Friday, October 29, 2010

Jangan HAIRAN!

Arini ada artikel BEST kat Berita HARIAN (BH) ms 7 nasional.

kalo banyak duit. beli. kalo nk jimat. amik kt kolej ak free je. kalo nak cepat dan mudah baca artikel kat bawah ni.


Selaen quote BH yang best tu. ade lg yang best. baca column akhir je da best.
Sementara itu, beliau berkata, walaupun kelompok pelajar propembangkang kelihatan menonjol di universiti awam, hakikat sebenarnya mereka hanya segelintir kecil saja berbanding kumpulan pelajar yang menyokong kerajaan. "Pihak Universiti kini sebagaimana masyarakat di luar kampus yang bersama dengan aspirasi kerajaan itu, lebih selesa menjadi majoriti senyap, mereka bersama kita cuma tidak keluar buat bising dan sebagainya. "Sebab itu suasana kini memperlihatkan keadaan seolah-olah lebih memihak kepada pembangkang kerana yang segelintir itu lebih banyak bersuara, tetapi keaadaan itu tidak membimbangkan," katanya.

Ingat! dari dalam kandungan lagi kita da dapat perlindungan kerjaan BN! apa lagi. jangan ragu-ragu pada PRU akan datang! pufff.

p/s: member aku yang pembangkang pernah dilantik ketua penggerak untuk aspirasi masa pilihanraya universiti dulu. dah dia ada jawatan kat kolej so die kene la sokong pihak universiti. then sangat bahaya kalo sebuah universiti tu aspirasi yang kalah. yep bahaya.

Sunday, October 24, 2010

Sketsa pagi

aku:   Kak nak bayar.
akak: okeh pe die.
aku:   erm dua lontong basah, dua teh tarik, satu Berita HAIRAN...(tersilap! tahan nak gelak pandang muke member)


terdiam jap aku. pandang muke akak tu balik

akak: ok. lagi (oh! die tak perasan!)
aku:   satu roti telur.

naik motor tergelak-gelak ngan member. serius aku tersilap! hahaha!

Kesalahan:
1) Berita Harian. bukan Berita HAIRAN
2) hari ni hari Ahad. so, bukan Berita Harian or Berita HAIRAN. tapi Berita MINGGU!

muahahahaha!

p/s: program success! yee haaa! :)

Thursday, October 21, 2010

Mountain Review: Gunung Rajah






Rajah Expedition '10 (REX '10)

Previous related post: 

Mountain Research: Gunung Rajah


Difficulty vs Mountains 


Nama: Gunung Rajah
Lokasi: Bentong, Pahang
Ketinggian: 5526' (diambil dari Web OGKL)

Location Map:
Gunung Rajah terletak berhampiran dengan sempadan Pahang dan Selangor. Bangunan Genting Highlands dapat dilihat dari puncak Gunung Rajah.


Pemandangan Genting Highland dari puncak Gunung Rajah


Sebelum memulakan perjalanan. Tengok masa. awal tak kami gerak :)

wajah-wajah gembira di puncak. 6 orang tiada dalam gambar (adik, ijat di sini,...)

Design T-shirt Program. Kali ni t-shirt tak sempat dapat sebelum program. tapi design tetap cun! Klik sini untuk tempahan t-shirt: http://www.facebook.com/event.php?eid=154349914602089





Personal Opinion Review:
(Sila rujuk My Mountain Review Guideline untuk lebih lanjut)

DIFFICULTY:
1-Senang, 5-Susah
  
Medium


- 3 bintang sekiranya trip anda bermalam di Kem Batu Hijau. Tidur di puncak? maybe 4 bintang dan keatas.
- lebih mudah sekiranya ada kemudahan 4wheel ke puntu rimba. tapi sudah tentu kos pun meningkat. rezeki kami 8 orang keluar dari pintu rimba dapat tumpang sebuah 4wheel.

FITNESS NEEDED:
1-perlu, 5-tak perlu

Need scheduled training.

- perlukan latihan yang konsisten. pacak pun boleh tahan. trek pun agak panjang. tak training maybe boleh muntah.

KOS:
1-murah, 5-mahal
Free-RM50



- ok la kos nye. makan kasi heaven la kalo nak enjoy btol-btol.
- kalo pergi dan balik naik 4 wheel dari air terjun Sungai Chamang. lagi bertambah kos nye. dan tak tau plak ade ke tak perkhidmatan 4wheel kat situ.

MUATAN BEG:
1-ringan, 5-berat


Haversack(<20kg)





- aku bawak beg sederhana berat. aku kalo naik pegi trip tak naik puncak pakai haversack aku bawak portable dapur gas. nak masak pun seronok je rase cam kat rumah. ngan kuali skali ade.
- trip pun 2 hari je. buat ape nak bawak banyak-banyak kan :D


WATER POINT(WP):
1-sedikit& susah, 5-banyak&senang

 
Tiada masalah

- betul tak de masalah. ak sempat mandi kat tiga WP utama. Sungai Chamang, Lata Naning dan Batu Hijau. air sungai kat Batu Hijau paling sejuk. sejuk gile la sampai group ak leh wat milo ais. menarik tak. haha.

KEPUASAN:
1-tak berbaloi, 5-berbaloi

Heaven!!

- aku puas, seronok dan sangat berbaloi.
- 1st time makan selera je sentiasa dan masak sume jadi. bagus tul ahli group. :) nah tengok gambar:
- ni last program hiking aku sesi 2009/2010 aku. dan memang boleh kata hampir 99% tiada cacat. tahniah kepada pengarah program :)


Lesson Taught:
1) Belajar tak ape tu kerjasama dan tanggung jawab? :)
2) Kalo bawak peserta yang sangat fit. shoot terus sampai puncak kalo da sampai kem batu hijau sebelum jam 2. naik free body je. esok pagi boleh rileks lagi.
3) Puas dapat shoot dengan pantas. Kem Batu Hijau-Lata Naning (28min), Lata Naning-Checkpoint Air(22min), Chckpnt Air-Pintu Rimba(60min). balik bilik otot sakit. hahaha.

Research Sources:
Million thanks! :)

p/s: tonight is 30 days. can you wait for 4years and 11 months more? can I? :)


Kekasih

Lama aku tak ikut nasyid sekarang. sebab rasa macam jiwang-jiwang tak kene je. lagu nasyid dulu-dulu dari tahun 2001-2005 memang best. sedap je dengar. banyak lagu tentang tokoh Islam dan perjuangan. bile dengar je semangat tibe-tibe datang. erkk ye ke. ade la!. haha.nasyid skang dengar cam nak muntah je. muahaha. tak de la semua kan.

ni nak share ngan korang satu lagu best dari kumpulan Devotees. bertambah best bile tengok video yang attach tu comel sangat. hoho. :)

Lirik:
Devotees-Kekasih
Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu

Macam ni la sepatutnya perkahwinan kan. setia hingga akhir hayat. terharu jugak tengok video kartun tu. pasangan ni tak de rezeki dapat anak. dalam dunia sebenar mesti cabaran nya lagi hebat. Semoga kita sama-sama dapat mengharungi cabaran hidup dengan jaya. :)

Sources:
FB Video: http://www.facebook.com/video/video.php?v=161360473888229
You Tube Video: http://www.facebook.com/video/video.php?v=161360473888229

p/s: tulus! saya sayang awak! ;)


Thursday, October 14, 2010

Mountain Research: Gunung Rajah


RAJAH EXPEDITION '10 (REX '10)


Nama: Gunung Rajah
Lokasi: Bentong, Pahang
Ketinggian: 5526' (diambil dari Web OGKL)

Location Map:


Gunung Rajah terletak berhampiran dengan sempadan Pahang dan Selangor. Bangunan Genting Highlands dapat dilihat dari puncak Gunung Rajah.

Personal Opinion Based on Research:
(Sila rujuk My Mountain Review Guideline untuk lebih lanjut)


1) DIFFICULTY: 
1-Senang, 5-Susah


Hard



- Kalo nak leisure. trip ni perlu mengambil masa 3 hari. kami cuba yang terbaik untuk buat dalam masa 2 hari.
- Kawasan Hutan Simpan.
- bagaimanapun tak cukup hardcore macam TTV1 Full edition!.haha.harapnye begitu lah.:)
- mengikut research. trek lebih susah pada hari kedua. start dari Lata Naning hingga ke puncak.
- kalo tido di puncak maybe lebih susah.
- elevation profile. Slope yang agak menarik.


2) FITNESS NEEDED:
1-perlu, 5-tak perlu 



Recommended to start with easy trip.



- sangat perlu latihan. latihan yang intensif.
- mental perlu kuat. trip kali ini perlukan timing masa yang tepat. kalo tak. memang akan sampai lewat.

3) KEPUASAN:
1-tak berbaloi, 5-berbaloi

Menarik jugak.



- menarik sebab ini last gunung aku sem ni. last gunung sebelum letak jawatan. last gunung kalo umur tak panjang.
- gunung yang sederhana tinggi. dgn kos yang tak berapa mahal.
- diorang kata ada air terjun cantik. boleh lawan tak air terjun masa trip GBH

Gambar semua peserta GBH

VS

Gambar semua peserta REX '10??

- mengikut kajian. terdapat sekurang-kurangnya dua spot air yang popular untuk trip ini. so jangan ada yang tak mandi plak! :)
1) Air terjun Chamang

2)  Lata Naning


4) KOS:
1-murah, 5-mahal


RM50-RM100



- Permit perlu dipohon dari pejabat hutan.
- Kos pengangkutan perlu diambil kira bagi yang berkenderaan sendiri.


5) MUATAN BEG:
1-ringan, 5-berat


Haversack(<20kg)





- Sederhana berat. suam-suam kuku untuk lelaki.
- Trip 2 hari full.




6) WATER POINT(WP):
1-sedikit& susah, 5-banyak&senang


Setiap Checkpoint kebanyakannya ada WP.



- berdasarkan research. WP tak de problem. i.A. hampir 50% daripada perjalanan akan dilimpahi air sungai. lihat gambar di bawah:



Expectations & Targets:
1) Semoga selamat pergi dan pulang pada waktu yang dicadangkan
2) Semoga dapat bergambar di air terjun itu
3) Semoga ada kenangan manis di sini! :)


Reading suggestions:
http://wan5761.blogspot.com/2010/10/deligasi-gunung-ipt.html
Downlaod here: Aktiviti Pergunungan di Malaysia

Research Sources:
Million thanks! :)

p/s: only you. yes you!

Monday, October 11, 2010

Cinta dan Benci

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu
saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat
dekatmu pada suatu saat nanti." (293)


Umar bin Khaththab berkata:
 "Janganlah cinta membuatmu terbelenggu oleh beban yang
berat, dan janganlah rasa bencimu membuatmu hancur lebur." (294)

Abul-Aswad berkata:
cintailah kekasihmu dengan cinta yang sederhana
kerana kamu tidak tahu kapan ia menjauhimu
jika harus benci, maka bencilah
tapi jangan menjauhi
kerana kamu tidak tahu
kapan harus kembali (295)


(293) Diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam al-Birr wash-Shillah no. 1997, as-Sulami dalam kitab Adabush-Shuhbah, hlm. 114, dan al-Khathib dalam kitab Tarikh Baghdad XI/427-428, dari riwayat Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu secara marfu'. Al-Albani menyatakannya shahih dalam kitab Shahihul-Jami'ash-Shaghir no. 178. Juga diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad'no. 1321 secara mauquf kepadaAli binAbiThalib radhiyallahu 'anhu. Riwayat mauquf ini dinilai hasan li ghairihi oleh al-Albani dalam kitab Shahihul-Adab al-Mufrad no. 992, ia berkata: "Hadith ini dinyatakan shahih 72 dalam riwayat yang marfu'.”
(294) Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad no. 1322. Dalam riwayat tersebut dinyatakan: lalu aku (Aslam) bertanya: "Bagaimana hal itu boleh terjadi?" Umar menjawab: "Jika kamu cinta, maka kamu berusaha mencintainya secara berlebihan seperti bayi. Dan jika kamu membenci sahabat-mu, maka kamu menginginkan dia hancur." Sanad riwayat ini dinyatakan shahih oleh al-Albani dalam kitab Shahihul-Adab al-Mufrad no. 993.
(295) Raudhatul-Vqala'Mm.96-97,Adabud-Dunyawad-Din,h\m.\7&.k\-'kj\ur\i mencatatnya dalam kitab Kasyful-Khafa' 1/54 dan menisbalkannya kepada Ali radhiyallahu 'anhu, sedang al-Amir Usamah bin Munqidz mencatatnya dalam buku Lubabul-Adab


Lagu: Wali band-Ya Allah & Aku Cinta Allah
sources:

p/s: go google sajak Aminah Qutb. i replace your name in my doa. :)







Sunday, October 10, 2010

Sikit lagi nak penuh!

sikit lagi sikit lagi!


ini screen 20". nak lagi besar lah. dah nak penuh tu. =.="
skrang tengah nak cuba Dropbox. macam bagus je.

p/s: happy for last night. sad for this morning. ~sigh

Thursday, October 7, 2010

apa lagi yang korang sikat pagi-pagi?

hello folks!

ha apa lagi yang korang sikat pagi-pagi? rambut sudah tentu. ape lagi. rambut lagi. takde lain da? ada. 
eh mana ada. sikat untuk rambut je la. aha. btol gak ea. 

abistu ko tanye sikat ape lagi. pe kejadahnya?


ubat gigi? apsal plak? ape kaitannya. tak de langsung. ngarut lah ko ni. bosan baca blog ko.
eh jap. tengok nih.


okeh pegi sikat gigi anda okey.

sorry indonesian! takde maksud ape-ape k! =.="

p/s: i watched already the video. the video which you post on yesterday and you deleted it last night. thanks! <3 ;)




Monday, October 4, 2010

Instinct?

Semua orang ada instinct sendiri. ada yang kata instinct mereka kuat. selalu je jadi. bagi aku orang yang paling kuat instict di dunia adalah seorang ibu. yep. ibu. mak aku tak pernah fail dengan instinct die.kalo dia tringat yang buruk je mesti jadi buruk. so korang kalo ada mak yang camni kena hati-hati bagi maklumat. kalo ada yang boleh merisaukan dia. sila bagitau dengan jelas agar dia tak risau.

masa form 4 aku main. ragbi. tak power pun. tapi suke nak main da tak reti main bola kan. 3 bulan sebelum game besar kaki aku retak masa friendly match kat PD. semangat punye pasal nak maen jugak aku struggle heal and kuatkan balik kaki. tapi seminggu sebelum event mak aku tak bagi pegi. owh man. takpe. aku training hard gle. langgar sini sana btol-btol nak tunjuk kat coach aku kaki aku kuat. coach aku kate tak boleh jugak kene parents bagi kebenaran dulu. hampir tiap-tiap hari aku call pujuk mak aku. ayah aku rilek je. tapi kadang-kadang nak cakap ngan mak aku pun die tak nak.

oleh kerana degil jugak aku pegi. memandangkan ayah aku bagi. tapi mak aku senyap je. sebenarnya memang tak bagi pegi pun. malang tak berbau game first je. aku da injured. bukan setakat retak-retak je. hamik ko patah. bile tengok kaki da lembik tu. baru la aku teringat mak aku tak bagi pegi. adoyai.menangis ko. haha.
gambar sebelum dan selepas masuk besi

ada penah aku tanye mak aku die terkejut tak tau aku patah kaki. mak cakap tak langsung. sebelum kejadian tu dia teringat kat aku then rasa macam sesuatu yang buruk akan kene kat aku. then tak lama tu cikgu aku call bagitau. mak aku rilek je. syukur je la hidup lagi. =.="

aku rase-rase aku pun ada instinct yang bagus jugak lah. ceritenye masa sebelum smayang jumaat hari raya pertama aritu. sebelum aku tutup pintu kete. terpandang la gambar amaran ni.

dalam hati aku cakap. camne la rasanya kalo kene ni. huish. siap amaran lagi nih. mesti sakit. lepas semayang sebelum masuk kete, tangan aku pegang ni. sementara tunggu adik-adik aku yang da masuk settle down sume. skali ayah aku tutup pintu die. ketupp!!. aku menjerit tak berapa kuat. abah bukak bah! bukak! ada la dalam 5 saat tersepit jari manis aku. hamik lagi sape suh pikir rasenye camne. kan da kene sengal.

instinct korang camne?

sekian.

p/s: my instinct never fail. but i prefer not think about it when i'm with you.





Related Posts with Thumbnails