Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baru kepada semua bloggers dan juga readers.
Semoga Tahun 2011 lebih baik dari tahun 2010.

korang da beli tiket kapal dalam filem 2012 tu? tiket sudah mula dijual. masa semakin hampir.

p/s: thanks for the 100 wonderful days ;)

Indonesia menang Malaysia kalah

Kamal masih budak hingusan. tapi dia rajin hendak menolong ibu bapanya menjaga kedai runcit mereka. kadang-kadang die menjaga di kaunter bayaran. kedai mereka terletak di sekitar negeri Indonesia di Shah Alam.

Emak Kamal ada memberitahunya yang barang yang dibeli dengan kuantiti yang banyak boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10%. hari ini ada seorang rakyat Indonesia datang ke kedai untuk membeli topup.

Orang indonesia majoriti menggunakan Digi berbanding Celcom dan Maxis. Harga kos topup RM10 Digi ialah RM9.70. kebanyakan dari mereka menjual balik topup kepada kawan mereka dengan harga RM11. Hari ini, seorang makcik Indonesia  datang ke kedai hendak membeli topup.

Kamal: ye makcik. nak digi kan?
Makcik: iyah. diji diji.
Kamal: 10 ka makcik?
Makcik: kalau beli banyak ada diskaun tak?

Kamal berfikir sekejap. dia teringat ibunya memberitahu yang boleh memberi diskaun 10%.

Kamal: boleh makcik. tapi beli banyak lagi la. 50 ke.
Makcik: banyak tu. berapa diskaun nya?
Kamal: kami boleh bagi 10% je makcik.
Makcik: ha iyalah iyalah boleh. 50 diji ya.

Kamal gembira. pagi-pagi sudah dapat sales RM400 lebih.

Indonesia menang. Malaysia kalah.

Soalan Matematik Tambahan SPM 2011.
1) Berapakah keuntungan Makcik?
2) Berapakah keuntungan Kamal?

p/s: Topup merupakan antara barang niaga yang mempunyai margin keuntungan yang rendah iaitu antara 3-3.5% sahaja.

Saturday, December 25, 2010

Mega Tower

Lan baru 1st time gi kuliah subuh pagi tadi kat masjid. tapi die bagus. die nak sembang gak isi die dapat tadi ngn member die walaupun die hanya dengar 15 minit terakhir. jam-jam awal baru penceramah bagi pendahuluan die da tido.

Lan: Kazim. tadi aku dengar kuliah subuh.

Kazim: so?

Lan: nak bicara sket ngan ko. cam ada mende yang bole bincang.

Kazim: ape die? ko nak suh aku gi kuliah subuh gak ke esok?

Lan: itu ye gak. hehe. camni. aku tengok kat facebook ko orang kuat yang sokong Mega Tower tu. aku dengar ceramah tadi. tanda-tanda kecil kiamat macam skang la. manusia bangga dengan bangunan tinggi-tinggi. tak yah la ko sokong. kan da tau merugikan kite sebagai rakyat.

Kazim: ah ko ni. tak paham-paham la betape pentingnye menara tu. ekonomi babe. ekonomi. bangga tu dah tentu la. ko tak leh pikir ke. kalo da tuhan tetapkan tarikh kiamat. ko tak bina bangunan tinggi tu pun kiamat jugak. ade ke tuhan cakap kalo kite tak bina bangunan tinggi hari kiamat extent? ade?

Lan: ....

Kazim: esok gi kuliah subuh lagi. bagi kat aku isi best-best sket. kalo tak ko yang aku ceramah.

p/s: kiamat sudah dekat.

Thursday, December 23, 2010

abang tak yakin dapat hidup lama.

seorang ibu bersoal jawab dengan anaknya yang ke-2 tentang masa depan anaknya itu. anaknya yang sedang masuk zaman dewasa itu sudah di tahun akhir pengajiannya.

anak: ibu. abah keje swasta kan? nanti pencen tak macam orang lain yang keje kerajaan la kan? diorang dapat half ek? kalo gaji last dapat RM7000. lepas pencen RM3500 goyang kaki je dapat hari-hari.

ibu: a'a. dulu ibu ada jugak suruh ayah kamu tu cari kerja kerajaan dulu-dulu. nanti senang zaman tua. tak payah hari-hari log ini facebook dapat RM100. hari-hari goyang kaki je dapat da duit.

anak: btol gak cakap ibu tu. tapi kan tak tau la kalo course abang ni ade keje tak kat sektor kerajaan. macam takde je.

ibu: aish. ade je. abang apply la dulu kat SPA tu. kalo tak dapat bidang yang abang belajar pun tak pe. belajar je la. tak rugi pun. untung masa depan.

anak: hurmm. gaji kerajaan camne bu? dengar kate cam rendah sket? tak bestlah gitu. sakit nak idup nanti.

ibu: dulu zaman ayah kamu tu ye la rendah dari swasta. sekarang lebih kurang je. elaun-elaun lain yang banyak tambah. kira-kira balik. mungkin lebih dari swasta.

anak: tapi kan bu. abang tak rase la dapat duit pencen nanti.

ibu: eh kenapa pulak? itu memang sume pekerja kerajaan dapat tau.

anak: abang tak yakin dapat hidup lama. dunia cam da nak kiamat je.

ibu: ......................


p/s: cerita ini hanya rekaan di dalam kotak imaginasi aku. sekian.

Monday, December 13, 2010

Ciskik!

Ada satu malam, aku jaga kedai, da tutup pun pintu sebelah. tibe-tibe datang satu belia dengan motor kapcainye. matikan enjin. laju je tanye. "dik. da tutup ke?" aku tengok jam 9.30malam da. aku cakap. "patutmye memang da tutup" die trus cakap " nak beli satu mende jap boleh?". Aku ngan muke letih cakap "abang nak beli apa? saya amikkan" pantas die jawab. "Ciskik". "ha?" aku tanye die balik. "ciskik ciskik" die ulang. aku wat muke blur. die trus bukak helmet then turun motor. berdiri pandang aku. die ulang lagi " ala ciskik" aku pun cakap kat die. "takpe. abang masuk je lah amik" aku senyum ngan muke penat. die lalu sebelah aku sambil cakap lagi. " ala ciskik. tu la orang bujang mana tau. hehe" sambil senyum sinis kat aku tu.

aku da blur. ciskik. apekah. ada kaitan sebab aku bujang ke? rase cam loser tak tau sebab aku da belia jugak. wahaha. "aku mesti tau die nak beli apa". aku cakap dalam hati. len macam je. ubat jamu ke? ke sejenis tongkat ali yang die nak cari malam-malam ni. tibe-tibe semangat inquiry aku tinggi. aku follow die slow-slow dari belakang. belia yang kelihatan sudah berkahwin dan beranak berapa-aku-tak tau menuju ke bahagian chiller. aku stop ikut die. tengok dari jarak yang tak berapa jauh.apa die nak amik dalam tu? semua mende dalam chiller aku tau. die bukak pintu ujung chiller. amik ciskik die. die amik 2 ciskik. then nak gi kat kaunter die terpandang aku. sambil senyum-senyum die tunjuk ciskik tu. aku pun buat muke owhhhh. and senyum balik.

aku jerit "bang! tu FISH CAKE laa. hahahahhaha" tapi dalam hati laa.

p/s: sama ada die salah sebut or aku yang pekak. hahaha

Related Posts with Thumbnails