Tuesday, June 11, 2013

Kursus kahwin!

Menghadiri kursus kahwin adalah antara syarat yg telah ditetapkan oleh undang di malaysia.

Pendaftaran untuk kursus adalah sgt mudah.

Korang boleh terus ke pejabat agama atau fakskan borang yg telah di download di sini:
www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=318

Tapi aku isi n edit pun dalam pc je. Guna adobe reader.
Kemudian email!

Cekap jugak JAIS ni. Jumaat petang aku email. Isnin dia call balik. Kata tarikh yg aku pilih tu dah penuh. So aku pilih tarikh yg kosong masa tu. Iaitu pada 29 n 30 jun.

Hope aku akan belajar banyak dan bermanfaat nnt. Ramai yg aku tanya asyik kata ngantuk je.
Dengarnye jugak format kursus dah ubah. Ada exam. Iye ke. Nnt aku update k.

Aku attach sini jadual kursus.
Yg first day tu sabtu. Then ahad.

Juwei

Saturday, June 8, 2013

Update info lokasi

Pagi2 semalam dalam jam 6.30pagi aku terus sms en raja yg in charge berkenaan dewan kat sek. 15 tu.

2jam lepas tu, en raja tu call aku! Bagus betul. Mengikut info yg aku dapat harga sewa dewan tu dikira ikut jam. Rm100 sejam. Cthnye dia kata org akan ambil mula jam 7pg hingga kol 4ptg. Total 9jam. Maka rm900 lah. Lepastu dah kena clearing n bersihkan dewan. Kalau tak nak bersihkan dewan kena bayar rm200 utk upah bersih.

Kalau aku amik dewan tu, aku tak amik kot start jam7pagi. Sapa la nak buat keje jam7pg. Better jam 8pagi atau 9pagi. Then habis jam 5 atau 6petang. Takde la rushing jam 4ptg dah kemas2 nanti.

Isunye ialah kontrak en raja ni sampai bulan 12 ni je. Dia kata tak pasti disambung ke tak. So nanti awal thn depan atau hujung thn ni bgtau balik.

Sebelum tamat bercakap dengan dia, aku tanya pendapat dewan mana lagi yg ada aircond. Dia kata dewan raja lumu. Aku tak tau kat mana. So nanti aku google aku update k. :)

Juwei

Friday, June 7, 2013

Lokasi mana yg sesuai?

Tujuan? Kahwin lah. Suke hatilah blog aku nak tulis apa. Mmg pasal kahwin sampai aku berjaya kahwin. Ha ha ha.

Ok so mana lokasi yg sesuai?
Ada 2 tempat shj. Satu depan rumah.
Yg kedua di dewan. Aku lg suka kat dewan. Lebih teratur. Tapi mesti aircond!

Dewan mbsa yg ada aircond salah satunya di sek. 19/46 ni.

Google dewan mbsa. Redirect ke web mbsa. Ada mcm2 jenis dewan dan banyak. Dan murah pulak tu! Rm300-400 je mengikut lokasi. Murah la banding kalau sewa khemah buat depan rumah mau rm300 satu khemah.

Tapi yg ada aircond ni tak tunjuk.harga apa. Dia dlm ketegori dewan swasta. Kalau tak silap dewan ni diuruskan oleh pihak lain. Sebab dewan ni disewakan utk court badminton n bola tampar.

Aku penah masuk 2 3 kali jugak la. Mmg ada aircond.

Okeh! Dah hantar sms pada org yg berkenaan utk tanya rate sewa.

Hope tak mahal la. Rm500 tu ok la kot. Dapat ke?

Nanti aku update k.

JUWEI

Thursday, June 6, 2013

Mas kahwin guna dinar?

Dah lama tengok tengok dan nak belajar pasal emas, perak, dinar dan seumpanya ni.

Ternampak gambar seperti yg ada tu. Lebih baik membudayakan dinar atau emas ni.

Tapi nnt dengan jurunikah dia cakap mcm mana?

....... dengan mas kahwinnya 1dinar...
Mcm tu ke?

Wednesday, June 5, 2013

Kahwin!

So today. Aku buat keputusan untuk start cari info pasal kahwin.

Walaupun aku tak tau lagi bila aku plan nak kahwin. -.-"

Oh lama tak berblog.

Alright.  Hasil carian "checklist perkahwinan" dari pakcik google hari ni:

1) ayeenmuhammad.blogspot.com/2012/09/checklist-kahwin-aku-2-bulan-dari.html?m=1
Checklist nk bagus untuk kita tengok progress semasa.

2) bajetkahwin.my/m/
Yg ni bagus utk tengok bajet yg kita perlu ready. Ada utk lelaki dan perempuan.  Banyak yg aku tak tau harga. Cincin berapa eh? Beribu ke.

3) www.miraedora.com/2012/09/checklist-perkahwinan.html?m=1
Aha. Yg ni bagus untuk kita semak tindakan yg perlu dibuat.

Aku plan satu hari atleast fikir 1 perkara pasal kahwin.

Related Posts with Thumbnails