Wednesday, March 31, 2010

Kencing Tikus @ Leptospirosis


Sape yang tak kenal Din Beramboi?
Dialah yang boleh wat ak gelak pagi-pagi. memang lawak cam haram die ni. memang pelawak yang terbaik.
aku agk terkejut tengok berita Din beramboi keracunan masa berita jam 8malam. virus nye plak kencing tikus. owh man. sebelum ni aku penah dengar nama ni masa naek gunung. supaya hati-hati tutup masstin sebelum tido sebab takut kene kencing tikus. lagi plak dapat tau ada hiker yang koma dan mati sebab penyakit ni. dan selepas berita ni baru aku tau memang sangat bahaya!

Bacaan lanjut mengenai Cara penyebaran, Komplikasi & Simptom boleh baca di sini: http://www.teratakarmo.com/2010/03/virus-kencing-tikus-leptospirosis.html


Masa google aku jumpe satu artikel ni mengenai kencing tikus ni jugak. act bukan shj dalam bekas makanan yang patut kita perhatikan. cuba pastikan jugak kpd permukaan makanan@minuman. cuba baca link ini untuk tahu kisah lanjut : http://www.myuitm.com/v4/modules.php?name=News&file=print&sid=2775

so, harap lepas ni kita semua masing-masing lebih berhati-hati, lebih jadi pembersih dan teliti!. patutla parents ak kalo kat umah memang struggle abis-abisan nak hapuskan tikus yang ada kat rumah. tapi, diorang tak penah ckp plak pasal kencing tikus. or mungkin aku yang lupe.

tp skang. aku, kita semua lebih berhati-hati k!
semoga Din Beramboi cepat sembuh.

Sources:
http://www.teratakarmo.com
http://www.myuitm.com

Bermain layang-layang di Bukit layang-layang


Kalo korang duk Johor or lebih tepat sekitar Johor Bharu or Pasir Gudang, cuba la try main layang-layang kat sini. kalo ada anak boleh la bwk anak. kalo x de. bwk la gf ke. kawan-kawan ke family ke. :)

Katne tempatnye?
ni link lokasi dlm Google Maps : Bukit Layang-layang




Kene bayar tak?
takde bayaran dikenakan. free parking. then ada orang jual-jual makanan. boleh beli kalo lapar. Kalo tak nak sesak sila la datang awal dalam kol 5++. sebab kalo lambat nanti penuh gile orang atas padang/bukit tu. then kalo baru nak naikkan layang-layang memang tersangkut la dengan orang len punye.


Ala takde layang-layang..
tak pe.. kat sana ada jual!. dlm RM5 bole dapat da. macam-macam saiz & bentuk ade. dari binatang sampai la ke katun-katun. menarik.

Bagi aku tempat ni ok la tuk bersiar-siar or release tension. jalan jog pn ade. bersih, kemas & x nampak pn sampah merata-rata. tahniah sape yang jaga!.

Selamat pergi ke sana! :)

Sources:
http://maps.google.com.my

Sunday, March 28, 2010

The Garra Rufa Fish Therapy

 The Garra Rufa Fish
Ikan ape ni seh? 
ni la ikan yang digunakan untuk kebanyakan fish therapy kat kebanyakan shopping complex sekarang. member aku cakap ada kat Mid Valley. RM45 setengah jam kot die cakap.

ini bukan kaki aku. :D

Semalam petang aku da try! tapi bukan kt Mid okey. aku tak suke byr mahal-mahal gitu. Aku rase sendiri kat Air terjun Gunung Ledang. Lepas dari turun gunung. kat bwh tu ada byk kolam semulajadi yang byk ikan jenis ni mmg untuk fish therapy. mula-mula aku agk takut jugak nak letak kaki. memandangkan banyak ikan besar-besar dalam tu. ada la dalam 3 ke 4 jari besarnya. aku try masuk sket kaki then bile kali pertama ikan tu 'attack', ak jerit! haha.GELI ok. haha. lama-lama makin biasa la. agak scary ble ikan yg besar-besar pun join gak sesi 'attack' nih.

apa sebenarnya ikan ni wat?
owh. kat sana aku ada tanye member aku pasal ni. die cakap ikan ni makan kulit mati sahaja. then untuk lebih info aku da google sket-sket pasal ikan ni. Ikan ni nama pena die Dr. Fish. haha. sebab dia boleh membantu dari kesihatan kita. ikan ni memang akan 'attack' kulit-kulit mati. hasilnye kulit akan lebih licin. owh man. camne la kulit ak licin nanti. haha. kalo korang berminat utuk tahu lebih detail macam mana ia berlaku. bolehla google enzyme yang ada dalam air ludah ikan ni. Dari segi masalah kesihatan, psoriasis & eczema merupakan penyakit kulit yang dikenal pasti boleh dirawat menggunakan fish therapy ni.

Indah sungguh sekecil-kecil haiwan pun boleh membantu kita.

kalo korang ada masa, boleh la datang ke Gunung Ledang. bayaran masuk RM4. Permit pun RM4. tak pasti permit tu kene ke tak. kalo korang banyak duit, pegi je la Mid Valley! :)

Sources:
http://images.google.com.my
http://reviews.pinkelle.com/2008/04/07/113/
http://en.wikipedia.org
http://www.google.com.my

Friday, March 26, 2010

Al-Fatihah

Al-Fatihah kepada juruterbang pesawat jenis Pilatus PC-7 MK 2 TUDM yang terkorban semasa membuat persembahan semasa majlis perasmian konvokesyen UUM.

Terkejut jugak aku tengok rakaman video masa berita TV3 jam 9 malam. hari ni plak baca paper Berita Harian. 
Ade ruang info pesawat kronologi pesawat Pilatus terhempas kat di sebelah artikel tersebut. Sehingga peristiwa pada hari semalam, terdapat 10 kes yang telah mengorbankan nyawa sejak tahun 1984 lagi.

ni contoh pesawat jenis Pilatus dari google.

video kejadian:
http://www.youtube.com/watch?v=Lc2DvJkruJQ

Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajal.

Al-Fatihah.

Sources:
http://www.youtube.com/
http://images.google.com.my

Thursday, March 25, 2010

How to get cheap flights prices?

Mana lagi murah?
MAS                       @                   Air Asia

Air Asia la wei!! Now everyone can fly!!
jawab member aku dgn yakin.

rilek bro. jom kita tengok sape yang murah k! : )

Kebelakangan ni aku agak kerap usha harga tiket both airlines ni. Boleh kata seminggu skali la jugak minimum. sebab aku ada plan nak pegi Bali hujung tahun ni.
so, aku buat contoh kat sini travel pegi Bali je la k. maybe tempat-tempat lain tak sama perbandingan nya.

Berbalik kepada soalan awal: MAS @ Air Asia?
Bagi aku MAS!!! jom kita reveal kenapa MAS lagi murah.

Ini laman web MAS: http://www.malaysiaairlines.com/my/en/home.aspx
Bawah tab Destinations & Offers, click Get-The-Deal dan Sign UP! jadi member dulu k. jangan risau. free je.
Dan dengan serta merta segala rate akan berubah kat situ! kita tengok dulu normal rate MAS berapa k.

 Ini MAS normal rate. KL-Denpasar(Bali). RM365 return seorang

 Ini dengan Get-The-Deal. KL-Denpasar(Bali). RM245 return seorang.

eleh. Air Asia lagi murah la...
ye ke. try tengok sket.

KL(LCCT)-Denpasar. RM293 return seorang.

bro! brape hinggit je pun.
yep RM48 je. tetapi apa kekurangan Air Asia?
1) Seat kurang selesa. jarak depan dan belakang terlalu dekat. mcm kita naik bas cikai-cikai tu.
2) Fare MAS all included. termasuk makanan dan luggage. tetapi Air Asia tidak. pada gambar di atas, aku tak masukkan makanan.
3) aku rasa. service economy MAS merupakan servis terbaik yang boleh diberi oleh Air Asia.
4) boleh la kalo nak tambah sendiri. :)

Mari kita puji Air Asia plak. yeah.
1) Air Asia. kita boleh pilih-pilih seat mana nak duduk. tepi tingkap ke tengah-tengah ke. boleh pilih masa beli online ni!.
-MAS tak boleh ke? tak boleh. Kalo MAS kita pilih seat masa check in. so sape cepat dia dapat la.
2) kalo Air Asia. bole tangkap gambar depan kapal terbang!. errr.. MAS lepas bg boarding passs trus sampai dalam kabin.
3) Air Asia harga asal memang murah. sebab itu taktik diorang. even luggage pn tak included.
4) kalo korang buat program untuk unversiti atau kolej. nak minta penjaan dari Air Asia pun boleh. kena struggle sket. tp kalo MAS langsung tak nak layan.

Soalan: weh. kalo kita beli ramai-ramai, dalam 5 orang ke 4 orang ke. mesti la dapat murah kan. 
Jawapan: opss. tidak. MAS max boleh skali beli 9 orang. dan harga pun sama jee.. check this out.

 Ini dengan Get-The-Deal. KL-Denpasar(Bali). RM2205 return 9 orang. 
So, seorang RM245 jugak.
Terbukti beli banyak mana pun. sama je harga die.

 Tips:
1) kalo korang nak beli tiket untuk 18 orang contohnya. korang kena beli 2 kali la. tetapi, mengikut pengalaman aku, kali kedua korang tak kan berjaya. siap tulis seat da abes. masa tue mula la gelabah kan. apa yang berlaku sebenarnya? MAS ada sistem yg boleh check ip address aku rasa. MAS tak kan la nak seronok-seronok bagi tiket murah je. So, solution nya. pegi kat tempat internet yang laen. laen ip la kiranye. then success!

2) Get-The-Deal ni ke paling murah? tak. sebenarnya ada lagi murah dari ni. biasa nya MAS akan bagi murah untuk event tertentu contohnya macam bulan merdeka ke. masa ni diskaun sampai 70%. memang murah habis. tapi dia akan buka untuk tepoh seminggu je boleh beli.
3) Plan la awal nak pegi mana-mana. beli 3 bulan sebelum. harga memang jauh beza kalo beli seminggu sebelum. :)

ni je kot. mengikut pengalaman sendiri. kalo ada salah silap. maaf.. :)
Selamat mencuba!

Sources:
http://www.malaysiaairlines.com/my/en/home.aspx
http://www.airasia.com/my/en/home.html

Wednesday, March 24, 2010

Az-Zain Shah Alam akan berpindah!

Mulai 29 April 2010

Alamat asal:
No.28, Jalan Tenggiri 17/23, Seksyen 17, Shah Alam, Selangor.
(belakang SHELL & bersebelahan klinik Dr. Rohani)



Berpindah ke:
No.9, Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
(bersebelahan UMW TOYOTA Seksyen 15)

Lihat peta Google maps di SINI.

Terima kasih kepada seluruh pelanggan yang sentiasa memberi sokongan kepada produk muslim. :)


Sources:
http://yakin.myportal.my/
Facebook Az-Zain Shah Alam
http://ayamkampungorganik.blogspot.com/ 
http://maps.google.com

Monday, March 22, 2010

Evo 11 out!! caught them in Malaysia!!

Evo adalah nama singkat untuk Mitsubishi Lancer Evolution. Sudah tentu pengeluarnya adalah dari Mitsubishi!

Trivia:
  • Semua kereta Evo: 2L, enjin 'tubocharged' dan 4WD. 
  • Popular dengan penggunaan huruf roman untuk setiap generation.(cth: 1,2..10..errr 11)
  • Production setiap generasi tak lebih 5 tahun pun!
Jom kita tgk kereta-kereta Evo.

Evo 1
 Pada asalnya, kereta Evo 1 ni dicipta untuk menyertai World Rally Championship!
Production: Oct 92-Jan 94

Evo 2
 Secara kasarnya Evo 2 hanya ubah sket-sket dari Evo 1. contohnya handling dan luaran. enjin pun masih sama lagi.
Production: Jan 94-Aug 95

Evo 3
ha. yang ini mmg evolusi. Evo 3 lebih garang dan lebih power enjin nye. Banyak jugak kereta Wira suka convert ke Evo 3.
Production: Aug 95-Aug 96
RM28K(Wira evo) 

Evo 4
Evo 4 meggunakan platform yang berlainan dari Evo3. Kali ni mmg banyak diorng ubah. nak kenal pn snang dengan 2 lampu besar.
Production: Aug 96-Jan98


Evo 5
 Depan da rupa macam Evo 4 kan. Evo 5 upgrade dari Evo 4.
Production: Jan98-Jan99

Evo 6
 Again. Upgrade! Masa ni zaman kegemilangan Tommi Makinen. dalam WRC.
Production: Jan99-Mar01
RM85K

Evo 7
 Mitsubishi skali lagi ubah platform. Juga dibina semata-semata untuk menyertai WRC. Di Malaysia kita ada Waja. :)
Production: Mar01-Jan03
RM120K
Evo 8
Upgrade dari Evo7. So, Waja pn banyak nak tiru macam ni. 
Production: Jan03-Mar05
RM150K

Evo 9
 Platform yang sama pada Evo 7 dan Evo8 masih digunakan untuk Evo9. tetapi lebih baik dari sebelumnya.
Production: Mar05-Oct07
RM200K
Evo 10
Latest! Evo 10. weh tipu. awal-awal ko kata ada 11. err. Platform pn da berubah. bentuk lebih futuristik.
Production: Oct07-present
RM230K


Here we come!! latesssttt!


Evo 11
 tak tau nak cakap apa.
Production: Err ada satu je kot.
Not for sale

p/s: maaf kalo ada salah fakta. :)

Sources:
http://www.mudah.my
Related Posts with Thumbnails