baru je berblog-blog jugak. entry paling lama July. entry paling latest 21hb. berita pulang ke rahmatullah pada 22hb! hari ni baru 24hb. :|

memang ajal maut tak kenal masa. semoga kita sama-sama berusaha untuk bersedia. sayangi ibu anda! mohon la maaf sebelum terlambat.

sumber:
http://www.benashaari.com/2010/11/al-fatihah-buat-blogger-aisyah.html

Productive Muslim Cartoon

again. video. cartoon yang santai-santai. selamat menonton! :)


korang tak yah tengok la kol brape die solat. ikut korang solat kol brape la. hoho. semoga ada pengajaran utk semua! :)

sources:

Tuesday, November 23, 2010

Ya Tuhan!

aku berada dalam keadaan yang paling down dalam hidup aku skang. da lama tak muhasabah diri. dulu kat sekolah. setiap hari jumaat malam. ye kot. kitorang akan duduk kat surau berzikir dengan lampu tertutup. tak kurang juge yang tidur. ada jugak yang betul-betul menghayati. dalam zikir-zikir/nasyid ada 2 nasyid yang aku sangat tacing. ye aku menangis bile dengar. aku tak tau ble last aku dengar lagu ni.

struggle aku nak ingat apa tajuk die. tapi memory aku kuat walaupun da 5 tahun. aku ingat lirik je =.=" pegi google jap. then baru jumpe tajuk ape. dalam hati terdetik. btol ke aku takde nasyid nih. aku try search kat dalam pc. owh ada dua-dua! troknye aku. =.=".

kepada yang nak muhasabah diri. lagu ni sesuai korang dengar bagi aku. selamat mendengar. :)

Saujana - Nur Malam


lagu ni ada nada tinggi. best. aku suke. lebih feel dengar la malam-malam k. baru kene ngan lirik :)

Raihan - I'tiraf


lirik dia sangat humble. sayup je. :)


owh. rasa cam nak balik gi surau kat sekolah tu feel balik camne rasanye. tu la dulu blah senyap-senyap balik ke dorm. =.=" jarang-jarang ok.serius aku suke join. and nangis time ni. huh!

p/s: semua orang boleh berubah. nak tak nak je. bergantung pada diri sendiri. Ya Allah. jadikan aku anak yang soleh.

Hasil dari pengaruh blog Giant Polar!

aku jalan-jalan dekat group FB page: Kami tak suka Dr. Rozmey yang angkuh baca-baca wall die nampak fake profile berlambak dah. tapi yang ni aku rasa klalar. hoho.


lepas tu ada artis komen!


sememangnye! ini ialah hasil dari fenomena dR. Rozmey http://funny-profiles-story.blogspot.com/ muahaha!

p/s: Bro Giant Polar! sila rajin buat sket ye! hari-hari! =.="


Sunday, November 21, 2010

Perlu atau tidak melaporkan aktiviti pendakian di Balai Polis?

lama tak jenguk kat http://ondscene.my. web yang best. tapi tak brape sesuai tengok musim exam! haha. browsing. skali jumpe artikel pasal tajuk post ni. sememangnya ramai pendaki tidak berape kesah tentang hal ni. nampak macam remeh. tapi ada sebab yang sangat penting! sebelum baca peristiwa yang berlaku. cuba fikir baik-baik kenapa perlu?
1)
2)
3)
tak nampak ke? highlight la pakai cursor. tak leh jugak? pikir je lah sendiri.
tak tau jugak knape? sila baca sini: Pendaki Yang Menyusahkan Banyak Pihak

aku cuba bagi sebab kenapa ada pendaki yang tak endah tentang perkara ni:
1) "aku naik bukit je kot" cth macam cerita di atas. diorng mendaki Bukit Tabur.
2) "aduh, nanti polis mintak permit plak. kita mana ada apply permit masuk hutan" dah satu salah. then tak lapor plak. tak banyak gunung yang perlu permit. kalo ko takde permit pun. lapor je. kadang-kadang polis tak mintak pun.
3) "da lambat weh! kita kena sampai sana sebelum kol 6 pagi tau tak!" syok apa tengok polis tido kat balai polis. haha. aku penah gak gi kejut polis kat balai. muahaha.
4) "tak perlu kot" jawapan orang yang tak bertanggung jawab,

aku nak check balik gunung/trip yang aku gi report kat balai polis/pihak berkuasa ke tak.
1) Gunung Rajah-YES
2) Gunung Besar Hantu-YES
3) Gunung Ledang-YES
4) Trans Titiwangsa Full Version V1-YES
5) Gunung Lambak-NO
reason: ni gunung cam weekend memang ramai la orang. so tak perlu.tapi kalo nak bermalam di pucak ke. better report :)
6) Trans Jerging-YES
7) Gunung Kinabalu-YES
8) Gunung Bujang Melaka-YES
9) Gunung Datok-Tak ingat
10) Gunung Bubu-YES
11) Gunung Angsi-Tak ingat
12) Trans Gopeng-YES
13) Gunung Stong-Baha-Ayam-YES
14) Gunung Arong-YES dan NO
reason: ada pergi yang report ada yang tak. tak ingat sebab pe. tapi better report. still hutan.
15) Gunung Batu Putih-YES

kalo budak universiti amat-amatlah disarankan agar report. bersusah-susah dahulu. bersenang-senang kemudan :)

p/s: ha sape yang sweet tu! dah 2 bulan la :|

Selamat Hari Berjalan-Jalan Sedunia!

19 Nov ialah hari toilet. mintak maap sape birthday die aritu ye! =.=" hari ni hari ape plak? hari berjalan-jalan sedunia! 21 November. aku geram pada diri sendiri kerana TERlupa untuk pergi. aduh. kat Malaysia ni. Nestle yang menanjurkan. ada 7 tempat yang diadakan serentak! kat Johor pun ada. aku ada ingat aritu nak gi. tapi terlupa la plak. aduh. rugi jugak. sebab FREE!

The World Walking Day is an event to celebrate that simple form of motion we do everyday. Walking burns calories, tones muscles, shapes your body and helps de-stress your mind. There are so many benefits you could enjoy from walking
diambil dari website Nestle Malaysia.

 ni contoh-contoh poster tentang event hari ni:





korang tengok! T-shirt. FREE. Breakfast. FREE. then info dari event page di FB dapat recycle goodies beg. FREE.
T-shirt simple dan menarik! hijau terang plak tuh!
Tak kan nak bagi beg kosong plak kan? heh.

Gila ah! banyak tu!

Kesimpulan. Grugi aku lupe! arghh. =.="
macam best organize kempen nih. huh. teringat masa organize Run For Your Heart. owh blom di review. hujung tahun boleh? :)

Happy World Walking Day! 21 November jom jalan-jalan arini? :D

Sumber: 
http://www.nestle.com.my
http://pembelasp.blogspot.com
http://www.facebook.com/event.php?eid=109298855802216
Google Images

p/s: sila buat blog kite bagi cantik sket k :P


Saturday, November 20, 2010

Facebook Tips #4: Control Application Privacy

okeh. nak share satu mende. lagipun kebelakangan ni mende ni asyik berlaku. kebanyakan kawan-kawan anda selalu membiarkan application terus boleh godek-godek FB anda. anda yang bagi permission. sape suh kan. haha. then app tu boleh sesuka hati je post kat kawan-kawan anda. kalo mende buruk lagi la. cam come see naked girls here. bla bla. kan buruk FB anda. padan muke. haha.

korang tau bagi permission je. tapi tak tau camne nak stopkan? ok. kalo rajin gi delate kat wall kawan-kawan tu kan. tahukah anda. app ni boleh post kat wall rakan-rakan anda even korang da logout? that why kalo orang tu tak online pun bole gak app tu post suke ati je.

so sini ada cara paling ringkas aku jumpe untuk setting app ni balik. (kalo korang ada cara lagi cepat lagi bagus)

1st.
gi Profile > then bawah button Share tu ada Option. click
2nd.
Click Settings > application settings page

3rd.
nanti korang akan gi seperti gambar di bawah. kalo yang rajin maen game tuh, maen tanye-tanye kawan, tanya tukang tilik lah, paul si sotong lah, macam-macam lah. baru tau macam-macam app korang da gune kan. huh. kalo rajin click la edit setting then ubah-ubah la ape-ape yang patut. kalo malas nak pikir. tekan pangkah aje. voila! selesai masalah anda!


Selamat mencuba! :)
lepas ni. agak-agak member korang tu post bukan-bukan kat News Feed. kasi je link ni. :)


p/s: I want to be your bold hero. 

Friday, November 19, 2010

Selamat Hari Toilet Sedunia!

hoi korang tau tak arini hari toilet sedunia? ape lagi pegi la basuh-basuh toilet korang. paling cikai pun. berazam menggunakan toilet sebaiknye!

ini ada satu cerite masa aku gune toilet kat hostel aku.
masa tengah melabur. aku pandang la lantai then nampak cam ad mende yang tampal kat dinding toilet.

korang cam nampak je yang mana. haha. kalo korang nampak memang hebat la.

then aku nak tengok la pe yang ditampalnye kat pintu tu.

okeh untuk paparan yang lebih jelas. amik ni!


ha amik amik. sila baca dan buat k. aku baca trus rase cam ada orang usha. haha!.

mende ni ditampal sebab ada banyak kes da kat toilet ktorang ni. tahi bersepah-sepah. tak paham aku orang yang buat tu. da la umur penghuni blok ni atas 20 dah. macam dak kecik berak. dak kecik lagi bagus kot. masalah tol.

hope mende ni boleh ubah orang yang slalu buat tu. aku nak gile torture orang yang tak bertamadun nih. sengal ubi btol.

okeh. Happy World Toiled Day! (19 November)

bacaan lanjut:
http://www.wateraid.org/uk/get_involved/world_toilet_day/default.asp

p/s: sorry for not sweet enough. im out of sugar now.


Saturday, November 13, 2010

Tiada yang lebih serius dari Blog Serius!

boring boring study esok exam gi godek-godek blogserius.blogspot.com. Iklan die pun serius! No JOKE please!


bosan sumber baca-baca nak gelang gelak da tak de. boring~

Saturday, November 6, 2010

A very good question about Malaysia.

di kala penggunaan google search sedang hebat dan sangat diperlukan sekarang. aku terjumpe satu soalan dari Yahoo Answers.



BEST ANSWER tuh! haha

jawapan-jawapan emo:



apa jawapan korang? hoho.


p/s: hyperactive hari ni =.="

Wednesday, November 3, 2010

Facebook Page #5: KOMUNITI JEJAKA JAMBU DAN GADIS CUTE


Baru lepas tengok post member. si gadis yang ada orang nak kawan tibe-tibe. muahaha. nah link: 

facebook faggot's going down!!


then buat FBwalking sket. saje nak tengok page mamat ni. memandangkan die letak gambar ex die(mengikut pengakuan) so tak tau la rupenye. tapi bile tengok die like satu page ni. aku boleh bayang. rupe die mesti jambu! owh suwit! blurghh..

kepada jejaka-jejaka jambu dan gadis cute di luar sana. sila lah like page ni. upload gambar skali. ada hadiah best menanti tu kalo dapat paling banyak like. 


p/s: sometimes, happy news will be a bad news if you don't tell the story.



Related Posts with Thumbnails