masa form 4 aku main. ragbi. tak power pun. tapi suke nak main da tak reti main bola kan. 3 bulan sebelum game besar kaki aku retak masa friendly match kat PD. semangat punye pasal nak maen jugak aku struggle heal and kuatkan balik kaki. tapi seminggu sebelum event mak aku tak bagi pegi. owh man. takpe. aku training hard gle. langgar sini sana btol-btol nak tunjuk kat coach aku kaki aku kuat. coach aku kate tak boleh jugak kene parents bagi kebenaran dulu. hampir tiap-tiap hari aku call pujuk mak aku. ayah aku rilek je. tapi kadang-kadang nak cakap ngan mak aku pun die tak nak.
oleh kerana degil jugak aku pegi. memandangkan ayah aku bagi. tapi mak aku senyap je. sebenarnya memang tak bagi pegi pun. malang tak berbau game first je. aku da injured. bukan setakat retak-retak je. hamik ko patah. bile tengok kaki da lembik tu. baru la aku teringat mak aku tak bagi pegi. adoyai.menangis ko. haha.
gambar sebelum dan selepas masuk besi
ada penah aku tanye mak aku die terkejut tak tau aku patah kaki. mak cakap tak langsung. sebelum kejadian tu dia teringat kat aku then rasa macam sesuatu yang buruk akan kene kat aku. then tak lama tu cikgu aku call bagitau. mak aku rilek je. syukur je la hidup lagi. =.="
aku rase-rase aku pun ada instinct yang bagus jugak lah. ceritenye masa sebelum smayang jumaat hari raya pertama aritu. sebelum aku tutup pintu kete. terpandang la gambar amaran ni.
dalam hati aku cakap. camne la rasanya kalo kene ni. huish. siap amaran lagi nih. mesti sakit. lepas semayang sebelum masuk kete, tangan aku pegang ni. sementara tunggu adik-adik aku yang da masuk settle down sume. skali ayah aku tutup pintu die. ketupp!!. aku menjerit tak berapa kuat. abah bukak bah! bukak! ada la dalam 5 saat tersepit jari manis aku. hamik lagi sape suh pikir rasenye camne. kan da kene sengal.
instinct korang camne?
sekian.
p/s: my instinct never fail. but i prefer not think about it when i'm with you.
2 comments:
aku still ingat lg time kejadian tu kt SBP 10's 2004
berlaku dalam bulan julai. so about 6 years da :)
Post a Comment